Sunday 2 March 2014

Suatu Permulaan Perjalanan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Permulaan blog ini diwujudkan sebagai salah satu perancangan aku mengisi masa terluang semasa melanjutkan pengajian bagi tempoh 2013-2015. Pada masa yang sama banyak perancangan yang aku fikirkan untuk dilaksanakan sepanjang tempoh ini. Bukan senang nak dapat peluang bercuti dalam tempoh yang panjang semasa bertugas dulu.

Sekiranya bercuti pun banyak gangguan yang berlaku, ada sahaja panggilan yang diterima dari pejabat yang sedikit sebanyak merencat perjalanan yang telah dirancang. Bukannya aku tak memaklumkan kepada boss dan pegawai di pejabat akan percutian aku, tapi mereka terpaksa juga menghubungi aku (atas alasan keselamatan!).


Blog ini akan mencatatkan pengalaman perjalananaku sepanjang tempoh ini untuk berkongsi pengalaman  kepada pembaca. Tapi pada masa yang sama, aku selitkan juga catatan ke negara-negara lain sebelumnya. Untuk tahun 2014 ini sahaja, aku telah ke Miri pada 25 Januari-26 Januari yang lalu (sekejap sahaja..huhu) dan tiket penerbangan (pada bulan Disember 2014) ke pulau percutian eksotik di Indonesia iaitu Bali telah dibooking dengan menggunakan perkhidmatan Malindo Air. Pertama kali menggunakan perkhidmatan udara Malindo Air sangat mengujakan.

Selain itu aku juga merancang ke Krabi pada tahun 2015. Satu destinasi yang mula diperkatakan 5 tahun kebelakangan ini. Tumpuan aku lebih kepada negara-negara di Asia Tenggara. Perjalanan ke Eropah tidak termasuk dalam perancangan aku dalam tempoh ini kerana sudah beberapa negara Eropah saya lawati semasa saya dalam perkhidmatan.

Perjalanan akan lebih bermakna sekiranya kita dapat menggunakan kos yang rendah tanpa berkompromi dari segi keselesaan dan keselamatan. Dalam hal ini, kos penerbangan, hotel perlu dititikberatkan memandang dua item ini menyumbang kos yang besar dalam sesuatu perjalanan. 

Laman web Airasia, Trivago, Agoda, Bookings menjadi teman setia aku dalam merancang perjalanan. Begitu juga info berguna dari blog pengembaraan yang lain, banyak membantu aku merancang itinery dengan baik.

Perjalanan ke sesuatu destinasi tidak akan lengkap tanpa gajet. Kamera, laptop dan phone menjadi peneman setia. Aku juga mula mendekati teknik fotografi bagi memastikan rakaman gambar yang dihasilkan bukan sahaja menarik bahkan memberi erti yang besar kepada saya.

Mudah-mudahan perancangan aku berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan yang akan datang.

No comments:

Post a Comment