Perjalanan diteruskan lagi dari Cesky Crumlov, aku ke salah satu castle yang popular di Prague iaitu Hluboka
Castle yang terletak lebih kurang 45 minit dari Cesky Crumlov.
Hluboka Castle..style senibina Zaman Pertengahan dan antara yang cantik di Rep. Czech |
Hluboka Castle ini yang mula dibina pada abad ke-13 pada mulanya
merupakan sebuah kota yang menempatkan pasukan pengawal keselamatan istana.
Istana ini dikatakan telah beberapa kali bertukar tangan di kalangan golongan
aristrokrat ataupun bangsawan pada zamannya.
Berbanding dengan kota-kota istana yang lain,
keluasan Hluboka Castle agak kecil dan hanya terdapat dua blok istana utama
yang pada hari ini dijadikan sebuah muzium.
Yang membezakan Hluboka dengan kota-kota yang lain ialah ianya
mempunyai taman yang agak luas. Oleh kerana itu, kota ini sering menjadi
kegemaran Raja Charles ke IV untuk beristirehat terutamanya pada musim panas.
Keadaan cuaca di sini agak dingin dan ianya agak berbeza di kota
Prague yang agak panas. Meskipun begitu, tidak banyak tempat menarik yang
hendak dilawat di Hluboka Castle.
Dari Hluboka Castle aku terus ke Ibu Negara
Austria iaitu Vienna. Sepanjang perjalanan, korang akan melalui ladang
penanaman laviender dan ladang gandum yang diusahakan secara
besar-besaran oleh penduduk disini.
Perjalanan pada hari ini sangat memenatkan kerana aku juga dibawa ke beberapa tempat dalam tempoh yang agak terhad disamping perlu
mengejar masa untuk tiba Vienna sebelum pukul 3.00 petang. Sepanjang perjalanan
aku hanya tidur sahaja di dalam van dengan perut yang agak lapar kerana aku
hanya mengisi perut dengan roti dan biskut sahaja sejak dari pagi.
Meskipun ke negara yang berlainan, pengunjung dari luar negara
tidak perlu untuk membuat pemeriksaan imigresen di sempadan Republik Czech dan
Austria memandangkan kedua-dua negara ini teah menyertai perjanjian imigresen
yang memusatkan peraturan imigresen di bawah Kesatuan Eropah.
Aktiviti penduduk banyak tertumpu kepada aktiviti pertanian. Aku hanya berhenti di beberapa kawasan Rehat dan Rawat untuk mendapatkan bekalan
air dan sedikit makanan.
Kira-kira jam 3.00 petang, aku akhirnya tiba di Vienna. Untuk aktiviti dan lawatan ke tempat-tempat menarik sepanjang berada di Vienna aku akan sambung dalam entry yang selanjutnya.