Tuesday 18 March 2014

Kehidupan sebagai pelajar

Saya minta maaf awal-awal kepada pembaca sekiranya berasa terkeliru dengan konsep blog ini yang sepatutnya mencoretkan pengalaman penulis semasa melawat sesbuah tempat. Tapi saya merasakan perlu mengambil kesempatan untuk mencoretkan pengalaman penulis sebagai pelajar siswazah di IPTA yang terletak di Bangi. Hampir 13 tahun saya meninggalkan dunia akademik selepas tamat pengajian diperingkat Sarjana Muda di salah sebuah IPTA di Kuala Lumpur. Selepas 13 tahun, saya diberi peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah dan tentunya banyak perbezaan dengan apa yang saya lalui semasa pengajian diperingkat ijazah pertama.

Cuma apa yang saya ingin kongsikan, sistem pendaftaran subjek di IPTA pada hari ini sangat sistematik dan mudah berbanding 13 tahun dulu. Saya masih ingat lagi semasa mendaftar subjek peringkat Ijazah Pertama, saya perlu mengisi borang secara manual dan perlu berjumpa lecturer bagi setiap subjek untuk mendapatkan tandatangan dan pengesahan pendaftaran bagi subjek tersebut. Setiap subjek mempunyai had bilangan pelajar yang ditetapkan, sekiranya kuota telah dipenuhi, pelajar yang lewat tidak dapat mengambil subjek tersebut. Perkara ini adalah normal dan apa yang saya ingin ceritakan disini ialah betapa peritnya untuk mendapatkan pengesahan lecturer kerana kadangkala terpaksa menunggu hingga beberapa hari untuk mendapatkan tandatangan.


Saya dapat merasakan betapa beruntungnya pelajar zaman sekarang yang tidak melalui zaman manual sebagaimana yang dilalui saya. Apapun alasannya, yang penting adalah menuntut ilmu dengan ikhlas supaya terdapat keberkatan pada ilmu itu. Begitu juga dalam membuat assignment, hanya klik dihujung jari keluarlah journal akademik yang dicari. 

Monday 10 March 2014

Tekanan dan Harapan - MH370

Penulis hampir tidak percaya pada peringkat awal!...penulis menganggapnya adalah suatu gurauan bagi menjatuhkan imej Malaysia Airlines System (MAS) apabila menerima mesej kehilangan sebuah pesawat MAS dari KLIA ke Beijing MH370. Tetapi semua ini berubah apabila penulis membuka siaran berita Channel News Asia (MediaCorp) pada 12.30 tengahari dan menyiarkan news crawler akan kesahihan berita itu. Penulis tergamam dan terkejut diatas kejadian itu dan penulis mula mengikuti perkembangan semasa kejadian tersebut melalui siaran televisyen. Penulis percaya seluruh rakyat Malaysia dan dunia berdoa supaya pesawat dan penumpang ditemui secepat mungkin dalam apa jua keadaan. 

Sebagai salah seorang pengguna setia MAS, penulis akui akan kecemerlangan dan piawaian yang sangat tinggi diamalkan oleh MAS samada sebelum, semasa dan selepas penerbangan berbanding penerbangan yang lain. Penilaian ini dibuat berdasarkan pengalaman penulis semasa terkandas di Lapangan Antarabangsa Langkawi sekitar tahun 2006. Ketika itu jerebu teruk melanda negara sehinggakan banyak sekolah ditutup dan tidak dibenarkan membuat aktiviti luaran ketika itu.

Ekoran keadaan jerebu yang teruk, MAS telah membatalkan penerbangan Langkawi ke Kuala Lumpur. Keadaan agak kecoh di airport Langkawi ketika itu memandangkan terdapat pelancong luar negara yag dijadualkan mengambil connecting flight untuk balik ke negara asal. Meskipun penjelasan telah diberikan oleh kakitangan MAS ketika itu, pelancong asing ini seolah-oleh tidak menerima penjelasan tersebut. Geram juga melihat karenah dan keras kepada diorang ni..hurmmm. Tidak semena-mena selepas itu, pengumuman ketibaan flight (bukan flight MAS) dari Kuala Lumpur ke Langkawi dibuat dan pesawat berkenaan mendarat dengan selamat. Apalagi, meroyanlah pelancong asing ni bila melihat flight lain boleh mendarat di Langkawi dan meneruskan penerbangan balik ke Kuala Lumpur!...hehe.

Berikutan itu, lagi berikutan penutupan perkhidmatan MAS ke Kuala Lumpur. Penulis ok je masa tu, ye lah sebab tiada meeting penting di office. Keesokan harinya penulis kembali ke airport untuk menyemak jadual penerbangan yang disediakan MAS ke KL. Keadaan jerebu sudah kembali pulih dan tiada masalah untuk MAS meneruskan penerbangan. Selesai!

