Monday 10 March 2014

Tekanan dan Harapan - MH370

Penulis hampir tidak percaya pada peringkat awal!...penulis menganggapnya adalah suatu gurauan bagi menjatuhkan imej Malaysia Airlines System (MAS) apabila menerima mesej kehilangan sebuah pesawat MAS dari KLIA ke Beijing MH370. Tetapi semua ini berubah apabila penulis membuka siaran berita Channel News Asia (MediaCorp) pada 12.30 tengahari dan menyiarkan news crawler akan kesahihan berita itu. Penulis tergamam dan terkejut diatas kejadian itu dan penulis mula mengikuti perkembangan semasa kejadian tersebut melalui siaran televisyen. Penulis percaya seluruh rakyat Malaysia dan dunia berdoa supaya pesawat dan penumpang ditemui secepat mungkin dalam apa jua keadaan. 

Sebagai salah seorang pengguna setia MAS, penulis akui akan kecemerlangan dan piawaian yang sangat tinggi diamalkan oleh MAS samada sebelum, semasa dan selepas penerbangan berbanding penerbangan yang lain. Penilaian ini dibuat berdasarkan pengalaman penulis semasa terkandas di Lapangan Antarabangsa Langkawi sekitar tahun 2006. Ketika itu jerebu teruk melanda negara sehinggakan banyak sekolah ditutup dan tidak dibenarkan membuat aktiviti luaran ketika itu.

Ekoran keadaan jerebu yang teruk, MAS telah membatalkan penerbangan Langkawi ke Kuala Lumpur. Keadaan agak kecoh di airport Langkawi ketika itu memandangkan terdapat pelancong luar negara yag dijadualkan mengambil connecting flight untuk balik ke negara asal. Meskipun penjelasan telah diberikan oleh kakitangan MAS ketika itu, pelancong asing ini seolah-oleh tidak menerima penjelasan tersebut. Geram juga melihat karenah dan keras kepada diorang ni..hurmmm. Tidak semena-mena selepas itu, pengumuman ketibaan flight (bukan flight MAS) dari Kuala Lumpur ke Langkawi dibuat dan pesawat berkenaan mendarat dengan selamat. Apalagi, meroyanlah pelancong asing ni bila melihat flight lain boleh mendarat di Langkawi dan meneruskan penerbangan balik ke Kuala Lumpur!...hehe.

Berikutan itu, lagi berikutan penutupan perkhidmatan MAS ke Kuala Lumpur. Penulis ok je masa tu, ye lah sebab tiada meeting penting di office. Keesokan harinya penulis kembali ke airport untuk menyemak jadual penerbangan yang disediakan MAS ke KL. Keadaan jerebu sudah kembali pulih dan tiada masalah untuk MAS meneruskan penerbangan. Selesai!

Cuma apa yang penulis ingin tekankan disini ialah tindakan MAS yang tidak meneruskan penerbangan ketika negara dilanda cuaca jerebu yang agak teruk kerana tidak mahu menanggung risiko akan kebarangkalian untuk berlaku kesulitan menunjukkan amalan piawaian yang sangat tinggi dan ketat diamalkan. Ye lah walaupun MAS dijangka mengalami kerugian, tetapi MAS meletakkan nyawa dan keselamatan penumpang lebih utama dari keuntungan syarikat!.

Sebab itu sehingga kini penulis lebih berasa selesa dan selamat menggunakan perkhidmatan MAS berbanding dengan perkhidmatan pengangkutan udara yang lain. Apapun penulis mendoakan semoga misi mencari dan menyelamat MH370 dipermudahkan oleh Allah hendaknya dan kesemua penumpang dan anak kapal ditemui dalam apa jua keadaan.

No comments:

Post a Comment