Thursday 9 June 2016

Bali 2016

Day 1

Trip ini adalah trip ke dua aku ke Bali. Kenapa pergi lagi? Sebab utama adalah harga tiket lebih murah berbanding ke Boracay pada tarikh perjalanan yang sama..haha. Sebenarnya terdapat banyak lagi lokasi yang belum aku jejaki sejak pertama kali ke sini pada penghujung tahun 2014. 

Dengan tambang pergi balik termasuk cukai dan segala caj semuanya berjumlah RM281.00. Ruang tempat duduk yang lebih luas dan selesa, makanan dan bagasi percuma, skrin video, apalagi yang diperlukan untuk perjalanan selama tiga jam..no hidden cost macam sedara kita lagi sorang tu.. (Aku dah promo baik punya kat Malindo Air takkan takde free seat untuk aku…haha)



Ngurah Rai Bandara, Denpasar.

Tiba Lapangan Terbang Ngurah Rai Denpasar tepat jam 9.15 malam. Lapangan Terbang Ngurah Rai seperti biasa sentiasa sibuk dengan penerbangan keluar masuk dari serata dunia. Nak buat camna, dunia luar lebih kenali Bali, Bangkok dan Singapore untuk travel di negara-negara Asia Tenggara.

Penginapan kali ini adalah di Angel Hotel yang terletak di Jalan Pantai Kuta. Dengan rate RM136.00 per night, kemudahan yang disediakan cukup memuaskan. Yang penting wifi free dan laju serta tilam yang selesa. 

Perjalanan kali ini lebih relax, aku tak book  mana-mana tour untuk sebarang pakej. Light and easy saja. Pada tahun 2014 dulu agak rushing sebab nak cover banyak tempat. Cuma kali ini aku book tour ke Green School yang terletak di Abiansemal. 

Day 2

Green School terletak di Abiansemal, mengambil masa kira-kira satu jam setengah perjalanan ke sana. Green School merupakan sekolah antarabangsa yang mengadaptasi sistem pendidikan yang berteraskan kepada kecintaan terhadap alam sekitar. Sekolah ini terletak diperkampungan tradisional Bali (tak tradisional mana sangat pun, macam kampung aku juga) dikelilingi dengan rimbunan buluh yang meredupkan suasana disini. Sesi lawatan bermula sekitar jam 9.00 pagi. 

Diasaskan oleh pasangan dari Sweden yang telah menetap hampir 30 tahun di Bali, Green School telah berjaya menarik perhatian ramai tentang konsep pembangunan dan pembelajaran yang holistic tanpa mencemarkan alam sekitar.


Laluan utama tour ke Green School

Tour ke Green School hanya boleh accommodate 30 pelawat sahaja dalam satu-satu masa. Kami dibekalkan dengan headphone yang diselaraskan dengan pegawai yang mengiringi kami sepanjang tour. Memandangkan sesi akademik masih berlangsung, kami diingatkan supaya tidak mengambil gambar pelajar disini bagi tujuan privacy.

Salah satu projek tanaman sayur student di sini. 


Kaedah siraman tanaman menggunakan air sungai berhampiran


Kolam peliharaan ikan. Diorang gunakan air projek tanaman sayur di atas sebagai sumber utama air ke kolam ternakan ni. Water recycle!

Antara tapak projek pertanian dengan menggunakan jerami  menutupi batas bagi menyuburkan tanah dan dapat menyerap air dengan baik

Semua yang join lawatan ni foreigner. Diorang memang berminat dengan hal- hal sebegini berbanding dengan kita. Menariknya Green School ini selain aktiviti yang berteraskan kepada pemeliharaan alam sekitar, adalah bangunan sekolah yang dibuat sepenuhnya menggunakan buluh. 

Bukan setakat sekolah, jambatan yang terdapat disini juga dibuat menggunakan buluh. Buluh yang digunakan adalah buluh yang berkualiti tinggi dan diperolehi sebahagian material tersebut dari Bali dan provinsi lain di Indonesia seperti Jawa.

Khemah ini digunakan untuk aktiviti luar...banyak nyamuk kat sini!


Salah satu bangunan kelas. Material menggunakan buluh dan rotan sepenuhnya. Jerami digunakan sebagai atap dan perlu ditukar setiap tiga tahun.



Rekabentuk bumbung yang menggunakan sepenuhnya material seperti buluh dan rotan

Selain itu, rekabentuk sekolah ini direka dengan konsep terbuka. Dalam hal ini, takde lah nak pasang pendingin udara. Keadaan sekeliling yang redup memberi keselesaan di sini. Buat masa ini terdapat 360 pelajar dari serata dunia mengikuti pengajian disini. Mostly adalah dari Europe dan 46 orang tenaga akademik dari pelbagai negara berkhidmat di sini.

Pengajian menggunakan sepenuhnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia wajib dipelajari. Untuk sertai tour di Green School setiap pelawat dikehendaki membayar IDR190,000 atau bersamaan lebih kurang RM62.00 sahaja. 

Day 3

Hari ketiga aku ke Ubud. Apa yang menariknya pekan Ubud ni?, di sinilah terletaknya Art Market yang menjadi tumpuan pelancong untuk mendapatkan sovenier dan barangan seni penduduk tempatan. Selain itu, layout pekan Ubud yang menggabungkan seni bina kota lama dan bangunan baru menarik pecinta senibina untuk berada di Ubud.


