Friday 17 June 2016

Travel Tips

Tak kiralah apa aktiviti yang korang lakukan, persediaan adalah penting untuk pastikan semuanya berjalan lancar. Apatah lagi untuk pi travel, perlu buat persediaan yang secukupnya supaya perjalanan kita nanti berjalan lancar dan dapat elakkan mood kita terjejas sekiranya ada apa-apa yang berlaku. Ok, berikut adalah beberapa tips saya untuk travel :-

(1)         Planning

Kena lah ada plan nak pi mana kan? Dalam negara atau luar negara?..kalau ikutkan banyak lagi tempat tak pergi dan kalau boleh nak pi semua. Relax bro..plan elok-elok. Untuk permulaan, korang habiskan lah travel dalam negeri. Kenapa? Ya lor, kalau tak korang yang pi, sapa lagi kan. Konsep hujan emas di negara orang perlu dipertimbangkan..dekat aje. Langkawi, Penang, Kundasang, Tioman, Perhentian, Redang, Mulu, Bario, Taman Negara Pahang..bla..bla..

Dah settle dalam negeri, boleh lah plan ke negara jiran tetangga. Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei not bad apa. Bali, Phuket, Bangkok, Jogjakarta, Krabi, Boracay, berpusu-pusu manusia dari serata dunia datang. Dah settle baru lah pi negara-negara Asia yang lain, Europe, negara-negara Skandanivia, US, Australia, Afrika…bla..bla..Tapi kalau duit tu berkantung-kantung takpelah, boleh lah pi mana-mana yang dirancang.

Sekiranya ke negara yang mengalami empat musim, pastikan juga musim yang bersesuaian untuk kesana. Ada sesetengah org suka travel waktu winter sebab boleh main salji..ada yg suka summer atas alasan waktu siang yang panjang dan boleh cover banyak tempat. 

Terpulang ikut kemahuan anda. Cuma perlu diingatkan, waktu summer adalah peak season terutamanya di Europe. Memang ramai tourist/traveler  waktu itu. Winter season memang tak ramai orang, waktu siangnya pendek walaupun begitu kedinginan yang melampau buat korang tidak tertahan nanti. 

Untuk trip ke Europe, nowadays traveller mula melihat keunikan Eropah Timur (kebanyakan negara bekas jajahan komunis) dan negara-negara Balkan seperti Bosnia, Croatia berbanding ke London, Paris dan Amsterdam.


(2)      Pengangkutan


Mode of transport mengikut jarak destinasi kita. Travel dalam negeri, aku biasanya akan gunakan kenderaan sendiri untuk perjalanan menghala ke selatan, Pahang dan Perak sahaja. Untuk selain kawasan tersebut aku prefer naik flight. 

Sebabnya, perjalanan jarak jauh akan menyebabkan kita banyak membuang masa dan tenaga dijalan raya sebelum tiba ke destinasi yang dirancang, selain kos petrol dan tol yang agak tinggi. Campur tolak kos flight (of course lah guna tambang murah) dengan penjimatan masa yg korang dapat adalah sangat berbaloi.

Diluar negara, cara paling mudah untuk bergerak adalah menggunakan public transport. Pastikan korang buat sedikit research kemudahan public transport yang ada. Selain bas, subway, teksi korang boleh juga mencuba tram yang banyak terdapat di Eropah. Ada sesetengah negara seperti di UK/Singapura yang menawarkan travel card kepada pelancong untuk menggunakan pengangkutan awam secara percuma/atau kadar yang lebih murah untuk 3-4 hari. 

Guna sebaik mungkin kemudahan tersebut. Elakkan menggunakan teksi yang tidak bermeter supaya anda tidak dikenakan kadar yang tinggi..tapi kalau guna meter pun diorang boleh kelentong kita..apa susah guna jalan yang lebih jauh, padahal sebelah bangunan aje pun destinasi kita!

Penggunaan tram pun jangan naik sesuka hati tanpa beli tiket. Pengalaman semasa berada di Prague aku dingatkan supaya membeli tiket di kiosk dan tiket tersebut discan dalam tram. Boleh je kalau naik free gitu aje, tapi bila pemeriksaan dibuat memang kantoi lah bro. Kadar denda yang agak tinggi sangat tidak berbaloi berbanding harga tiket

(3) Penginapan

Aku biasanya akan survey di Agoda, Booking, Hotels dan Trivago. Selalu lah bukak website diorang ni kerana kadang kala diorang ada offer yang rugi untuk dilepaskan!. Nak jimat lagi, berbuat baik lah pada rakan-rakan korang yang berhampiran destinasi perjalanan. Mana tau mereka offer tumpang bermalam kepada anda. Jimat duit.

