Setelah check-in, kami bergerak ke lokasi pertama iaitu Prague
Castle. Prague Castle adalah salah satu tumpuan pelancong yang wajib
dilawati oleh setiap pelancong di Prague. Kebetulan musim panas di Eropah baru
sahaja bermula, ramai pengunjung dari serata Eropah melawat ke Prague
ketika ini.
Berbalik kepada Prague Castle yang berkeluasan 70,000 meter
persegi lokasi ini seolah-olah sebuah kota kecil yang menempatkan beberapa
bahagian penting seperti Castle Square, St. Vitus
Cathedral dan beberapa komponen lain. Cuma nasihat
aku bila korang visit church ni, pasang niat just untuk membuat perbandingan
antara Islam dan Kristian.
Untuk ke sana, aku mengambil tram (keretapi di atas jalan raya)
dan mengambil masa hanya 15 minit untuk sampai ke sana. Di Prague, tram adalah
salah satu pengangkutan awam yang penting dan negara ini adalah antara negara
yang awal memperkenalkan tram sebagai pengangkutan awam yang utama.
Dari istana lama, kami
bergerak ke Cathedral dan seterusnya melawat beberapa bahagian
penting dalam kompleks yang menempatkan istana lama dan church. Dengan keadaan
yang memenatkan dan kelaparan kami ikut sahaja kemana tour guide bawa
pada petang itu.
Kota Prague terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Old Town dan New Town. Old Town banyak
menempatkan bangunan-bangunan lama bersejarah yang juga merupakan monumen
penting kepada perkembangan tamadun di sini dan tumpuan pelancong sudah
semestinya di Old Town.
Di sini juga banyak bangunan-bangunan bersejarah sejak
zaman Renaissance yang masih terpelihara dengan baik dan menjadi kebanggaan
rakyat negara ini.
Charles Bridge yang menghubungkan Old town dan New Town. Salah satu lokasi wajib yang perlu dikunjungi kalau ke Prague. |
Selepas menghabiskan masa kira-kira sejam di Prague Castle, kitorang
bergerak ke Charles Bridge salah satu lokasi utama yang turut
menjadi tumpuan pelancong Seseorang dianggap tidak akan sampai ke Prague jika
sekiranya tidak melalui Charles Bridge. Charles
Bridge melintasi Sungai Vltava yang menghubungkan Old Town dan New
Town.
Jambatan yang didirikan sekitar tahun 1357 oleh King
Charles IV mempunyai panjang kira-kira 621 meter dan lebar 10 meter
yang cukup memberi laluan kepada kereta berkuda.
Apa yang menariknya di Charles Bridge ini adalah statue tokoh
utama dalam tamadun Prague yang mengisi sepanjang Charles Bridge. Pada hari
ini, banyak aktiviti seni diadakan seperti persembahan muzik, lukisan potret,
pameran lukisan dan beberapa aktiviti lain yang jelas untuk menarik perhatian
pelancong ke jambatan yang bersejarah ini.
Makanan halal agak sukar diperolehi dan untuk hari-hari
berikutnya, selain dari bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia, burger fish
fillet McDonalds menjadi tumpuan kami untuk mengalas perut.
Pada waktu malam tidak ada aktiviti dilakukan kerana aku dah kepenatan sepanjang perjalanan dari Malaysia-Amsterdam-Prague-tour di kota Prague tanpa henti dan sempat berehat. Ditambah dengan perut yang agak kelaparan dan makan malam hanya beralaskan maggi sahaja..so apalagi tidur lah penyelesaian terbaik untuk menenangkan fikiran.
Sepanjang berada di Prague, aku menginap di Golden Tulip Hotel, terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki ke Old Town Praha. Hotel bertaraf 4 bintang ini menyediakan bilik penginapan yang selesa dan kemudahan wifi nya juga not bad.
Breakfast termasuk sekali dalam kos bilik dan menu yang
disediakan secara buffet memadai untuk aku mengalas perut pada waktu pagi.
Memandangkan waktu siang lebih panjang pada waktu ini, maka lebih kurang jam
12.00 tengah malam baru aku dapat memejamkan mata.
Setakat ini sahaja catatan perjalanan pada hari pertama di kota Prague, nantikan penjelajahan seterusnya di Prague dan Vienna episod akan datang.
No comments:
Post a Comment