Untuk hari ketiga,
aku mengambil pakej 4 Islands. Perjalanan kali ini lebih santai dan relaks
memandangkan tidak banyak aktiviti snorkeling dijalankan. Perjalanan
menggunakan speed boat dari Ao Nang ke lokasi pertama kami iaitu Phrang
Nga hanya mengambil masa selama 10-15 minit sahaja. Kebanyakan pelancong yang
sertai trip kali ini dari Thailand, Malaysia, Taiwan serta seorang dari Korea, pasangan dari Eropah serta pasangan suami isteri bersama anak kecil dari Riyadh.
Destinasi
pertama ialah Phrang Nga beach. Phrang Nga beach adalah destinasi yang
cukup terkenal di sini bukan sahaja kerana keindahaan pantai dan lautnya,
tetapi kawasan bukit batu kapur yang juga menjadi tumpuan kepada pendaki untuk
menguji kemahiran mereka mendaki menggunakan tali.
|
Mobile kiosk dari menjual makanan
di Phrang Nga beach
|
Masa yang
diberikan kepada kami agak panjang iaitu sekitar 45 minit. Memandangkan aku hanya keseorangan untuk trip kali ini, tour guide kali ini memperkenalkan pelancong
dari Korea yang juga berseorangan kepada saya. Kami berkenalan dan beliau
nampaknya berminat untuk menyertai aktiviti seterusnya. Selepas ini kami
berdua banyak melakukan aktiviti bersama memandangkan beliau juga mempunyai
skill renang yang lebih baik .
Selepas itu
aku ke lokasi aktiviti snorkeling yang terletak tidak jauh daripada
Chicken Island. Kami diberi masa selama 40 minit untuk aktiviti snorkeling disini. Selepas puas melakukan aktiviti snorkeling, kami dibawa makan
tengahari di salah sebuah restoran di Chicken Island.
|
Jalan menghubungkan Chicken Island dan Tup Island
|
Kedudukan
Chicken Island sebenarnya bersebelahan dengan Tup Island. Pengunjung diberi kesempatan
untuk berjalan kaki ke Tup Island sekiranya keadaan air laut surut. Aku berjalan kaki ke sana dan mengambil
kesempatan untuk masa yang panjang ini berenang di sekitar Tup Island. Kemudian
aku dibawa pula ke Poda Island yang merupakan destinasi terakhir trip kali
ini. Poda Island pada asalnya adalah sebuah pulau persendirian, walau
bagaimanapun, pada tahun 2013, pemerintah di Thailand telah mengambilalih pulau
ini dan dibuka kepada orang awam.
|
Landmark di Poda Island
|
Kelebihan ini memberi peluang untuk melakukan aktiviti air dengan
sepuas-puasnya sehingga terlupa untuk menyapu sunblock cream..hahaha..terbakar
kao kulit. Tapi member aku dari Korea ni selamba , pancaran matahari
tidak memberi kesan kepada kulit beliau. Oh ye, kawan aku dari Korea ini, merupakan seorang doktor dari wilayah Ulsan Korea Selatan.
|
.....Poda Island
|
Kedudukan komponen 4
Island ini yang tidak jauh dari Ao Nang menyebabkan masa perjalanan dapat
dijimatkan dan peruntukan masa lebih banyak untuk aktiviti di pulau. Lebih kurang jam 2.00 petang
aku bergerak pulang ke Ao Nang sebelum dibawa balik ke penginapan
masing-masing.
|
Night market di hadapan Green View Resort
|
Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat, aku dimaklumkan Night Market di pekan Krabi menjadi tumpuan pelancong untuk menghabiskan waktu malam mereka di sini. Night Market diadakan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad.
|
Salah satu gerai menjual grill chicken |
Aku hanya membeli grill chicken atau lebih kurang macam satay ayam dengan harga BHT10. Rasanya
tidak banyak beza dengan satay ayam cumanya untuk versi disini tidak banyak
bahan perapan dicampurkan. Grill chicken ini dimakan begitu sahaja dan tidak di
cicah dengan mana-mana sos seperti kuah kacang. Aku juga beli mango juice
segar yang cukup popular di gerai-gerai jus buah-buahan di Krabi.
|
Sunset di Ao Nang beach... |
|
deretan long tail boat di Ao Nang beach..
|
Oh
ye, aku hampir-hampir terlupa untuk membuat photoshoot sunset di pantai Ao Nang.
Dengan keadaan kelam kabut, aku dapatkan free shuttle jam 6.00 petang
untuk dibawa ke pantai Ao Nang. Ketika sampai di sana, kebanyakan pengunjung
telah bersedia di tepi pantai untuk menikmati pemandangan indah sunset di
pantai Ao Nang. Dengan berlatar belakangkan limestone cliff dan long tail
boat...satu gabungan landscape yang takkan diperolehi di tempat lain!
Selepas menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar Ao Nang, aku terus balik ke resort dan membuat sedikit persediaan untuk pulang ke Kuala Lumpur pada awal pagi esok harinya.
No comments:
Post a Comment