Sebahagian Art Market Ubud


Ubud Town ni bukan lah besar mana, biasanya tourist akan berkeliaran sekitar Jalan Raya Ubud dan Jalan Moneky Forest





Lepak-lepak sambil minum air kelapa berlatarbelakangkan paddy terrace..layan je

Kedudukan Ubud yang di kelilingi hutan, sawah padi, kebun kelapa menjadikan Ubud destinasi utama bagi foreigner. Penulis novel terkenal Eat, Pray dan Love iaitu Elizabeth Gilbert mendapat ilham semasa beliau bermusafir di Ubud. Selain persekitaran yang tenang dan mendamaikan, 

Ubud juga terkenal sebagai pusat seni di provinsi Bali dimana ramai pemahat batu dan pengukir kayu berasal dari Ubud. Berdasarkan perbualan aku dengan penduduk tempatan, kemahiran ukiran diperturunkan dari satu generasi ke generasi. 

Aku kasi promo Spa Maya Ubud...sapa ada duit boleh lah pi sini! (ihsan Google)


Salah satu resort yang ada di Ubud..pun sapa ada duit berkantung-kantung boleh pi sini jugak (ihsan Google)

Ubud juga terkenal dengan tempat yang menyediakan kepelbagaian makanan samada antarabangsa dan tempatan. Korang berbual lah dengan mat-mat Salleh yang menetap di Ubud, mereka akan memuji keenakan makanan di sini. Malangnya semua yang enak-enak itu adalah tidak halal. 

Di Ubud terdapat puluhan penginapan berbentuk resort dan villa yang menarik untuk didiami. Kebanyakan resort dan villa ini terletak dipinggir hutan mahupun di tepi sawah padi. Kebanyakan resort dan villa di sini diusahakan dan dimiliki oleh orang asing. 

Day 4 & 5

Hari ini aku relax sahaja. Morning walk di sekitar Pantai Kuta sebelum breakfast. Waktu tengahari aku ke Discovery Shopping Complex yang terletak berhadapan dengan Pantai Kuta. Sekitar 10 minit berjalan kaki dari penginapan. 

Tak banyak perkara yang boleh dibuat disini selain window shopping dan lepak-lepak di Starbuck CafĂ©. Takde apa yang menariknya Discovery Shopping Complex ni, lebih kurang sama aje dengan mall di Kuala Lumpur tu. Lastnya aku lepak je kat Starbuck yang menghadap Jalan Kartika Sari yang sentiasa sibuk tu. Sambil minum Java Chip Frap dan cheese carrot cake..layan la jugak. 




Discovery Shopping Mall


Lepak di Starbuck Beachwalk Mall


Cinema XXI Beachwalk Mall. Layan lah apa yang ada


Waktu petang aku ke Beachwalk Mall, berhadapan Pantai Kuta juga. Di sini terdapat satu-satunya Cineplex di Bali iaitu Cinema XX1 ni, so dua hari aku lepak sini. Apa yang bestnya Cinema XXI adalah seleksi makanan yang boleh kita beli. Tak mcm kat Malaysia, lagi2 pop corn, nugget, karipap. Kat sini korang boleh order sandwich, burger, spaghetti, french fries yang panas, desert. 

Lepas habis movie aku lepak di Coffe Bean di Beachwalk yang menghadap Pantai Kuta. Tak tau kan nak buat apa, just tengok orang lalu lalang dan yang penting wifi laju di sini.

Catatan penting terhadap Bali.

Bali Architecture

Salah satu perkara yang belum aku highlight disini adalah berkaitan dengan architecture Bali. Kalau korang minat kepada interior design dan architecture, Bali Architecture adalah suatu perkara yang perlu diberi perhatian. Konsep rekabentuk bangunan di Bali menggabungkan elemen air dan udara selain unsur tradisional Bali yang menggunakan material yang berasaskan bahan semula jadi seperti kayu, buluh dan rotan. 

Selain itu, rekabentuk bangunan juga diadaptasi daripada konsep hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam sekitar.

Kalau korang menginap di Villa, anda akan lebih memahami konsep rekabantuk Bali berbanding anda menginap di resort mahupun hotel. Kebanyakan villa dibina dengan konsep terbuka. Dalam hal ini, sistem pengudaraan adalah penting dalam konsep Bali.  

Rekabentuk bumbung dibuat secara meninggi dengan penggunaan material seperti buluh dan rotan menjadi bahan utama. Sistem pengudaraan yang baik dan rekabentuk bumbung yang tinggi ini menghasilkan ventilation yang baik untuk sesebuah bangunan.

Fungsi ruang juga memainkan peranan penting dalam rekabentuk Bali. Fungsi Ruang dibahagikan kepada penggunaan tertentu seperti fungsi kemanusiaan (ruang tamu, bilik tidur, dapur), fungsi alam sekitar (kebanyakan villa di Bali menyediakan halaman untuk tujuan ini) serta hubungan spiritual. Kesemua ruang ini saling berinteraksi secara harmoni untuk mewujudkan keselesaan kepada penghuni.


Contoh floor plan Modern Bali Home Design. Kebanyakan rumah moden menggunakan konsep terbuka bagi mendapatkan sistem pengudaraan yang baik. (Sumber : Google) 


Antara perkara yang menarik perhatian juga adalah konsep guardian wall. Kalau dilihat kepada rumah Bali, kebiasannya akan dikelilingi tembok batu. Tujuannya adalah untuk mewujudkan suasana privacy kepada penghuni pada masa yang sama menurut kepercayaan mereka guardian wall ini juga boleh menghalang semangat jahat daripada memasuki rumah. 

Secara keseluruhannya konsep bali dalam rekabentuk bangunan menghasilkan ruang privacy yang sangat selesa dengan sistem pengudaraan semula jadi yang baik dan kerhamonian antara ruang. Konsep ini membawa nama Bali terkenal ke seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment