Monday, 31 August 2015

Pulau Tioman Part 3 (24 Julai 2015) - Berlari dan terus berlari


Hari ini adalah hari terakhir aku di Tioman. Tidak merancang untuk melakukan sebarang aktiviti, pantas je jari aku membidik bagi mendapat sudut menarik. Malangnya tidak banyak sudut berbeza..semuanya lebih kurang sama. 


Kg. Salang dikelilingi bukit bukau

Jom berenang!



Bagi yang berkelapangan, aktiviti jungle trekking boleh dilakukan. Starting point bermula di bukit bersebelahan Salang Sayang Resort dan berakhir di Monkey Bay. Saya dimaklumkan aktiviti jungle trekking akan mengambil masa selama satu jam melalui trek yang sudah tersedia.

Untuk perjalanan balik Tioman-Mersing, aku dimaklumkan terdapat dua trip sahaja iaitu jam 12.30 tengah hari dan 2.00 petang. Memandangkan tidak ada lagi aktiviti yang hendak dilakukan saya telah maklumkan kepada Chill untuk mengambil feri jam 12.30 tengah hari. 

Oleh yang demikian aku perlu bersedia di Jeti Kg Salang sekitar jam 12.00 tengah hari. Kira-kira jam 11.30 akumula bergegas keluar dari bilik untuk check-out. Elok sahaja aku keluar bilik siren feri dibunyikan menandakan feri hendak bergerak tidak lama lagi. WTF!...kata pukul 12.30 bergerak. 

Selepas segera menyerahkan kunci bilik, Chill menyuruh saya berlari ke Jeti dengan harapan dapat mengambil trip kali ini. Elok sahaja tiba di Salang Complex feri tersebut terus meninggalkan saya tanpa belas kasihan setelah penat berkejaran. Kurang asam betul lah...apa ni..

Bersama-sama aku ada 3 keluarga lain yang turut terlepas mengambil trip jam 12.30 tengah hari. Sambil menunggu feri saya bersembang dengan beberapa pengunjung lain untuk mengisi masa senggang. Sila ambil perhatian, untuk pergerakan balik Tioman-Mersing, Feri akan mengambil penumpang di Jeti Kg Salang terlebih dahulu. 

Ini bermakna sekiranya dalam jadual yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi trip berlepas jam 12.30..bermakna anda perlu berada sejam lebih awal dari waktu yang ditetapkan. Bagi lah tau awal-awal...lemah tul lah diorang ni. Penat dah saya berkejar-kejaran dari hari pertama haritu ni waktu hendak berangkat balik pun berkejar-kejaran lagi.

Jam menghampiri 2.00 petang, tidak lagi kelihatan feri yang sepatutnya. Wah..ini sudah bikin panas. Tadi senang je korang gerak awal, time aku tunggu tahu pulak kau datang lewat. Masing-masing sudah agak bosan dan keresahan. Akhirnya jam 2.40 petang baru lah kelihatan kelibat feri menghampiri Jeti Kg Salang. Apalagi berebut-rebutlah beratur untuk naik, malangnya feri tersebut rupanya menuju ke Tanjung Gemuk..apa ni weyyy!.  Oleh kerana kami agak kelewatan, feri tersebut setuju membawa dan memindahkan kami di Jeti Kg Tekek untuk menaiki feri yang akan ke Mersing. Haisshhhh..nyusahkan wey.

Akhirnya saya bergerak ke Mersing dengan selamat setelah bergelut dengan sedikit ketidaktentuan sebelumnya. Tiba di Jeti Mersing lebih kurang jam 5.00 petang dan saya mempunyai kira-kira sejam sebelum mengambil bas ke Kuala Lumpur pada jam 6.00 petang. Di Mersing saya singgah makan sebentar di KFC dan seterusnya meneruskan perjalanan dengan Transnasional ke TBS. Perjalanan waktu malam agak tenang dan dijadualkan tiba di TBS kira-kira jam 11.45 malam.

Berdasarkan perkiraan ini saya sempat lah mengambil train akhir ERL ke Putrajaya pada jam 12.10 malam. Tapi, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Ketibaan bas di Terminal Tasik Selatan pada jam 12.00 tengah malam dan saya ada kira-kira 10 minit untuk berkejar ke Stesen ERL Tasik Selatan dan seterusnya mengambil train akhir. Tanpa membuang masa, saya berlari dan terus berlari bagi memastikan saya tidak terlepas kali ini. Setibanya saya tiba di kaunter tiket ERL Tasik Selatan, elok aje train akhir bergerak meninggalkan saya tanpa perasaan belas kasihan. Aduhhh..penat lah camni. Train seterusnya ke Putrajaya bergerak jam 4.40 pagi. 

Malas nak tunggu. Saya menghampiri terminal teksi untuk ke Putrajaya. Biasalah tengah malam, kena tambah sur-charge RM20 lagi dari kadar biasa. Nak buat camna. Apa pun alhamdulillah jam 1.30 pagi akhirnya saya tiba di rumah dengan selamat. Bila terfikir balik memang senak dibuatnya berkejar-kejaran dari hari pertama sehingga balik. Tak pernah terjadi sebelum ini. Apapun bagus juga, sambil berkejar-kejaran saya boleh lah membuang lemak yang degil di badan ini..ngeh2.

Okeylah, setakat ini sahaja catatan saya sepanjang travel di Tioman. Tioman menawarkan keindahan yang masih lagi setanding dengan tempat-tempat lain dalam kategorinya sama ada dalam dan luar negara. Tioman masih lagi menjadi lokasi utama peminat sukan diving dan dikatakan batu karang di lokasi diving masih lagi terpelihara. Saya bercita-cita mengambil lesen diving tetapi masih tiada kesempatan waktu. 

Walaupun begitu, saya sedikit terkilan dengan sikap penduduk tempatan dan pihak berkuasa di sana yang masih dalam kerangka pemikiran seperti dahulu yang dizahirkan melalui sikap tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan tempat awam. Gerai-gerai makanan dalam keadaan yang tidak memuaskan, kemudahan awam tidak terjaga, tandas awam tak usah cakaplah..hancur!. teringat kata-kata Tun Mahathir suatu ketika dulu, untuk membina kemudahan bertaraf antarabangsa lebih mudah dari mengubah sikap rakyat Malaysia. Dengan kehadiran pelancong yang tidak putus-putus sepatutnya menambah kutipan hasil sama ada kepada penduduk atau pihak berkuasa tempatan.

Kalau ada yang bertanya, saya hendak ke sana lagi ke?..hurmm..tak pasti atau kalau pergi lagi saya akan memilih hotel yang lebih establish sket.

Okey lah..terima kasih kerana membaca [full stop]

1 comment:

  1. Salam.beli tiket feri dgn agent mcmane.?boleh bagi contact number.terima kasih

    ReplyDelete