Monday, 9 February 2015

Krabi - Ao Nang 2015 - Part 1

Krabi Airport

Hampir dua bulan selepas perjalanan ke Bali, tanggal 28-31 Januari 2015 aku meneruskan percutian ke selatan negara Thailand pula dan destinasi seterusnya ke Krabi. Perjalanan kali ini selama 4 hari 3 malam dan saya cuba untuk memanfaatkan masa sebaiknya bagi melakukan aktiviti air di kepulauan Laut Andaman. Krabi mula menarik perhatian pelancong seluruh dunia sekitar 7-8 tahun yang lepas. Berbanding dengan Phuket, Krabi masih lagi dianggap sebagai destinasi baru di kalangan pelancong asing. 

Perjalanan kali ini, aku menggunakan perkhidmatan Airasia dengan harga tambang berjumlah RM147 bagi perjalanan pergi dan balik. Dengan penerbangan AK860 bertolak dari Kuala Lumpur jam 5.05 petang dan tiba di Krabi Airport sekitar jam  5.20 petang. 

Swimming pool berlatar belakang limestone cliff

Untuk penginapan, aku membuat tempahan di Green View Village Resort di Ao Nang melalui Agoda.com dengan kadar RM306.00 (termasuk breakfast+tax). Kebanyakan pelancong ke Krabi akan menginap di sekitar  Ao Nang kerana di sinilah lokasi utama memulakan perjalanan ke pulau-pulau di Laut Andaman. Lokasi resort ini agak jauh ke Pantai Ao Nang dan mengambil masa 20 minit berjalan kaki ke sana. 


Antara jenis bilik yang disediakan

Walau bagaimanapun,  free shuttle service disediakan pihak resort setiap jam ke Pantai Ao Nang dan pengunjung dikehendaki menunggu di lobi resort dalam tempoh yang ditetapkan. Untuk sarapan pagi, menu yang dihidangkan agak ringkas namun memadai bagi mereka yang tidak banyak mengambil makanan semasa breakfast. Resort ini 'dikategorikan' sebagai halal  kerana pemiliknya adalah Muslim. 

Masjid Ao Nang ..hanya 5 minit berjalan kaki
dari Green View Resort

Dengan populasi penduduk di Krabi 50% daripadanya adalah muslim, maka aku tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan halal. Selain penduduk asal di sini yang beragama Islam, penduduk berketurunan Melayu dari Patani juga banyak menetap di sini dengan terlibat secara langsung dalam industri pelancongan. 


Bagi hari pertama tidak banyak akvitiviti yang dilakukan  kerana hari sudah lewat petang. Selepas mendaftar masuk di penginapan, tanpa membuang masa aku terus ke sekitar Ao Nang untuk survey pakej island hopping pada hari berikutnya. Setelah proses tawar menawar, aku bersetuju untuk mengambil pakej ke Phi-phi Island dengan kadar bayaran BHT1,200, manakala untuk hari berikutnya aku mengambil pakej ke 4 Islands dengan bayaran berjumlah  BHT800. 

Pakej yang menggunakan speed boat turut juga merangkumi hotel transfer (return) ke lokasi berkumpul, makanan tengahari, snorkelling trip sebanyak 4 kali, selain bekalan air mineral dan kordial, serta buah-buahan di dalam bot. 


No comments:

Post a Comment