Penang Part 3 (20 Mac 2015) - Edisi Cuti Sekolah
Hari ketiga kami ke Bukit
Bendera pula. Selesai menikmati sarapan di restoran di hadapan hotel, saya
mengambil teksi untuk ke Bukit Bendera. Perjalanan mengambil masa 40 minit
sahaja dengan kadar tambang sebanyak RM30 dikenakan. Ini kali kedua saya ke
Bukit Bendera dan pertama kali bersama keluarga. Kami tiba sekitar jam 8.30
pagi dan keadaan masih belum dipenuhi pengunjung ketika itu. Bagi kunjungan ke
Bukit Bendera, tidak banyak yang perlu saya ceritakan kerana lebih kurang
sahaja aktiviti yang dijalankan sepertimana siri saya ke Penang sebelum ini. Lebih
kurang jam 10.00 pagi kami mula bergerak turun dan terus mengambil teksi untuk
pulang ke hotel. Untuk makan tengah hari, saya sekali lagi membeli nasi kandar
di gerai line clear. Tak sangka pula anak-anak saya menggemari nasi kandar di
sini kerana setahu saya mereka bukanlah penggemar makanan berkari sebelum ini. Selain
itu, saya juga berkesempatan mengunjungi gerai Penang Road cendol yang popular di
Georgetown.
Makan sambil berdiri di celah-celah bangunan lama memang style
orang Malaysia!. Tengah hari kira-kira jam 1.30 kami check-out dan terus ke
Airport untuk penerbangan balik ke Subang pada jam 3.30 petang nanti. Kami tiba
di Subang jam 4.30 petang dan terus ke kaunter teksi untuk perjalanan balik ke
rumah. Hampa..untuk budget teksi saya dimaklumkan terpaksa tunggu selama sejam
disebabkan teksi terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan jumlah penumpang
yang sedang berbaris sangat panjang. Pilihan lain saya mengambil premier teksi
dengan menggunakan meter. Biasalah kalau dah guna meter, carik jalan sejauh
yang mampu dengan alasan peak hours orang balik dari kerja. Nak buat bagaimana,
ini pilihan terbaik.
Overall percutian ke Penang kali ini berbeza sedikit
kerana bersama keluarga. Paling happy anak-anak lah. Saya pun happy jugak.
Penang menawarkan produk pelancongan yang menarik ditambah dengan kepelbagaian
makanan yang tersohor. Apalagi yang anda mahu. Semuanya ada di sini.
No comments:
Post a Comment