Lokasi hotel juga memainkan peranan penting, berhati-hati dengan rate hotel yang murah, tapi lokasinya jauh diceruk rantau dan jauh dari sebarang kemudahan, sangat tidak berbaloi sebenarnya. Tapi sekali sekala apa salahnya reward diri kita dengan penginapan selesa/mewah. Dah penat bekerja dan tibalah masanya untuk kira merehatkan diri ye tak. Sekiranya dengan family, hotel yang friendly kepada kanak-kanak menjadi keutamaan. Paling penting ada swimming pool. Selesai masalah.

Ada beberapa buah hotel di Malaysia menjadi kegemaran aku, antaranya Resort World, Langkawi, Mulu Marriott, Miri, Everly Hotel, Miri, Hilton Kuching, Holiday Inn Kuching, Riverside Hotel, Kuching, Promenade Hotel, Kota Kinabalu, LeMeridien Kota Kinabalu, Shangri La Kota Kinabalu, J Residence, Kundasang, Hotel Perdana, Kota Bharu, Puteri Pacific Kuala Lumpur, Holiday Inn Penang, Equatorial dan The Eastin di Penang dan beberapa lagi yang tak sempat nak disebut.

Kalau ditanya antara hotel-hotel diatas mana yang paling best?..Mulu Marriott! Pergilah..mmg recommended

(4) Dokumen perjalanan.

Nampak macam remeh, tapi kalau korang tak arrange elok-elok segala dokumen yang berkaitan boleh buat patah leher jadiknya if anything happen semasa travel especially ke luar negara. Tiket, passport/ic, voucher hotel, insurance cover perlu dibuat salinan dan emelkan kepada diri sendiri. Jgn lupa alamat dan no phone embaasy Malaysia di negara kita lawati. Lagi satu map, atau catatan yang korang buat setelah research dalam google maps. Korang juga boleh research alamat dan no telefon balai polis, hospital berhampiran.

Semua ini memudahkan anda untuk mengambil tindakan sekiranya kecelakaan berlaku semasa travel. Aku biasanya menyediakan sebuah buku log untuk catatan penting seperti check list, waktu solat, lokasi retoran halal, alamat hotel, no telefon penting. Salinan dokumen penting yang saya sebut tadi, saya tampal sahaja kat buku ni. 

Untuk melakukan aktiviti outdoor di luar negara, tak perlu lah bawak passport ke hulu ke hilir. Memanglah tujuan untuk keselamatan, tapi kalau terhilang tak ke naya. Untuk keselamatan dokumen, letaklah dalam begpack dan digantung dihadapan, atau beg pouch yang diikat kemas.

(5) Pengurusan risiko

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Sediakan payung sebelum hujan..bla-bla-bla. So, amik travel insurance untuk perjalanan terutamanya ke luar negara. Lebih senang kalau syarikat insurans tersebut mempunyai cawangan di negara yang korang lawati. Pastikan anda membaca insurance cover untuk ketahui dokumen yang perlu disediakan sekiranya berlaku kecelakaan. Nak senang, korang siap-siap isi borang tuntutan (kalau rajin lah…huhu). Lagi satu kalau boleh ambil full coverage untuk flight delay/cancel, kemalangan dijalanraya atau semasa lakukan aktiviti luar dan kos-kos yang berkaitan sekiranya berlaku kematian...huhu.

(6) Toiletries

Excited macamana pun nak travel jgn lupa benda ni. Karang tak gosok gigi pulak. Untuk frequent traveller mmg diorang siap benda-benda ni dalam satu beg kecil. Selain keperluan asas, jgn lupa untuk masukkan sunblock, mosquito repellent, Dettol, wet tissue..dll. Untuk negara yang mengalami empat musim, cuaca disana agak kering. Oleh itu langkah membawa moisturiser/lotion cream adalah sangat digalakkan.

(7) Halal Food di luar negara

Hanya terpakai kepada muslim. For non muslim anda tidak hadapi kesukaran. Di kota-kota besar seperti London atau Amsterdam tidak sukar untuk mendapatkan halal food, migran yang berasal dari negara timur tengah yang memang memudahkan kita mendapatkan makanan halal. Tetapi tidak di negara-negara seperti Rep. Czech dan Austria. Jalan selamat beli sahaja buah-buahan atau fish fillet burger di McD..huhu

Apapun, persediaan makanan segera seperti maggi, Brahims wajib ada untuk waktu-waktu tidak terduga. Kalau rajin, dapatkan traveller cooker untuk masak.

Okeylah, ini adalah sebahagian daripada tips perjalanan secara general yang boleh aku kongsikan. Actually banyak lagi tips yang boleh korang dapatkan. Tips perjalanan berbeza dari satu negara ke negara lain berikutan berbeza budaya, agama dan bahasa.


No comments:

Post a Comment