Saya minta maaf awal-awal kepada pembaca
sekiranya berasa terkeliru dengan konsep blog ini yang sepatutnya mencoretkan
pengalaman penulis semasa melawat sesbuah tempat. Tapi saya merasakan perlu
mengambil kesempatan untuk mencoretkan pengalaman penulis sebagai pelajar siswazah
di IPTA yang terletak di Bangi. Hampir 13 tahun saya meninggalkan dunia
akademik selepas tamat pengajian diperingkat Sarjana Muda di salah sebuah IPTA
di Kuala Lumpur. Selepas 13 tahun, saya diberi peluang untuk melanjutkan
pengajian di peringkat pasca siswazah dan tentunya banyak perbezaan dengan apa
yang saya lalui semasa pengajian diperingkat ijazah pertama.
Cuma apa yang saya ingin kongsikan, sistem
pendaftaran subjek di IPTA pada hari ini sangat sistematik dan mudah berbanding
13 tahun dulu. Saya masih ingat lagi semasa mendaftar subjek peringkat
Ijazah Pertama, saya perlu mengisi borang secara manual dan perlu berjumpa lecturer
bagi setiap subjek untuk mendapatkan tandatangan dan pengesahan pendaftaran
bagi subjek tersebut. Setiap subjek mempunyai had bilangan pelajar yang
ditetapkan, sekiranya kuota telah dipenuhi, pelajar yang lewat tidak dapat
mengambil subjek tersebut. Perkara ini adalah normal dan apa yang saya ingin
ceritakan disini ialah betapa peritnya untuk mendapatkan pengesahan lecturer
kerana kadangkala terpaksa menunggu hingga beberapa hari untuk
mendapatkan tandatangan.
Saya dapat merasakan betapa beruntungnya pelajar zaman
sekarang yang tidak melalui zaman manual sebagaimana yang dilalui saya. Apapun
alasannya, yang penting adalah menuntut ilmu dengan ikhlas supaya terdapat
keberkatan pada ilmu itu. Begitu juga dalam membuat assignment, hanya klik dihujung jari keluarlah journal akademik yang dicari.