Tuesday 4 March 2014

Taman Negara Mulu ..aku datang!

Aku perlu memulakan catatan aku semasa lawatan ke Mulu dengan latar belakang Taman Negara Mulu itu sendiri. Banyak laman-laman web/blog yang menceritakan akan lokasi dan keindahan Taman Negara Mulu. 

Aku kesana sekitar tahun 2005 (dah lama..) secara solo kerana menghadiri satu mesyuarat anjuran salah sebuah Jabatan di Negeri Sarawak di Royal Mulu Resort. Bukan sahaja menghadiri mesyuarat, aku juga terpaksa mengikuti porgram yang telah diatur oleh pihak penganjur.

Pertama kali mandapat tahu diarah oleh Boos untuk hadir, aku tidak terasa teruja dengan lokasi hotel tersebut berdasarkan maklumat yang terhad diperolehi melalui internet pada ketika itu. Aku sangkakan tempat tersebut sangat membosankan memandangkan hotel yang aku akan menginap berada di tengah hutan belantara yang jauh dari segala kemudahan.Dengan rasa berat hati, aku memulakan perjalanan. 

Aku mengambil penerbangan dari KLIA ke Kuching. Perjalanan mengambil masa selama satu jam setengah. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, aku mengambil penerbangan ke Mulu dengan menggunakan pesawat Fokker.

Disinilah bermulanya pengalaman ngeri aku bersama pesawat Fokker bermula. Perjalanan dengan pesawat Fokker ke Mulu dalam keadaan hujan adalah sangat menakutkan. Beberapa kali gegaran besar berlaku menyebabkan aku dan penumpang lain terpaksa memegang kerusi untuk duduk dalam keadaan stabil. Pesawat beberapa kali terhenjut dalam keadaan mengejut...fuhhh. Perjalanan selama satu jam setengah tu dirasakan begitu lama. Walau bagaimanapun, alhamdulillah aku selamat sampai ke Lapangan Terbang Mulu . 

Dalam keadaan yang terhuyung hayang akibat ketidakselesaan semasa perjalanan, aku mengambil beg dan seterusnya menaiki land rover beramai-ramai (satu-satunya pengangkutan dari Lapangan Terbang ke  Royal Mulu Resort) ..duduk di belakang land rover dalam keadaan penat akibat perjalanan dari KLIA-Kuching-Mulu masih lagi terasa mula membuatkan aku terasa hendak balik sahaja ke Kuala Lumpur!.

Tapi rasa penat yang dialami beransur hilang apabila land rover mula memasuki perkarangan Royal Mulu Resort...aku berasakan bagaikan berada di syurga dunia! Sebelum memasuki bangunan utama resort, aku ternampak sungai yang airnya mengalir jernih di bawah. Rekabentuk resort  beridentitikan budaya dan masyarakat/etnik di Sarawak dan dikelilingi oleh hutan yang terpelihara serta air sungai yang mengalir jernih mengubah persepsi penulis terhadap Taman Negara Mulu!

Aku akan ceritakan lebih lanjut mengenai aktiviti di Taman Negara Mulu pada entry yang akan datang.



x

No comments:

Post a Comment