Sunday 8 February 2015

Krabi - Ao Nang 2015 - Part 3





Untuk hari ketiga, aku mengambil pakej 4 Islands. Perjalanan kali ini lebih santai dan relaks memandangkan tidak banyak aktiviti snorkeling dijalankan. Perjalanan menggunakan speed boat dari Ao Nang ke lokasi pertama kami iaitu Phrang Nga hanya mengambil masa selama 10-15 minit sahaja. Kebanyakan pelancong yang sertai trip kali ini dari Thailand, Malaysia, Taiwan serta seorang dari Korea, pasangan dari Eropah serta pasangan suami isteri bersama anak kecil dari Riyadh.


Destinasi pertama ialah  Phrang Nga beach. Phrang Nga beach adalah destinasi yang cukup terkenal di sini bukan sahaja kerana keindahaan pantai dan lautnya, tetapi kawasan bukit batu kapur yang juga menjadi tumpuan kepada pendaki untuk menguji kemahiran mereka mendaki menggunakan tali. 


Mobile kiosk dari menjual makanan 
di Phrang Nga beach

Masa yang diberikan kepada kami agak panjang iaitu sekitar 45 minit. Memandangkan aku hanya keseorangan untuk trip kali ini, tour guide  kali ini memperkenalkan pelancong dari Korea yang juga berseorangan kepada saya. Kami berkenalan dan beliau nampaknya berminat untuk menyertai aktiviti seterusnya. Selepas ini kami berdua banyak melakukan aktiviti bersama memandangkan beliau juga mempunyai skill renang yang lebih baik .

Selepas itu aku ke lokasi aktiviti snorkeling yang terletak tidak jauh daripada Chicken Island.   Kami diberi masa selama 40 minit untuk aktiviti snorkeling disini. Selepas puas melakukan aktiviti snorkeling, kami dibawa makan tengahari di salah sebuah restoran di Chicken Island. 


Jalan menghubungkan
Chicken Island dan Tup Island

Kedudukan Chicken Island sebenarnya bersebelahan dengan Tup Island. Pengunjung diberi kesempatan untuk berjalan kaki ke Tup Island sekiranya keadaan air laut surut. Aku berjalan kaki ke sana  dan mengambil kesempatan untuk masa yang panjang ini berenang di sekitar Tup Island. Kemudian aku dibawa pula ke Poda Island yang merupakan destinasi terakhir trip kali ini. Poda Island pada asalnya adalah sebuah pulau persendirian, walau bagaimanapun, pada tahun 2013, pemerintah di Thailand telah mengambilalih pulau ini dan dibuka kepada orang awam. 



Landmark di Poda Island

Kelebihan ini memberi peluang untuk melakukan aktiviti air dengan sepuas-puasnya sehingga terlupa untuk menyapu sunblock cream..hahaha..terbakar kao kulit. Tapi member aku dari Korea ni selamba , pancaran matahari tidak memberi kesan kepada kulit beliau. Oh ye, kawan aku dari Korea ini,  merupakan seorang doktor dari wilayah Ulsan Korea Selatan. 


.....Poda Island

 Kedudukan komponen 4 Island ini yang tidak jauh dari Ao Nang menyebabkan masa perjalanan dapat dijimatkan dan peruntukan masa lebih banyak untuk aktiviti di pulau. Lebih kurang jam 2.00 petang aku bergerak pulang ke Ao Nang sebelum dibawa balik ke penginapan masing-masing.



Night market di hadapan Green View Resort

Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat, aku dimaklumkan Night Market di pekan Krabi menjadi tumpuan pelancong untuk menghabiskan waktu malam mereka di sini. Night Market diadakan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad. 

Salah satu gerai menjual grill chicken

Aku hanya membeli grill chicken atau lebih kurang macam satay ayam dengan harga BHT10. Rasanya tidak banyak beza dengan satay ayam cumanya untuk versi disini tidak banyak bahan perapan dicampurkan. Grill chicken ini dimakan begitu sahaja dan tidak di cicah dengan mana-mana sos seperti kuah kacang. Aku juga beli mango juice segar yang cukup popular di gerai-gerai jus buah-buahan di Krabi.


Sunset di Ao Nang beach...

deretan long tail boat di Ao Nang beach..

Oh ye, aku hampir-hampir terlupa untuk membuat photoshoot sunset di pantai Ao Nang. Dengan keadaan kelam kabut, aku dapatkan free shuttle jam 6.00 petang untuk dibawa ke pantai Ao Nang. Ketika sampai di sana, kebanyakan pengunjung telah bersedia di tepi pantai untuk menikmati pemandangan indah sunset di pantai Ao Nang. Dengan berlatar belakangkan limestone cliff dan long tail boat...satu gabungan landscape yang takkan diperolehi di tempat lain! 

Selepas menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar Ao Nang, aku terus balik ke resort dan membuat sedikit persediaan untuk pulang ke Kuala Lumpur pada awal pagi esok harinya.






No comments:

Post a Comment