Monday, 9 February 2015

Krabi - Ao Nang 2015 - Part 2

Sebagaimana yang dijanjikan, wakil travel agent mengambil saya di resort sekitar jam 8.30 pagi untuk dibawa ke pantai Ao Nang. Kami dikumpulkan di hadapan kaunter Barracuda Tour dan dikehendaki untuk mendaftarkan nama mengikut destinasi yang telah dipilih sebelum ini (Sila pastikan Voucher anda dibawa bersama untuk diserahkan kepada wakil travel agent semasa mendaftar). 

Majoriti pelancong yang menyertai perjalanan ini adalah dari Eropah dan beberapa orang dari Malaysia, India dan Singapura. 



Punyuu berbaju orange dan berkaca mata hitam

Tour guide aku bernama Punyuu seorang yang agak ramah dan suka membuat lawak. Masalahnya dengan beliau ialah keupayaan bahasa Inggeris yang agak terhad dan kadangkala kami terpaksa memikirkan dua kali apakah mesej yang hendak disampaikan…hahaha. Contoh dialog Punyuu : “ ..please taking care of your belonging especially your choose..”  what choose? kami bertanya beliau....bila beliau tunjuk sandal atau selipar barulah kami tahu beliau cuba menyebut shoes….aiyyooo.


... Bamboo Island

Destinasi pertama kami adalah ke Bamboo Island dan perjalanan ke sana memakan masa selama 45 minit. Bamboo Island merupakan salah satu destinasi yang wajib dikunjungi dalam pakej ini. 

Siapa yang tak nak snorkel di tempat begini kan?

Kemudian aku dibawa  ke lokasi snorkeling pertama iaitu di Hin Klang. Untuk aktiviti ini, aku dibekalkan dengan life jacket dan snorkeling gear. Punyuu mengingatkan bayaran akan dikenakan sekiranya snorkeling gear dihilangkan. Walaupun nampak mudah aktiviti ini, bagi mereka yang pertama kali melakukannya dan tidak mempunyai kemahiran asas renang akan menghadapi kesukaran untuk mengawal pergerakan mereka di lautan. 

Snorkeling di sini sangat mengujakan, dengan air laut yang jernih, kita akan dapat melihat pelbagai jenis ikan terutamanya ikan nemo berenang secara berkumpulan di dasar laut.



Puaslah korang main air!

Selepas bersnorkeling, aku  ke Monkey Beach. Walaubagaimanapun, bot tidak berhenti di pantai ini memandangkan kawasannya agak terhad dan keadaan air yang cetek menyukarkan bot untuk berlabuh di sini. Aku tidak berminat hendak berenang dari bot ke Monkey Beach memandangkan masa yang diberikan agak terhad untuk berbuat demikian.



Maya Bay...awesome!


Kemudian, aku ke Maya BayMaha Suci Allah, indahnya Maya Bay ini tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Pantai yang putih bersih pasirnya dan dikelilingi bukit batu kapur, nama Maya Bay mula tersohor diseluruh dunia kerana pernah dijadikan lokasi penggambaran filem The Beach yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio sekitar tahun 2000. 


...crystal clear water di Laut Andaman

Dari Maya Bay aku ke Viking Cave yang menjadi lokasi pencarian sarang burung bagi dijadikan sebahagian bahan utama dalam Chinese food.

Viking Cave

Setelah menghabiskan masa dengan aktiviti air disekitar kepulauan Phi-phi, aku ke Phi-phi Don untuk makan tengahari. Phi-phi Don merupakan penempatan penduduk dan juga menjadi tumpuan pelancong. Terdapat beberapa resort mewah dan sederhana dididirkan bagi mereka yang ingin bermalam. Di sini aku dibawa ke salah satu restoran  untuk makan tengahari yang disediakan adalah secara buffet dan halal. Tingkat atas restoran pula menempatkan surau untuk kemudahan pelancong muslim menunaikan kewajipan. 

Swimming pool baru di resort

Lebih kurang jam 3.00 petang, aku bergerak balik ke Ao Nang dan perjalanan memakan masa selama 50 minit. Di pantai Ao Nang, wakil agent telah menunggu untuk membawa balik kami ke hotel inapan masing-masing. 


Suasana malam di Ao Nang


Kesimpulannya trip ke Phi-phi Island ini agak memenatkan kerana perjalanan memakan masa yang panjang dan lokasi yang agak jauh. Selain itu, pengunjung akan dibawa ke tujuh lokasi berlainan dan 3 kali aktiviti snorkeling. Oleh itu, masa yang diperuntukkan untuk satu-satu lokasi agak terhad dan kami seolah-olah berkejar dengan masa. 


Tips :

Untuk aktiviti island hopping, sebaik-baiknya anda hanya menyarung sandal/selipar serta memakai pakaian yang sesuai untuk melakukan aktiviti air. Memakai jeans dan kasut tumit tinggi adalah sangat-sangat tidak sesuai kerana anda akan basah sepanjang perjalanan dan aktiviti banyak tertumpu di pantai dan lautan. Sila gunakan water proof bag (banyak dijual di Ao Nang) untuk memuatkan peralatan peribadi seperti tuala, sunblock cream dan sedikit wang. Bagi wanita, anda tak perlulah bersolek tebal macam pelakon opera, tidak ada siapa yag hendak melihat kecantikan anda, selepas beberapa aktiviti snorkeling dan swimming barulah anda tahu langit itu tinggi atau rendah..hahaha.

Sila ambil perhatian, seelok-eloknya anda tidak membawa passport asal bersama semasa menyertai island hopping. Dikhuatiri akan berlaku kehilangan atau passport anda akan basah. Perkara ini disedari penulis terhadap sekumpulan pelancong dari Malaysia yang membawa passport asal mereka bersama dan didapati basah dengan limpahan air laut. Sila pastikan anda membuat salinan passport dan cukuplah salinan tersebut untuk dibawa bersama untuk tujuan keselamatan.


No comments:

Post a Comment