Hampir dua bulan selepas pemergian emak ke Rahmatullah, saya dan adik
beradik merancang untuk buat short vacation terutamanya membawa bapa kami
keluar untuk berehat. Destinasi pilihan kali ini ialah A Famosa Resort Melaka.
Memandangkan jumlah yang akan sertai percutian kali ini terdiri daripada 5 buah
family, maka menyewa villa di A Famosa adalah lebih praktikal dan memenuhi
pengisian aktiviti yang dirancangkan. Seperti biasa, saya dilantik untuk
mengetuai percutian kali ini. Maka urusan tempahan penginapan, pengagihan tugas
dan lain-lain perkara perlu saya diselaras dengan yang lain.
Ruang hadapan Villa D Faro No. 888 |
Laman tepi dan belakang rumah |
Kali ini saya membuat tempahan di Villa D Faro A Famosa Resort. Villa yang dimiliki oleh Puan
Halimaton Hasan mempunyai ruang tamu, dapur, empat bilik tidur, dua bilik air
dan yang paling penting
adalah private
swimming pool. Oh ye, selain itu, terdapat juga pergola, kemudahan untuk BBQ di tepi swimming
pool. Saya perolehi contact no Kak Aton ini dari salah satu
blog yang menyiarkan sedikit catatan mengenai percutian mereka di sini. Villa ini turut dilengkapi dengan pendingin hawa di ruang tamu dan kesemua
bilik serta siaran Astro. Pinggan mangkuk, cerek elektrik, fridge, periuk nasi
turut disediakan. Untuk memasak anda boleh membawa periuk elektrik.
Swimming pool di belakang Villa |
Sebagaimana yang dijanjikan, kami semua tiba pada 22
November 2015 agak sedikit awal dari waktu yang sepatutnya. Ketika itu Kak Aton
sedang membersihkan Villa untuk kami duduki. Sebaik sahaja Villa siap dikemas,
kami meletakkan beg di bilik masing-masing, anak-anak saya dan sepupu-sepupu
mereka tanpa membuang masa terus ke swimming pool yang terletak di
belakang Villa. Sebagaimana dirancang, banyak masa dihabiskan untuk berendam
dalam swimming
pool sepanjang
masa sampai kecut...hahaha. Kelebihan menginap di Villa ini adalah swimming
pool tu
kitorang yang punya. Korang nak berendam berapa lama pun takde sapa yang nak
marah. Nak tunggang terbalik ke suka hati korang...
Swimming Pool |
Pada masa yang sama, kami mula membuat persediaan untuk BBQ sebelum maghrib.
Masing-masing dah kelaparan, makanya ayam/kambing BBQ kami kerjakan petang itu
juga. Oh ye, Villa Kak Aton ini juga mempunyai ruang yang agak lapang di bahagian
belakang Villa. So, selain lepak-lepak di pergola, anda juga boleh berkelah di
kawasan lapang di belakang rumah sambil makan-makan.
Lagi gambar Villa D Faro No. 888 |
Pada waktu malam tiada acara khusus dirancang, usai solat berjemaah maghrib
aktiviti disambung terus dengan bacaan doa selamat untuk adik beradik saya yang akan menunaikan ibadah umrah pada Disember ini dan bersekali bacaan tahlil untuk arwah emak saya. Oleh kerana kami sudah mengisi perut pada
waktu petang dengan hidangan BBQ, malamnya kami berehat sahaja di Villa
tersebut sambil menghabiskan bekalan makanan yang dibawa sendiri.
Keesokkan harinya, acara berendam diteruskan sekali lagi. Semua memalaskan diri pada hari ini. Kami tidak singgah pun mana-mana theme park di A Famosa. Masing-masing pernah mengunjungi theme park di sini. So mmg betul-betul short vacation untuk bermalas-malasan. Saya check-out agak awal juga, sengaja amik masa untuk ke pekan Alor Gajah bagi menikmati Kuih Udang yang agak popular di Melaka. Setibanya di gerai yang terletak di medan selera Alor Gajah, saya terus memesan kuih udang untuk dua orang makan. Waktu pagi tidak ramai pengunjung pada waktu itu, cuba lah pergi waktu tengahari atau petang, memang beratur panjang lah nak memesannya.
Ok lah. Setakat ini sahaja catatan kali ini [full stop]
Ke mana pula family lepas ni...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete