Saturday 23 August 2014

Malaysia Berkabung MH17

22 Ogos 2014 diumumkan sebagai hari berkabung bagi memberi penghormatan kepada mangsa tragedi MH17. Saya berasa pengumuman tersebut sesuai dalam konteks seluruh rakyat negara ini berasa amat sedih diatas ketentuan yang ditetapkan Allah S.W.T. Masyarakat pelbagai latar belakang kaum dan agama bersatu untuk memberi penghormatan kepada mangsa dan beranggapan rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada mangsa MH17!.

Sebelum itu pelbagai pendapat disebarkan dilaman-laman sosial yang mengatakan bahawa hari berkabung tersebut tidak menepati kehendak Islam yang sedikit sebanyak memberi kekeliruan kepada orang awam. Ada juga mengatakan bahawa tidak adil Kerajaan memberi penghormatan tinggi kepada jenazah mangsa MH17 sedangkan tidak kepada wira Lahad Datu...hurmmm.

Saya sangat terbuka terhadap pandangan ini, masing-masing punya hak dan kebebasan untuk memberi pendapat berdasarkan ilmu yang ada. Cuma bagi saya, asal sesuatu perkara adalah harus kecuali ianya mendatangkan kemudaratan dan boleh menyebabkan terpesongnya aqidah. Saya bersetuju dengan alasan pemerintah mengadakan hari berkabung (saya sebenarnya lebih selesa menggunakan istilah hari peringatan/penghormatan) sebagai tanda menzahirkan perasaan sedih keatas mangsa dan waris diatas kejadian yang berlaku kepada MH17. Bagi saya kejadian ini bukan sahaja memberi kesan kepada mangsa dan waris semata-mata, bahkan ianya memberi kesan yang cukup mendalam kepada semua rakyat Malaysia apatah lagi tragedi ini berlaku hanya selang beberapa bulan sahaja dari tragedi kehilangan MH370.

Melihat kepada siaran langsung acara penghormatan di Kompleks Bunga Raya KLIA yang mana pada pandangan saya tidak berlaku pun perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat. Aturcara dan perjalanan majlis yang dirancang lebih kepada memperkemaskan pengurusan jenazah yang baru tiba dengan mengambilkira akan pelbagai faktor lain. Tafakkur selama seminit dan bacaan Al-Fatihah bersama kepada mangsa beragama Islam adalah bagi tujuan penyeragaman dan faktor logistik semata-mata. Selepas itu jenazah segera dibawa ke destinasi yang dipersetujui untuk segera dikebumikan dan semua ini selesai dalam tempoh yang singkat dan sangat tertib.

Saya tidak berkesempatan untuk hadir di KLIA semasa acara berlangsung dan hanya melihatsecara langsung dikaca televisyen. Walau bagaimanapun diantara banyak scene yang disiarkan, scene solat jenazah di Masjid Putra keatas cabin crew MH17 paling menyentuh hati bilamana seorang sahabat kepada co-pilot mendukung anak kepada mangsa tragedi untuk sama-sama menunaikan solat jenazah. Berjujuran airmata rakyat Malaysia melihat scene ini!


Sampai disini sahaja komen saya terhadap hari berkabung Malaysia MH17. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka yang beragama Islam. Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment