Semasa membelek album lama, kepingan gambar lama semasa ke
Korea sekitar tahun 2007 menggamit memori. Tujuan ke Korea
sebenarnya bukanlah untuk meneroka tempat-tepat menarik di sana, tetapi lebih
menemani makcik aku untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya yang sudah
tamat belajar di Seoul University.
Menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines, aku dpt tiket free dengan penebusan mata ganjaran Enrich Card. Ketika itu aku adalah pemegang Enrich Gold. Dengan jumlah mata yang ada melayakkan aku mendapat tiket percuma ke Korea dan layak pula untuk memasuki Golden Lounge di KLIA dan Inchoen Airport meskipun menaiki kelas Ekonomi.
Menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines, aku dpt tiket free dengan penebusan mata ganjaran Enrich Card. Ketika itu aku adalah pemegang Enrich Gold. Dengan jumlah mata yang ada melayakkan aku mendapat tiket percuma ke Korea dan layak pula untuk memasuki Golden Lounge di KLIA dan Inchoen Airport meskipun menaiki kelas Ekonomi.
Perjalanan waktu itu di bulan Febuari dan berada di
pertengahan musim sejuk. Selamba aje aku pakai t-shirt biasa semasa tiba di
Airport dan ditegur oleh salah seorang penumpang warganegara Korea yang mengingatkan aku suhu di Seoul sudah mencapai -5`Cel...haha. Terus aku cari jaket!. Tiba di
Incheon Airport kira-kira jam 8.30 pagi, dengan kabus tebal dan suhu -5
memang malas nak keluar dari airport.
Perjalanan memakan masa hampir sejam dan apabila tiba di
salah satu destinasi yang aku pun tidak ingat tempatnya kami bertukar kepada teksi
pula. Part menaiki teksi ini sangat challenging, kami terpaksa menaiki dua
teksi berasingan dan sepupu aku sebaik mungkin memberi arahan sejelasnya
kepada pemandu teksi yang aku naiki manakala beliau menaiki teksi bersama
makcik aku. Masalah bahasa memang ketara di Korea kerana tidak ramai
dikalangan mereka boleh berbahasa Inggeris.
Kawasan kampus Korea University |
Untuk hari pertama aku hanya berehat sahaja dan
menghabiskan bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia. Musim-musim sejuk gini
dapat makan dapat makan nasi panas dengan sambal ikan bilis memang padu!.Tak
cukup dengan itu, aku rendam maggi sebagai menandakan akua telah selamat tiba
ke negara orang. Memang itulah habit aku bila ke luar negara.
Pada waktu
petangnya aku dibawa ke kampus dimana beliau belajar yang hanya terletak bersebelahan
di rumah sewaannya. Aku hanya berjalan disekitar kampus dan sepupu aku menunjukkan blok akademik di mana beliau menuntut ilmu. Sebagaimana kampus di negara lain, kampus di sini bersifat terbuka. Tiada pondok pengawal yang akan memeriksa kenderaan keluar masuk. Kampus universiti diihat sebagai sebahagian daripada komuniti di sana.
Hari kedua aku dimaklumkan salji akan turun
pada hari ini. Aduss, bertambah sejuklah nanti. Dijangkakan suhu lebih sejuk
pada hari semalam dan akan mencecah -15 ke -20 darjah celcius. Hurmm, takpe lah, yang penting pagi ni aku nak mandi dulu sebelum keluar merayau.
Elok aje aku buka paip, cepat-cepat saya menutupnya. Haha...tak mandi
pagi arini..sekian terima kasih.
Meskipun mereka
bukan beragama Islam, kebersihan gerai makanan di sana dan cara penyediaan yang
bersih dari sebarang penggunaan bahan yang meragukan tidak menyekat selera kami untuk menikmati hidangan tempatan. Oh ye,
menu di Korea lebih kurang sahaja dengan menu kita disini. Contohnya ikan
dimasak asam pedas tetapi menggunakan kaedah rebusan. Selain itu, restoran
yang menjual makanan halal mudah didapati di sekitar Itaewon. Di sini
terletaknya Seoul Mosque satu-satu masjid yang menjadi tumpuan masyarakat Islam
untuk menunaikan ibadah.
Dua hari sebelum majlis Konvokesyen, kami dipelawa untuk
menghadiri jamuan makan tengahari anjuran Korea University khusus untuk pelajar
dan keluarga dari Malaysia. Perghh..baiknya pengurusan universiti diaorang. Jamuan
diadakan di salah satu restoran makanan arab. Jamuan makan tengahari berjalan
secara ringkas dengan pengisian ucapan wakil pelajar Malaysia dan ucapan balas
oleh Dekan. Semua ucapan dalam bahasa Korea. Selamba aje
budak-budak Melayu kat sini cakap bahasa Korea macam air.
Lunch student Malaysia dan family dengan pengurusan Universiti. |
Tamat sahaja jamuan makan tengahari, aku dan beberapa
keluarga pelajar yang lai merancang untuk menghabiskan masa membeli belah. Baru
meriah pi ramai-ramai ye tak. Biasalah bila travel dengan makcik-makcik ni
kejanya nak shopping, terimalah hakikat ini dengan hati terbuka.
Bagi memenuhi impian mereka dan makcik-makcik dari
Malaysia, makanya destinasi pertama pada hari ini ialah ke Namdaemun. Destinasi
membeli belah yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia katanya.
Aduss..layan aje lah. Memang betul lah, di gerai yang menjual brooch, hanya
orang Malaysia aje yang memenuhi kedai-kedai di sini.
Selain aktiviti membeli belah, aku juga berjalan
di sekitar bandar Seoul. Antara lokasi penting yang mesti dilawati oleh setiap
pengunjung luar adalah ke Cheonggyecheon. Sebatang sungai yang suatu ketika dahulu tercemar teruk.
Walau bagaimanapun, sungai tersebut telah melalui proses pemulihan dan hari ini
sungai tersebut telah pulih sepenuhnya dan menjadi tumpuan masyarakat tempatan
berekreasi pada masa lapang.
Setakat ini itu sahaja catatan ringkas perjalanan saya ke
Korea sekitar februari 2007. Takde nya nak ke Nami Islands atau Jeju Islands
yang menjadi destinasi wajib rakyat Malaysia ke Korea. Pada waktu itu, Korea
bukanlah destinasi popular rakyat Malaysia ke sana.
Memang tak masuk dalam wish list lah. Kpop pun belum lagi waktu itu. Apapun Korea sebuah negara yang
menarik untuk dilawati dan menarik banyak pengunjung dari luar terutamanya
Malaysia. Jika anda bertuah, anda dapat tiket murah yang ditawarkan Airasia ke
Seoul.
No comments:
Post a Comment