Short vacay hujung
minggu. Lama benar aku tak menulis, dah keras sket jari utk menaip. Tiada
proper planning sebenarnya ke The Kabin, kebetulan, wife dan anak2 tak
bersekolah pada hari jumaat, maka dirasakan eloklah waktu tersebut digunakan
untuk short trip ke mana-mana destinasi yang tak berapa jauh.
Straight to the
point, The Kabin ni telah membuka lebaran baru dalam industry pelancongan
melalui konsep penginapan yang non conventional. Dah namanya The Kabin,
struktur bangunan menggunakan kontena yang telah diubahsuai menjadi ruang
penginapan yang bagi aku not bad.
The Kabin ni sangat popular, kalau takat saja2 korang nak walk-in esp weekend, jgn
harap lah nak dapat bilik. Aku notice The Kabin jadi tumpuan untuk small group
buat gathering ataupun retreat. Sebab masa aku pegi ada dua kumpulan organize
retreat kat sini. Kemudahan yang disediakan termasuk indoor game, ruang untuk BBQ, swimming pool, karaoke, cafe, surau, futsal court termasuk playground untuk budak2.
Bilik sedikit sempit, walaupun begitu tilam yang disediakan cukup selesa. Kalau korang anak beranak dibawah kategori gebu gebas memang berlaga perut lah berjalan dalam bilik tu. Setiap unit ada ruang beranda yang agak luas. Kat sini lah korang nak makan minum, main dam aji ke, main dam ular ke atau just sembang-sembang kosong sampai larut malam.
Bilik sedikit sempit, walaupun begitu tilam yang disediakan cukup selesa. Kalau korang anak beranak dibawah kategori gebu gebas memang berlaga perut lah berjalan dalam bilik tu. Setiap unit ada ruang beranda yang agak luas. Kat sini lah korang nak makan minum, main dam aji ke, main dam ular ke atau just sembang-sembang kosong sampai larut malam.
Aktiviti outdoor yg korang
boleh buat kat sini seperti lepak-lepak kat Pantai Jeram. Dekat je, tak sampai
lima minit dah sampai. Pantai Jeram ni tak boleh mandi, takat lepak2 sambil
rambut dibuai angin bayu pun dah cukup okey. Best jugak lah sesekali layan
angin laut ni. Ada beberapa retsoran dan gerai untuk korang beli kudapan dan
air. Oh yea, ada juga pasar basah menjual hasil tangkapan nelayan yang segar.
Selain itu, satu lagi
destinasi makan yang cukup popular kat area the Kabin ni ialah Atuk Asam Pedas,
tak sampai tiga minit dari The Kabin. Asam pedas ikan sembilang claypot jadi
identity warung ni. Memang sentiasa ramai pengunjung, aku order 3 ikan
sembilang dan 1 ikan cencaru. Bagi anak jati Johor, bagi aku asam pedas dia
kedai ni biasa2 sahaja dan tidak begitu menggiurkan. Asam pedas sedikit cair
dan tidak banyak rasa sgt asam pedas berbanding dengan asam pedas di Johor.
Mungkin tunas rasa asam pedas aku ni agak tinggi berbanding tempat lain.
Selain lepak-lepak di
Pantai Jeram, aktiviti kitorang adalah berenang. Ye lah, swimming pool ditengah-tengah
penginapan. Since anak-anak aku pun dah ada basic swimming, jadi boleh lah diorang
terus practice dengan pemantauan aku.
Overall, aku boleh datang
lagi tempat ni. Rate satu malam untuk weekend dalam RM240.00, which is bagi aku agak
sedikit mahal untuk penginapan semacam ini. Cumanya mungkin The Kabin ni
bersifat eksklusif, maka bagi aku boleh lah diterima. Aku tak banyak amik gambar
di The Kabin, sebab dah berlambak2 gambar kalau kau google. Aku pun tak nak promo lebih-lebih The Kabin ni, bukan dapat apapun. Cuma aku doakan semoga owner The Kabin kekalkan prestasi yang sediada dan aku notice pekerja disini dikalangan anak-anak muda Kuala Selangor. Good job bro!
No comments:
Post a Comment