Monday 3 February 2020

Apa yang best kat Alor Setar?

Pejam celik, aku dah masuk setahun 2 tahun berkelana di Alor Setar. Memang tak terjangka peringkat awalnya aku  ke sini, tapi demi pengalaman dan pengetahuan baru aku beranikan diri terima risiko ini. 

Bagi aku Alor Setar bukanlah satu destinasi menarik untuk dikunjungi orang luar. Mereka lebih tertumpu ke Langkawi atau Penang kalau sekadar nak makan angin di utara. Aku pun kekadang bosan jugak duk sini, tapi nasib baik ada Aman Central, port aku lepak2 lepas waktu pejabat.

Walaupun macam takde apa kat Alor Setar, korang jgn pandang sebelah mata aje, ada perkara lain yang menyeronokkan perut korang bila berkunjung kat sini. Boleh aku simpulkan makanan kat sini boleh dikatakan kena dengan selera aku. 

Dari breakfast, lunch, minum petang mahupun makan malam. Lagi satu, tunas rasa orang disini lebih kepada masakan berasaskan gulai dan kari. Asas masakan gulai cara melayu atau kandar style. 

Bukan aku aje yg kata begitu, pernah aku bawak kawan aku dari luar dan diorang akui kuliner disini mmg syokk. Okeylah aku senaraikan tempat makan menarik untuk dicuba seperti dibawah ini :-

Sarapan

Nasi Lemak Royale
Orang luar Kedah jangan terkejut, pagi2 lagi orang sini dah makan nasi berlauk atau nasi kandar sebagai salah satu menu untuk breakfast. Nama je nasi lemak, tapi lauk pauk dan kuah yang melatari nasi lemak kau tu memang heavy. 

Pilih je lauk ayam goreng, daging masak hitam, sotong, telur rebus, ikan goreng, sayur. Datang awal untuk mendapat tempat duduk. Dibuka dari pagi dan tutup sekitar tengahari. Rasa? Bagi aku nasi lemak royale ada rasa tersendiri yang korang patut cuba.

Nasi Lan Kedah
Lokasi kedai ini agak tersorok sikit senang cakap di area Kompleks Paruda. Kena bawak orang tempatan kalau nak mai sini. Konsep nasi kandar juga. Lebih kurang macam nasi lemak royale. Lauk yang popular disini daging masak hitam. 

Mcm biasa lah, kuah campur. Pukul 7.00 am dan bukak dan orang ramai mula beratur untuk breakfast disitu sebelum masuk ke pejabat. Not bad, tapi tak boleh makan selalu. Oh ye, kedai ni ada bukak cawangan di Seksyen 7 Shah Alam. Aku tak pernah pi lagi.

Roti Jala Man
Terletak di Stadium Darul Aman. Antara lokasi breakfast yang menarik juga. Menu utama of course lah roti jala. Roti jala kat sini beza sket rupanya. Dibuat dalam size agak besar. Tekstur roti jalanya sedikit rangup di luar dan lembut didalam. Roti jala digandingkan dengan kari ayam cukup padu untuk alas perut dipagi hari. Tempat faveret aku jugak ni. Selain roti jala, kedai ni jugak ada jual nasi lemak, lontong, roti arab, pulut ikan masin.

Kopitiam Kita
Terletak di Ukir Mall yg juga menempatkan Pekan Rabu (sementara sahaja). Food court style. Jadi tumpuan warga Alor Setar untuk breakfast. Macam-macam ada, yg selalu jadi tumpuan gerai yang menjual kuih muih. Katanya cucur gerai ini dapat sambutan hangat. Panas-panas dijual kepada pelanggan. Aku tak pernah rasa, setakat cucur pisang panas tu bukan lah satu kehairanan pun. 

Biasanya aku makan yong tau fu atau pun cucur udang. Yong tau fu not bad. Nasi lemak ada juga dijual, tapi tak boleh masuk sangat dengan tekak aku. Sambal ceroi (cair).  Nasik kerabu pun ada juga, tak boleh masuk sgt tekak aku jugak. Bagi aku kopitiam Kita ni takde lah menarik mana pun, tapi boleh lah dtg sekali sekala untuk lepak2 ngan kawan.