Cuma apa yang penulis ingin tekankan disini ialah tindakan MAS yang tidak meneruskan penerbangan ketika negara dilanda cuaca jerebu yang agak teruk kerana tidak mahu menanggung risiko akan kebarangkalian untuk berlaku kesulitan menunjukkan amalan piawaian yang sangat tinggi dan ketat diamalkan. Ye lah walaupun MAS dijangka mengalami kerugian, tetapi MAS meletakkan nyawa dan keselamatan penumpang lebih utama dari keuntungan syarikat!.

Sebab itu sehingga kini penulis lebih berasa selesa dan selamat menggunakan perkhidmatan MAS berbanding dengan perkhidmatan pengangkutan udara yang lain. Apapun penulis mendoakan semoga misi mencari dan menyelamat MH370 dipermudahkan oleh Allah hendaknya dan kesemua penumpang dan anak kapal ditemui dalam apa jua keadaan.

Tuesday 4 March 2014

Taman Negara Mulu ..aku datang!

Aku perlu memulakan catatan aku semasa lawatan ke Mulu dengan latar belakang Taman Negara Mulu itu sendiri. Banyak laman-laman web/blog yang menceritakan akan lokasi dan keindahan Taman Negara Mulu. 

Aku kesana sekitar tahun 2005 (dah lama..) secara solo kerana menghadiri satu mesyuarat anjuran salah sebuah Jabatan di Negeri Sarawak di Royal Mulu Resort. Bukan sahaja menghadiri mesyuarat, aku juga terpaksa mengikuti porgram yang telah diatur oleh pihak penganjur.

Pertama kali mandapat tahu diarah oleh Boos untuk hadir, aku tidak terasa teruja dengan lokasi hotel tersebut berdasarkan maklumat yang terhad diperolehi melalui internet pada ketika itu. Aku sangkakan tempat tersebut sangat membosankan memandangkan hotel yang aku akan menginap berada di tengah hutan belantara yang jauh dari segala kemudahan.Dengan rasa berat hati, aku memulakan perjalanan. 

Aku mengambil penerbangan dari KLIA ke Kuching. Perjalanan mengambil masa selama satu jam setengah. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, aku mengambil penerbangan ke Mulu dengan menggunakan pesawat Fokker.

Disinilah bermulanya pengalaman ngeri aku bersama pesawat Fokker bermula. Perjalanan dengan pesawat Fokker ke Mulu dalam keadaan hujan adalah sangat menakutkan. Beberapa kali gegaran besar berlaku menyebabkan aku dan penumpang lain terpaksa memegang kerusi untuk duduk dalam keadaan stabil. Pesawat beberapa kali terhenjut dalam keadaan mengejut...fuhhh. Perjalanan selama satu jam setengah tu dirasakan begitu lama. Walau bagaimanapun, alhamdulillah aku selamat sampai ke Lapangan Terbang Mulu . 

Dalam keadaan yang terhuyung hayang akibat ketidakselesaan semasa perjalanan, aku mengambil beg dan seterusnya menaiki land rover beramai-ramai (satu-satunya pengangkutan dari Lapangan Terbang ke  Royal Mulu Resort) ..duduk di belakang land rover dalam keadaan penat akibat perjalanan dari KLIA-Kuching-Mulu masih lagi terasa mula membuatkan aku terasa hendak balik sahaja ke Kuala Lumpur!.

Tapi rasa penat yang dialami beransur hilang apabila land rover mula memasuki perkarangan Royal Mulu Resort...aku berasakan bagaikan berada di syurga dunia! Sebelum memasuki bangunan utama resort, aku ternampak sungai yang airnya mengalir jernih di bawah. Rekabentuk resort  beridentitikan budaya dan masyarakat/etnik di Sarawak dan dikelilingi oleh hutan yang terpelihara serta air sungai yang mengalir jernih mengubah persepsi penulis terhadap Taman Negara Mulu!

Aku akan ceritakan lebih lanjut mengenai aktiviti di Taman Negara Mulu pada entry yang akan datang.



x

Monday 3 March 2014

Terima Kasih Enrich Card dan Pengalaman Percutian di Mulu!

Aku telah banyak travel samada didalam atau di luar negara sepanjang tempoh perkhidmatan sebelum menyambung pengajian. Bidang tugas aku yang menghendaki selalu bertugas di luar kawasan di seluruh negara memberi peluang kepada aku untuk mengambil kesempatan melihat negeri orang. Bayangkan hampir kesemua pulau-pulau peranginan di negara ini telah dijelajahi (tidak termasuk pulau-pulau di negeri Johor).

