Monday, 31 August 2015

Penang Part 1 (18 Mac 2015) - Edisi Cuti Sekolah

Kali ni aku ke Penang bersama keluarga sempena cuti sekolah . Percutian kali ini lebih untuk bersantai di Batu Feringghi dan makan-makan di sekitar Georgetown. Mengikut perancangan, hari pertama aku menginap di Holiday Inn Resort Batu Feringghi manakala malam berikutnya  menginap di Cititel Hotel Georgetown. 

Perjalanan ke Penang menggunakan pesawat Firefly dan buat pertama kalinya saya bertolak dari Subang Skypark.

Subang Skypark

Penerbangan bertolak tepat jam 9.40 pagi dan tiba di Penang jam 10.35. Dari airport Penang aku ambik teksi ke Batu Feringghi dengan tambang yang dikenakan sebanyak RM74.00. Sekiranya korang datang bersendirian aku nasihatkan anda mengambil bas rapid Penang ke Batu Feringghi dengan mengambil bas Airport-Teluk Bahang kerana ianya jauh lebih menjimatkan. 

Perjalanan ke Batu Feringghi mengambil masa selama sejam dan kebetulan pemandu teksi yang membawa kami agak berumur. Rasanya perjalanan yang banyak memakan masa sejam bertukar kepada sejam 30 minit..huhu.

Tower Block Holiday Inn

Tiba di Holiday Inn lebih kurang jam 12.00 tengah hari dan aku bernasib baik kerana bilik telah tersedia. Walau bagaimanapun, proses untuk check-in memakan masa agak lama dari kebiasaan, aku pun tak tahu apa benda yang receptionist ni buat. Untuk resort bertaraf 4 bintang sepatutnya proses check-in dibuat dengan cekap dan tidak lebih dari 5 minit sedangkan reservation telah dibuat secara online dengan booking.com. Bilik kami kali ini terletak di tower block dan menghadap laut. 

Dengan dua katil single yang agak besar, Oh ye kadar penginapan kami semalam sebanyak RM350.00 termasuk sarapan untuk semua. Kedudukan tower block bertentangan dengan beach block dan semua kemudahan terletak di blok ini. Pihak hotel menyediakan kemudahan jejantas bagi kemudahan pengunjung yang menginap di tower block  ke beach block tanpa perlu melintas jalan raya.



Jejantas yang menghubungkan Tower Block dan Beach Block


Beach Block Holiday Inn

Jalan Batu Feringgi yang memisahkan Tower Block dan Beach Block


Untuk aktiviti hari pertama tidak banyak dibuat selain menghabiskan masa di kolam renang dan pantai Batu Feringghi. Pantai di hadapan resort agak landai dan bersih, namun begitu saya tidak teruja untuk mandi kerana airnya agak keruh dan bimbang dengan kehadiran obor-obor yang boleh mendatangkan kecederaan. 

Di resort ini juga disediakan kids club untuk kanak-kanak menghabiskan masa dengan aktiviti yang disediakan. Selain itu, indoor games juga disediakan untuk pengunjung menghabiskan waktu santai mereka di sini. 

Medan Selera Seri Bayu yang terletak bersebelahan Park Royal Hotel


Memandangkan aku tak sewa kenderaan, alternatif terbaik untuk mendapatkan makanan adalah di Medan Selera Bayu Senja yang terletak bersebelahan Hotel Park Royal dengan berjalan kaki kira-kira 10 minit. Di sini terdapat beberapa gerai yang menjual seafood untuk pilihan pengunjung. 


Pantai Batu Feringhhi


Swimming Pool

Pada malam harinya, kami menghabiskan masa di pasar malam sekitar Batu Feringghi. Pasar malam ini terletak disepanjang jalan Batu Feringghi dan banyak barang-barang tiruan dijual di sini. Memandangkan malam tersebut bukan malam minggu, tidak ramai pengunjung ke pasar malam di Batu Feringghi. Persekitaran di sini agak membosankan kerana barang jualan tiruan mereka hampir sama sahaja. Tidak ada satu barang yang berjaya menarik perhatian saya untuk membeli. Selepas itu, saya menghabiskan baki waktu malam dengan bermain bersama anak di indoor game room.

Itu sahaja aktiviti aku pada hari pertama. Mungkin sudah terlalu kerap ke Penang membuatkan aku lebih relax dan tidak terlalu excited.

No comments:

Post a Comment