Monday 31 August 2015

Penang Part 3 (20 Mac 2015) - Edisi Cuti Sekolah

Hari ketiga kami  ke Bukit Bendera pula. Selesai menikmati sarapan  di restoran di hadapan hotel, saya mengambil teksi untuk ke Bukit Bendera. Perjalanan mengambil masa 40 minit sahaja dengan kadar tambang sebanyak RM30 dikenakan. Ini kali kedua saya ke Bukit Bendera dan pertama kali bersama keluarga. Kami tiba sekitar jam 8.30 pagi dan keadaan masih belum dipenuhi pengunjung ketika itu. Bagi kunjungan ke Bukit Bendera, tidak banyak yang perlu saya ceritakan kerana lebih kurang sahaja aktiviti yang dijalankan sepertimana siri saya ke Penang sebelum ini. Lebih kurang jam 10.00 pagi kami mula bergerak turun dan terus mengambil teksi untuk pulang ke hotel. Untuk makan tengah hari, saya sekali lagi membeli nasi kandar di gerai line clear. Tak sangka pula anak-anak saya menggemari nasi kandar di sini kerana setahu saya mereka bukanlah penggemar makanan berkari sebelum ini. Selain itu, saya juga berkesempatan mengunjungi gerai Penang Road cendol yang popular di Georgetown.

Makan sambil berdiri di celah-celah bangunan lama memang style orang Malaysia!. Tengah hari kira-kira jam 1.30 kami check-out dan terus ke Airport untuk penerbangan balik ke Subang pada jam 3.30 petang nanti. Kami tiba di Subang jam 4.30 petang dan terus ke kaunter teksi untuk perjalanan balik ke rumah. Hampa..untuk budget teksi saya dimaklumkan terpaksa tunggu selama sejam disebabkan teksi terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan jumlah penumpang yang sedang berbaris sangat panjang. Pilihan lain saya mengambil premier teksi dengan menggunakan meter. Biasalah kalau dah guna meter, carik jalan sejauh yang mampu dengan alasan peak hours orang balik dari kerja. Nak buat bagaimana, ini pilihan terbaik.

Overall percutian ke Penang kali ini berbeza sedikit kerana bersama keluarga. Paling happy anak-anak lah. Saya pun happy jugak. Penang menawarkan produk pelancongan yang menarik ditambah dengan kepelbagaian makanan yang tersohor. Apalagi yang anda mahu. Semuanya ada di sini. 

No comments:

Post a Comment