Aku ke Republic Czech pada Julai 2011
kerana dikehendaki menghadiri kursus di sana. Bersama-sama aku adalah tiga
orang rakan lain yang turut serta bagi perjalanan kali ini. Aku berhasrat
menolak tawaran tersebut pada awalnya memandangkan berasa agak malas untuk
menghadiri kursus luar negara dalam tempoh yang agak lama.
Last2 pergi jugak, sebabkan kawan aku bersungguh2 suh aku pergi ke
sana atas alasan Rep.Czech satu Negara di Timur Eropah yang patut diterokai…hurmm..Setelah
mengambilkira semua pertimbangan, maka aku pun dengan berat hati bersetuju
untuk menerima tawaran tersebut.
Terlebih dahulu sedikit latarbelakang Prague, Prague adalah ibu
negara bagi Republic Czech. Republik Czech adalah salah satu bekas negara
dibawah Kesatuan Soviet Union (USSR) semasa era perang dingin dan mencapai
kemerdekaan setelah kejatuhan USSR pada tahun 1991.
Negara ini bersempadanan dengan German di sebelah barat dan
Austria di sebelah selatan. Dalam bahasa rasmi negara ini, Republic Czech
dikenali sebagai Ceska Republika manakala Prague dikenali
sebagai Praha. Matawang yang digunakan adalah Krona dan pada masa yang sama
matawang EU juga diterima pakai secara meluas.
Pada tarikh yang ditetapkan, aku bertolak dari KLIA
dengan Malaysia Airlines
System dan transit di Schipol Airport, Amsterdam sebelum menyambung perjalanan
menggunakan penerbangan Czech
Airlines ke ibu kota Republic Czech. Perjalanan dari KLIA ke Schipol mengambil
masa selama 12 jam dan
sangat membosankan walaupun duduk di kelas perniagaan. Bertolak dari KLIA jam
11.55 malam dan tiba di Amsterdam jam 7.30 pagi.
Setiba di Lapangan Terbang Schipol, tak banyak aktiviti yang
boleh dibuat memandangkan masih terlalu awal lagi dan banyak kedai masih belum
dibuka. Hendak bersarapan pula masih terasa kekenyangan kerana duduk di kelas
perniagaan korang tidak akan sempat berasa lapar. Beberapa kali aku
dikejutkan untuk makan sepanjang perjalanan tersebut.
Semasa di Lapangan Terbang Schipol, semasa melalui pemeriksaan
Imigresen, pegawai bertugas di kaunter imigresen (dah tentulah mat saleh)
bertanyakan kepada aku dengan ramah dalam bahasa Melayu/Indonesia "Encik
ni mahu kemana ya?"..terkejut kao, pagi-pagi di negara orang omputih anda
disapa begitu..hahaha.
Semasa melalui pemeriksaan imigresen, pemeriksaan dilakukan dengan
ketat oleh pihak berkuasa di sana.Aku perhatikan pemeriksaan ke atas pelawat dari
benua Afrika sangat ketat sehingga mereka terpaksa menanggalkan kasut dan beg
mereka diselongkar satu persatu, berbanding dengan kitorang dan pelawat dari
negara lain yang hanya perlu menanggalkan tali pinggang dan bahan berlogam
sahaja.
Jam 8.30am, ruang menunggu di Schipol untuk ke Prague mula
dipenuhi penumpang. Rata-rata yang akan menaiki pesawat ini adalah penumpang
dari Eropah dan satu kumpulan anak muda dari Indonesia juga turut
bersama. Penerbangan ke Prague pada
pukul 9.30 pagi dan mengambil masa 1
jam 15 minit sahaja.
Dari Schipol kitorang guan Czech Airlines. Lebih kurang jam 11.00
pagi, kami tiba di Lapangan
Terbang Czech-Ruzyne. Tiba di sana pelancong tidak perlu melalui
pemeriksaan Imigresen kerana negara-negara dibawah Kesatuan Eropah telah
mengintegrasikan sistem keimigresenan mereka secara berpusat.
Prague Airport..tak besar mana pun dan tak terlalu sibuk kalau nak dibanding dengan Schipol dan Heathrow |
Setiba di Prague, kenderaan telah sedia menunggu untuk terus
membawa kitorang ke hotel penginapan selama berada di Prague. Kami menginap
di Golden Tulip Hotel yang
terletak berhampiran dengan stesen keretapi utama di Prague. Kitorang tidak
punya masa yang banyak untuk berehat selepas check-in dihotel tersebut dan terus diminta untuk berjumpa di lobi
hotel dengan segera untuk aktiviti pertama tengahari tersebut...arghh..penat
bah.
Untuk aktiviti selanjutnya apa yang dilakukan di Prague pada hari
pertama, nantikan butirannya dalam Prague-Vienna 2011 Part 2.
No comments:
Post a Comment