Tuesday 18 March 2014

Kehidupan sebagai pelajar

Saya minta maaf awal-awal kepada pembaca sekiranya berasa terkeliru dengan konsep blog ini yang sepatutnya mencoretkan pengalaman penulis semasa melawat sesbuah tempat. Tapi saya merasakan perlu mengambil kesempatan untuk mencoretkan pengalaman penulis sebagai pelajar siswazah di IPTA yang terletak di Bangi. Hampir 13 tahun saya meninggalkan dunia akademik selepas tamat pengajian diperingkat Sarjana Muda di salah sebuah IPTA di Kuala Lumpur. Selepas 13 tahun, saya diberi peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah dan tentunya banyak perbezaan dengan apa yang saya lalui semasa pengajian diperingkat ijazah pertama.

Cuma apa yang saya ingin kongsikan, sistem pendaftaran subjek di IPTA pada hari ini sangat sistematik dan mudah berbanding 13 tahun dulu. Saya masih ingat lagi semasa mendaftar subjek peringkat Ijazah Pertama, saya perlu mengisi borang secara manual dan perlu berjumpa lecturer bagi setiap subjek untuk mendapatkan tandatangan dan pengesahan pendaftaran bagi subjek tersebut. Setiap subjek mempunyai had bilangan pelajar yang ditetapkan, sekiranya kuota telah dipenuhi, pelajar yang lewat tidak dapat mengambil subjek tersebut. Perkara ini adalah normal dan apa yang saya ingin ceritakan disini ialah betapa peritnya untuk mendapatkan pengesahan lecturer kerana kadangkala terpaksa menunggu hingga beberapa hari untuk mendapatkan tandatangan.


Saya dapat merasakan betapa beruntungnya pelajar zaman sekarang yang tidak melalui zaman manual sebagaimana yang dilalui saya. Apapun alasannya, yang penting adalah menuntut ilmu dengan ikhlas supaya terdapat keberkatan pada ilmu itu. Begitu juga dalam membuat assignment, hanya klik dihujung jari keluarlah journal akademik yang dicari. 

No comments:

Post a Comment