Penduduk asal
Bali
Secara umumnya
populasi penduduk di pulau Bali adalah lebih kurang 4 juta orang. Jumlah ini
terdiri daripada penduduk asal pulau Bali itu sendiri iaitu kira-kira 2 juta
dan selebihnya adalah expatriate dan juga penduduk dari bahagian lain di
Indonesia yang mencari rezeki di Bali.
Memang agak sukar sebenarnya untuk mencari perbezaan dari segi fizikal antara orang asal Bali dengan mereka yang berasal dari bahagian lain di Indonesia, malah saya pun kadang-kadang disangka sebagai orang Indonesia!.kiki. Menurut Pak Agues, untuk membezakan seseorang itu berasal dari Bali atau tidak adalah dari segi perlakuan mereka. Perkara ini dapat dilihat melalui perlakuan individu yang bukan berasal dari Bali agak agresif semasa approach pengunjung bagi menawarkan tour package.
Selain itu, penduduk asal Bali boleh dikatakan lebih menjaga tatasusila dan perilaku daripada perlakuan tidak sopan. Jarang sekali melihat penduduk Bali dilihat melepak tanpa sebarang tujuan di tepi-tepi jalan ataupun shopping complex. Perkara ini mempengaruhi layanan hospitality Bali kepada pelancong.
Secara jujur saya amat memuji hospitality di Bali antara yang terbaik pernah saya ketemu. Perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana penduduk asal Bali ini boleh dikatakan mempunyai jiwa yang sangat halus dan amat menghormati orang lain!. Ucapan makasi (terima kasih) tidak pernah lekang dari mulut mereka. Sekiranya anda survey di bahagian ulasan pelawat di portal tempahan hotel, rata-rata pelancong akan memuji keramahan dan kehalusan budi orang Bali.

Agama dan
kepercayaan
Hampir 80%
penduduk Bali beragama Hindu. Kepercayaan mereka agak berbeza dengan
kepercayaan penganut agama tersebut di Malayisa dan dimana-mana tempat lain di
dunia. Masyarakat Bali percaya kepada tiga dewa iaitu Brahma, Krisna dan
Vishnu.
Kepercayaan mereka juga banyak dipengaruhi oleh budaya Jawa yang agak dominan dimana-mana bahagian di Indonesia. Melihat kepada pakaian adat mereka yang berupa sepasang kebaya dan berkain batik bagi wanita, serta berbaju tradisi melayu dan tengkolok bagi kaum lelaki. Bagi anda yang tidak biasa dengan kepercayaan mereka, akan berasa pelik apabila melihat simbol agama Buddha juga agak dominan dalam karya-karya seni mereka disamping simbol-simbol dewa dalam kepercayaan Hindu.
Selain itu, mereka amat percaya kepada mistik dan keajaiban. Pak Agues pernah menceritakan kepada saya bahawa beliau tidak berani untuk memandu keseorangan di kawasan pedalaman pada waktu malam disebabkan beliau pernah terserempak patung Buddha sedang terbaring di tengah jalan diwaktu malam!.
Mereka percaya, hubungan baik dengan dewa dan makhluk di alam lain sangat penting bagi survival kehidupan mereka. Saya boleh simpulkan bahawa masyarakat Bali sangat taat kepada kepercayaan mereka dilihat daripada komitmen mereka menunaikan tanggungjawab sebagai penganut agama Hindu. Apapun sebagaimana yang telah saya sebutkan sebelum ini, anggaplah kepercayaan mereka sebagai kepelbagaian agama yang wujud di muka bumi ini sesuai dengan firman Allah didalam surah al-Hujurat ayat 13.

Makanan Halal
Mencari makanan
halal antara isu yang sering kali mendapat perhatian dikalangan pengunjung
Muslim. Dengan majoriti penduduknya bukan beragama Islam, agak sukar untuk
mendapatkan makanan halal yang pelbagai di sekitar Kuta. Makanan halal hanya
terhad di restoran-restoran makanan segera selain kedai-kedai makan nasi Padang
atau Medan.
Kedai makan muslim juga mudah didapati kawasan tumpuan pelancong walaupun begitu bilangannya adalah terhad. Bagi anda yang sudah biasa melancong ke negara-negara yang majoritinya bukan Muslim mungkin isu makanan halal bukan lagi halangan, tetapi bagi anda yang jarang ke luar negara dan mendambakan makanan seperti di Malaysia anda harus menyesuaikan tekak anda dengan pilihan makanan yang terhad!.

Penjual Jalanan
Anda perlu
bersedia untuk dikerumuni penjaja jalanan di tempat-tempat tumpuan pelancong.
Mereka akan mendekati anda dan memujuk rayu supaya barang jualan dibeli. Hurmm..amat
merimaskan situasi sebegini. Cara yang paling baik dan sopan untuk tidak terus
didekati adalah untuk tidak melayani mereka.
Saya cuba untuk tidak melayani pujukan mereka, walaupun begitu akhirnya saya terperangkap juga dengan taktik seorang penjaja (sudah agak berusia) yang menjual pisang emas. Beliau meletakkan seulas pisang emas di tangan saya untuk dirasa (meskipun saya menolak untuk merasa pisang tersebut!) dan beliau terus mengekori hingga ke kenderaan sambil memegang tangan saya..haishh rimaslah!
Semasa penjual tersebut memujuk saya untuk membeli pisangnya, beliau menyatakan sehingga saat ini tidak satu pun seikat pisang dapat dijual..berasa kasihan pun ada. Akhirnya atas perasaan tidak sampai hati, psaya beli juga seikat pisang dengan harga IDR5.000.

Pelancongan dan
Bali
Sumber utama ekonomi
penduduk di pulau ini adalah melalui aktiviti pelancongan. Berdasarkan
pemerhatian penulis, Bali bukan sahaja berjaya memaksimakan kelebihan alam
semulajadi sebagai tarikan pelancong, bahkan budaya dan aktiviti
masyarakat Bali itu dilihat sebagai satu produk pelancongan yang hidup.
Tidak hairanlah Bali sangat terkenal di seantero dunia sehinggakan mereka lebih mengenali Bali berbanding Indonesia. Kehebatan industri pelancongan di Bali tidak terhad kepada dua faktor diatas, kesungguhan para karyawan yang bertugas dalam sektor ini sangat luar biasa. Tour guide disini bukan sahaja berkemampuan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, bahkan bahasa-bahasa asing lain seperti Jepun, Russia, Latin dan pelbagai bahasa asing lagi dengan cemerlang dan keupayaan ini sangat mengagumkan. Sehubungan dengan itu, masalah perbezaan bahasa tidak wujud dikalangan pelancong asing ke Bali.

No comments:
Post a Comment