Nasi Kandar Ali
Gerai berasaskan nasi kandar ini terletak di Pantai Johor. Dekat je ngan rumah aku. Aku biasanya order roti canai. Menariknya, kuah campur yang digandingkan dengan roti canai agak sedap dan tak menjemukan. Nasi kandarnya pun not bad jugak. Dijual dari jam 6.30 pagi hingga malam.

Restoran Sham
Tak pernah tak penuh restoran ini. Hidangan popular roti doll. Roti doll ni benarnya adalah roti canai yang dihidangkan bersama telur mata dan ditaburkan dengan lada hitam. Yang bestnya, telur mata ini menutupi keseluruhan roti canai yang dicarik dan kau geram je tgk bahagian kuning tu bergoyang2 kat atas. Sedap dan boleh datang selalu kalau nak naikkan darjat kolestrol kau…hahaha.


Nasi Tomato Pokok Sena
Pagi2 lagi dah breakfast nasi tomato, camna kau nak kurus kan. Gerai nasi tomato ni terletak di Daerah Pokok Sena atau kira-kira 25 minit perjalanan dengan kenderaan. Dah 40 tahun katanya owner mengusahakan restoran ini. Kebiasaannya nasi tomato digandingkan dengan ayam masak merah, kat sini macam2 lauk kau boleh pilih. Paling glamer ayam goreng berempah, daging masak hitam dan gulai udang. Semua sedap.


Gulai Temenung, Kuala Kedah
Ampunnn sedap..gulai ikan temenung yang fresh hanya akan dimasak apabila korang order. Terletak agak jauh sikit dari Alor Setar, kira-kira 20 minit jugak dari office aku. Kalau dah sedap, jauh camna pun datang jugak kan..tumpuan orang Kuala Kedah atau pengunjung luar yang nak ke Jeti Kuala Kedah. 

aku biasanya order 5 ekor ikan temenung. Punya lah tamak. Nak buat camna, mana kau nak dapat ikan temenung segar dimasak gulai panas2..


Makan Tengahari

Restoran Sri Pumpong dan D’Pumpong
Kedua-dua restoran ni dekat ngan rumah aku jugak (pandai aku kan carik rumah dekat dgn sumber makanan). Pilihan makanan yang banyak dan kekadang keliru aku nak buat pilihan. Tak tau mana yang sedap, bagi aku semua sedap, lauk melayu kampung, ulam-ulaman dan pelbagai lagi. Kalau nak mkn sebelah sungai, korang boleh makan kat Dee Pumpong. 

Restoran Tujuh Kawah
Kedai ni pun popular jugak dengan lauk pauk kampung dan yg specialnya ada gulai kawah. Selain itu, terdapat seleksi ikan bakar menggunakan kayu arang. Kau pilih aje nak makan apa dan sekali lagi kau keliru. Banyak pilihan makanan dan tidak akan mengecewakan. Nak daging bakar pun ada (tapi aku tak recommend sgt). 

Restoran Pokok Pisang
Signature dish dia gulai ikan temenung dan semilang. Tak berapa banyak pilihan sgt lauk pauknya, tapi boleh lah kalau kau nk mkn gulai tuh. Bagi aku biasa2 aje restoran ni, cuma aku suka pasal design kedai ni aje. Terletak di Suka Menanti dan tak jauh dari pejabat JPJ Kedah.

Sebenarnya banyak lagi lokasi makan tengahari yang bagi aku semuanya tak mengecewakan. Terpulang pada citarasa korang. Bagi aku semua lunch kt sini memang A++.

Minum Petang

Restoran Mee Abu

Pernah dengar Mee Abu, org luar mesti cari mee ni kan? Ada dua tiga restoran guna brand mee abu ni. Satu di Jalan Sultanah, di Teluk Wan Jah pun ada. Lagi satu Restoran Fizie. Oh ye, kat kedai ni kau jgn cakap nak order mee abu ye. Mee Abu ni branding sahaja. Kau kena order mee goreng atau mee basah (mee rebus). Sedap ke?..bagi aku mee goreng dia not bad. Mee goreng mamak style dan penuh rasa. 

Tapi tidak bagi mee rebus. Tak boleh nak masuk sgt ngan tekak aku. Aku cuba pujuk diri aku utk terima mee rebus dia, tapi gagal…as org johor, Mee Rebus, Mee Bandung dan Mee Racun on the top..sorry lah mee abu.