Tidak cukup dengan itu, pergerakan aku yang banyak menggunakan perkhidmatan udara bagi bertugas di luar kawasan juga sedikit sebanyak membantu aku collect mata Enrich Card (MAS) sehingga pada satu tahap aku memperolehi Enrich Gold.

Banyak kelebihan bagi pemegang Enrich Gold, antaranya pemegang kad ini layak untuk memasuki Golden Lounge di mana-mana Lapangan Terbang samada dalam atau luar negara meskipun menggunakan kelas ekonomi, keutamaan bagi senarai menunggu dan banyak lagi. 

Antara pengalaman manis aku bersama Enrich Gold ini ialah bilamana aku antara orang yang terakhir dalam senarai menunggu (dalam 30 penumpang dalam senarai waiting list!) sedangkan kekosongan sekitar 10 seat sahaja bagi penerbangan balik ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu (pada masa tersebut rasanya memang tak lepas nak dapatkan flight ni..), dengan tidak semena-mena nama aku dipanggil untuk menyertai penerbangan yang dikehendaki, Terima kasih Enrich!

Selain itu, banyak mata ganjaran dari Enrich telah penulis tebus bagi menampung perjalanan penulis, antaranya ke Phuket (2005), Korea Selatan (2007), Langkawi (2009, 2010, 2012), Terengganu (2006,2013). Aku hanya perlu mambayar surcharge sahaja!. 

Setakat ini sahaja catatan aku berkenaan kelebihan memiliki Enrich Card MAS. Penulis tetap setia mengumpul mata bagi mendapatkan tiket percuma untuk penerbangan pada masa akan datang!.

Sunday 2 March 2014

Suatu Permulaan Perjalanan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Permulaan blog ini diwujudkan sebagai salah satu perancangan aku mengisi masa terluang semasa melanjutkan pengajian bagi tempoh 2013-2015. Pada masa yang sama banyak perancangan yang aku fikirkan untuk dilaksanakan sepanjang tempoh ini. Bukan senang nak dapat peluang bercuti dalam tempoh yang panjang semasa bertugas dulu.

Sekiranya bercuti pun banyak gangguan yang berlaku, ada sahaja panggilan yang diterima dari pejabat yang sedikit sebanyak merencat perjalanan yang telah dirancang. Bukannya aku tak memaklumkan kepada boss dan pegawai di pejabat akan percutian aku, tapi mereka terpaksa juga menghubungi aku (atas alasan keselamatan!).


Blog ini akan mencatatkan pengalaman perjalananaku sepanjang tempoh ini untuk berkongsi pengalaman  kepada pembaca. Tapi pada masa yang sama, aku selitkan juga catatan ke negara-negara lain sebelumnya. Untuk tahun 2014 ini sahaja, aku telah ke Miri pada 25 Januari-26 Januari yang lalu (sekejap sahaja..huhu) dan tiket penerbangan (pada bulan Disember 2014) ke pulau percutian eksotik di Indonesia iaitu Bali telah dibooking dengan menggunakan perkhidmatan Malindo Air. Pertama kali menggunakan perkhidmatan udara Malindo Air sangat mengujakan.

Selain itu aku juga merancang ke Krabi pada tahun 2015. Satu destinasi yang mula diperkatakan 5 tahun kebelakangan ini. Tumpuan aku lebih kepada negara-negara di Asia Tenggara. Perjalanan ke Eropah tidak termasuk dalam perancangan aku dalam tempoh ini kerana sudah beberapa negara Eropah saya lawati semasa saya dalam perkhidmatan.

Perjalanan akan lebih bermakna sekiranya kita dapat menggunakan kos yang rendah tanpa berkompromi dari segi keselesaan dan keselamatan. Dalam hal ini, kos penerbangan, hotel perlu dititikberatkan memandang dua item ini menyumbang kos yang besar dalam sesuatu perjalanan. 

Laman web Airasia, Trivago, Agoda, Bookings menjadi teman setia aku dalam merancang perjalanan. Begitu juga info berguna dari blog pengembaraan yang lain, banyak membantu aku merancang itinery dengan baik.

Perjalanan ke sesuatu destinasi tidak akan lengkap tanpa gajet. Kamera, laptop dan phone menjadi peneman setia. Aku juga mula mendekati teknik fotografi bagi memastikan rakaman gambar yang dihasilkan bukan sahaja menarik bahkan memberi erti yang besar kepada saya.

Mudah-mudahan perancangan aku berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan yang akan datang.