Industri penerbangan di rantau ini diuji sekali lagi.
Sekali lagi masyarakat dunia digemparkan dengan hubungan komunikasi terputus antara pesawat QZ8501 dengan menara kawalan dimana pesawat sedang melakukan penerbangan dari Surabaya ke Singapura tanggal 28 Disember 2014. Alhamdulillah, nampaknya pihak pengurusan bencana di Indonesia tidak mengambil masa lama untuk mengesan pesawat dan penumpang yang tidak bernasib baik. Peringkat awal laporan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Indonesia kemungkinan besar keadaan awan menjadi faktor utama yang menyumbang kepada tragedi malang ini. Walaupun begitu, laporan rasmi secara komprehensif akan mengambil masa untuk disediakan oleh pihak yang berkaitan membuat siasatan yang terperinci untuk mencari punca sebenar kejadian berlaku.
Bagi saya sendiri,
meskipun telah berpuluh kali (rasanya dah mencecah ratusan kali) menaiki
pesawat samada untuk tugasan rasmi ataupun peribadi, perasaan gentar itu masih
lagi wujud sehingga kini. Apatah lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu,
kebarangkalian untuk mengalami gegaran semasa dalam penerbangan adalah perkara
biasa. Antara pengalaman yang agak mencabar bagi saya semasa menaiki pesawat
ialah ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu sekitar
tahun 2005. Pesawat dalam keadaan hendak melakukan penerbangan turun dan tanpa
diduga tiba-tiba berlaku turbulence iaitu keadaan dimana secara tiba-tiba pesawat jatuh ke bawah atau naik ke atas semasa penerbangan disebabkan oleh pergolakan awan yang tidak stabil ekoran udara yang sejuk lebh tumpat dari udara panas hingga menyebabkan air minuman
terjatuh di atas lantai. Begitu juga
perjalanan saya dari Kuching ke Mulu sekitar tahun 2004 dengan menggunakan
pesawat Fokker. Sepanjang perjalanan yang memakan masa selama satu jam setengah
sangat mendebarkan ekoran cuaca buruk sepanjang perjalanan. Beberapa kali
pesawat dirasakan seolah-oleh hilang kestabilan dengan gegaran yang agak kuat.
Walau bagaimanapun, penumpang dan anak kapal tiba dengan selamat di Lapangan
Terbang Mulu.
Selain itu, terdapat juga satu
insiden turbulence yang agak melucukan pada peringkat awal, tetapi bertukar suasana menjadi cemas iaitu ketika saya dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi sekitar
tahun 2005. Pesawat ketika itu dipenuhi dengan pelancong yang majoritinya berasal dari Jepun
dan Eropah, hanya terdapat beberapa orang sahaja penumpang dari
Malaysia termasuk saya. Pada pertengahan perjalanan penumpang dimaklumkan
penerbangan akan melalui keadaan berawan dan boleh menyebabkan berlakunya turbulence. Apa
yang lucunya, penumpang dari Jepun begitu teruja apabila pesawat mengalami turbulence dengan bersorak dan bertepuk tangan dengan gembira. Namun apabila
insiden ini berterusan berlaku sehingga turbulence berlaku kali keempat, tiada lagi sorakan
gembira dari mereka dan saya dapati mereka duduk dengan diam dan dari riak wajah mereka ada sedikit
perasaan cemas. Haha..baru kau tau…Oleh kerana cuaca tidak mengizinkan,
akhirnya pesawat terpaksa berpatah balik ke KLIA tanpa sempat mendarat di
Langkawi Airport kerana kedudukan awan yang rendah dan agak berbahaya bagi
pendaratan pesawat ketika itu.
Bercakap berkenaan gelagat penumpang dari luar negara, mereka sememangnya agak sporting dan sudah menjadi kebiasaan untuk mereka bersorak atau memberi tepukan gemuruh kepada cabin crew dan anak kapal terutamanya apabila pesawat terpaksa mengharungi cuaca buruk atau mendarat dalam keadaan yang sedikit mencemaskan. Perkara yang sama turut saya alami semasa menaiki pesawat Czech Airlines dari Prague ke Amsterdam sekitar tahun 2011. Selepas pesawat mendarat dengan selamat, penumpang bertepuk tangan dan bersorak atas kecekapan pilot mengendalikan pesawat dengan baik dalam keadaan cuaca yang kurang elok.
Bercakap berkenaan gelagat penumpang dari luar negara, mereka sememangnya agak sporting dan sudah menjadi kebiasaan untuk mereka bersorak atau memberi tepukan gemuruh kepada cabin crew dan anak kapal terutamanya apabila pesawat terpaksa mengharungi cuaca buruk atau mendarat dalam keadaan yang sedikit mencemaskan. Perkara yang sama turut saya alami semasa menaiki pesawat Czech Airlines dari Prague ke Amsterdam sekitar tahun 2011. Selepas pesawat mendarat dengan selamat, penumpang bertepuk tangan dan bersorak atas kecekapan pilot mengendalikan pesawat dengan baik dalam keadaan cuaca yang kurang elok.
Dalam hal ini, kadang
kala kita tidak punya banyak pilihan terutamanya apabila ianya menyentuh faktor masa dan
tenaga. Sebagai seorang muslim, saya selalu diingatkan bahawa kecelakaan boleh
berlaku dimana-mana sahaja tanpa mengira masa dan ketika. Oleh itu, sentiasalah
mengingatkan diri untuk menyerahkan
segala urusan perjalanan kita kepada Allah semoga perjalanan berjalan dengan
lancar. Seelok-eloknya sebelum memulakan perjalanan bacalah doa menaiki kenderaan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam.
No comments:
Post a Comment