TH Hotel Alor Setar
Rare kan minum petang dekat hotel di Alor Setar ni, tapi kat cafe sini menu minum petang adalah awesome. TH Hotel tak jauh dari Airport Alor Setar atau kira-kira 5 minit dari office aku. Pilihan cucur udang ataupun popia. Didatangkan dengan set teh atau kopi. Portion agak besar dan mengenyangkan. Sesuai dengan harga satu set RM15.00. Lokasi yang sesuai kalau aku nak entertain kawan2 dari Putrajaya/KL yang tak boleh kena panas....hahaha


Restoran MiKamal
Mee goreng disini agak popular. Bagi aku rasanya lebih kurang sama je kalau korang pi makan kat restoran mee abu. Tidak mengecewakan. Restoran ini dekat dengan office aku di Anak Bukit. Antara port lepak aku untuk breakfast sebelum pi office. Biasanya aku lah cutomer pertama sampai waktu pagi.


Laksa Teluk Kechai Kuala Kedah
Tak sesuai aku masukkan bawah kategori minum petang, tapi takpelah, laksa Teluk Kechai ni bukak dari tengahari hingga petang. Kalau orang luar tanya kat mana laksa yang sedap, aku selalu refer kat sini. Bagi aku laksa kat sini special sket sebab ada sambal kelapa bagi memekatkan kuah laksa yang agak cair. Not bad, kalau kau makan selalu. First time mungkin tak berapa nak kena dengan tekak.


Makan Malam

Nasi Kandar Yasmeen
Pagi petang siang malam nasi kandar. Bila nak kurus?..huhu…nasi kandar Yasmeen dibuka dari jam 6.00 ptg hingga lewat malam. Terletak bertentangan dengan Klinik Kesihatan Alor Setar, jam 6.00 petang orang dah mula beratur. Kalau cuti sekolah atau cuti umum tak usah cakaplah, lagi panjang beraturnya. Signature dish di sini, ayam goreng dan kuah mesti kena campur..baru best...seminggu sekali aku mkn sini.

Pak Lang Nasi Lauk Malam
Jarang ada gerai jual nasi campur waktu malam. Terletak bertentangan dengan pasar borong Jalan Gangsa, gerai bawah khemah ni mulakan perniagaannya jam 6.00 petang hingga awal pagi. Lauk pauk kampung dengan ulam-ulaman,banyak pilihan dan masih baru dimasak. Tak pernah kecewakan aku. Datang lah beramai-ramai ke gerai ni.

Iman Kue Teow
Tumpuan kalau kau nak mkn kue teow..lain dari yang lain, rasa lemak dia lain macam. Kue teow digandingkan dengan telur mata. Aku rasa kalau takat kue teow semata-mata x sedap mana pun. Bagi aku boleh lah tuk lepaskan gian nak mkn kue teow. Selain itu, kedai ini jugak ada sediakan nasi ayam, laksa dan ada gerai jual satay kat sebelah. Lokasi bertentangan dengan Bank Islam Jalan Sultanah, terletak ditepi jalan kau boleh duduk2 sambil nikmati hidangan dibawah pokok. Chill.

Dan sebenarnya banyak lagi port kue teow yg sedap, tapi aku tak larat nak kunjung semuanya.

Roti Naan Ayam Tandoori Pantai Johor
Gerai ni terletak dipersimpangan Lorong Madarasah. Senang cakap kat persimpangan Masjid Bukhari, Pantai Johor. Dekat sgt dengan rumah aku. Lima minit dah sampai. Roti naan dengan ayam tandoori jadik pilihan. Roti naan dia lembut dan tak terlalu besar. Kalau tak nak mkn roti naan kau boleh order capati, nasi lemak bungkus pun ada. Selalu jadik port lepak aku kalau malas nak lajak ke Alor Setar.

Okeylah, banyak lagi sebenarnya tempat makan menarik di Alor Setar ni. Kau memang enjoy the food dan variety. Nak kata murah sangat pun tidaklah juga, just berpatutan dengan kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan.  Kat sini ada sesetangah gerai kau boleh dapat kuih tiga biji dengan harga sebiji. Selain itu, street food kat sini not bad dan banyak pilihan. Family aku pernah dtg sini dan diorang pun enjoy dengan food kat sini. 

Cabaran disini berat kau akan naik tanpa disedari. Punya lah aku azam tak nak mkn kat laur lagi..belakang..hancur semua resolusi.