Wednesday 23 December 2015

Family Gathering @A Famosa Villa 22-23 November 2015

Hampir dua bulan selepas pemergian emak ke Rahmatullah, saya dan adik beradik merancang untuk buat short vacation terutamanya membawa bapa kami keluar untuk berehat. Destinasi pilihan kali ini ialah A Famosa Resort Melaka. Memandangkan jumlah yang akan sertai percutian kali ini terdiri daripada 5 buah family, maka menyewa villa di A Famosa adalah lebih praktikal dan memenuhi pengisian aktiviti yang  dirancangkan. Seperti biasa, saya dilantik untuk mengetuai percutian kali ini. Maka urusan tempahan penginapan, pengagihan tugas dan lain-lain perkara perlu saya diselaras dengan yang lain.

Ruang hadapan Villa D Faro No. 888


Laman tepi dan belakang rumah

Kali ini saya membuat tempahan di Villa D Faro A Famosa Resort. Villa yang dimiliki oleh Puan Halimaton Hasan mempunyai ruang tamu, dapur, empat bilik tidur, dua bilik air dan yang paling penting adalah private swimming pool. Oh ye, selain itu, terdapat juga pergola, kemudahan untuk BBQ di tepi swimming pool. Saya perolehi contact no Kak Aton ini dari salah satu blog yang menyiarkan sedikit catatan mengenai percutian mereka di sini. Villa ini turut dilengkapi dengan pendingin hawa di ruang tamu dan kesemua bilik serta siaran Astro. Pinggan mangkuk, cerek elektrik, fridge, periuk nasi turut disediakan. Untuk memasak anda boleh membawa periuk elektrik.

Swimming pool di belakang Villa

Sebagaimana yang dijanjikan, kami semua tiba pada 22 November 2015 agak sedikit awal dari waktu yang sepatutnya. Ketika itu Kak Aton sedang membersihkan Villa untuk kami duduki. Sebaik sahaja Villa siap dikemas, kami meletakkan beg di bilik masing-masing, anak-anak saya dan sepupu-sepupu mereka tanpa membuang masa terus ke swimming pool yang terletak di belakang Villa. Sebagaimana dirancang, banyak masa dihabiskan untuk berendam dalam swimming pool sepanjang masa sampai kecut...hahaha.  Kelebihan menginap di Villa ini adalah swimming pool tu kitorang yang punya. Korang nak berendam berapa lama pun takde sapa yang nak marah. Nak tunggang terbalik ke suka hati korang...

Swimming Pool

Pada masa yang sama, kami mula membuat persediaan untuk BBQ sebelum maghrib. Masing-masing dah kelaparan, makanya ayam/kambing BBQ kami kerjakan petang itu juga. Oh ye, Villa Kak Aton ini juga mempunyai ruang yang agak lapang di bahagian belakang Villa. So, selain lepak-lepak di pergola, anda juga boleh berkelah di kawasan lapang di belakang rumah sambil makan-makan.

Lagi gambar Villa D Faro No. 888

Pada waktu malam tiada acara khusus dirancang, usai solat berjemaah maghrib aktiviti disambung terus dengan bacaan doa selamat untuk adik beradik saya yang akan menunaikan ibadah umrah pada Disember ini dan bersekali bacaan tahlil untuk  arwah emak saya. Oleh kerana kami sudah mengisi perut pada waktu petang dengan hidangan BBQ, malamnya kami berehat sahaja di Villa tersebut sambil menghabiskan bekalan makanan yang dibawa sendiri.

Keesokkan harinya, acara berendam diteruskan sekali lagi. Semua memalaskan diri pada hari ini. Kami tidak singgah pun mana-mana theme park di A Famosa. Masing-masing pernah mengunjungi theme park di sini. So mmg betul-betul short vacation untuk bermalas-malasan. Saya check-out agak awal juga, sengaja amik masa untuk ke pekan Alor Gajah bagi menikmati Kuih Udang yang agak popular di Melaka. Setibanya di gerai yang terletak di medan selera Alor Gajah, saya terus memesan kuih udang untuk dua orang makan. Waktu pagi tidak ramai pengunjung pada waktu itu, cuba lah pergi waktu tengahari atau petang, memang beratur panjang lah nak memesannya.

Keseluruhannya saya berpuas hati dengan perancangan dan percutian kali ini. Villa yang disewa juga dalam keadaan baik dan selesa untuk bilangan pengunjung yang ramai. Saya recommend sesiapa yang berminat untuk bercuti dalam bilangan yang ramai untuk menyewa Villa Kak Aton. Beliau boleh dihubungi melalui talian 0126962078 Urusan semua guna whatssapp aje. Kak Aton memang cepat reply pertanyaan anda.


Ok lah. Setakat ini sahaja catatan kali ini [full stop]











2 comments: