Monday 13 August 2018

The Kabin, Kuala Selangor


Short vacay hujung minggu. Lama benar aku tak menulis, dah keras sket jari utk menaip. Tiada proper planning sebenarnya ke The Kabin, kebetulan, wife dan anak2 tak bersekolah pada hari jumaat, maka dirasakan eloklah waktu tersebut digunakan untuk short trip ke mana-mana destinasi yang tak berapa jauh.

Straight to the point, The Kabin ni telah membuka lebaran baru dalam industry pelancongan melalui konsep penginapan yang non conventional. Dah namanya The Kabin, struktur bangunan menggunakan kontena yang telah diubahsuai menjadi ruang penginapan yang bagi aku not bad.

The Kabin ni sangat popular, kalau takat saja2 korang nak walk-in esp weekend, jgn harap lah nak dapat bilik. Aku notice The Kabin jadi tumpuan untuk small group buat gathering ataupun retreat. Sebab masa aku pegi ada dua kumpulan organize retreat kat sini. Kemudahan yang disediakan termasuk indoor game, ruang untuk BBQ, swimming pool, karaoke, cafe, surau, futsal court termasuk playground untuk budak2. 

Bilik sedikit sempit, walaupun begitu tilam yang disediakan cukup selesa. Kalau korang  anak beranak dibawah kategori gebu gebas memang berlaga perut lah berjalan dalam bilik tu. Setiap unit ada ruang beranda yang agak luas. Kat sini lah korang nak makan minum, main dam aji ke, main dam ular ke atau just sembang-sembang kosong sampai larut malam.

Aktiviti outdoor yg korang boleh buat kat sini seperti lepak-lepak kat Pantai Jeram. Dekat je, tak sampai lima minit dah sampai. Pantai Jeram ni tak boleh mandi, takat lepak2 sambil rambut dibuai angin bayu pun dah cukup okey. Best jugak lah sesekali layan angin laut ni. Ada beberapa retsoran dan gerai untuk korang beli kudapan dan air. Oh yea, ada juga pasar basah menjual hasil tangkapan nelayan yang segar.

Selain itu, satu lagi destinasi makan yang cukup popular kat area the Kabin ni ialah Atuk Asam Pedas, tak sampai tiga minit dari The Kabin. Asam pedas ikan sembilang claypot jadi identity warung ni. Memang sentiasa ramai pengunjung, aku order 3 ikan sembilang dan 1 ikan cencaru. Bagi anak jati Johor, bagi aku asam pedas dia kedai ni biasa2 sahaja dan tidak begitu menggiurkan. Asam pedas sedikit cair dan tidak banyak rasa sgt asam pedas berbanding dengan asam pedas di Johor. Mungkin tunas rasa asam pedas aku ni agak tinggi berbanding tempat lain.

Selain lepak-lepak di Pantai Jeram, aktiviti kitorang adalah berenang. Ye lah, swimming pool ditengah-tengah penginapan. Since anak-anak aku pun dah ada basic swimming, jadi boleh lah diorang terus practice dengan pemantauan aku.

Overall, aku boleh datang lagi tempat ni. Rate satu malam untuk weekend dalam RM240.00, which is bagi aku agak sedikit mahal untuk penginapan semacam ini. Cumanya mungkin The Kabin ni bersifat eksklusif, maka bagi aku boleh lah diterima. Aku tak banyak amik gambar di The Kabin, sebab dah berlambak2 gambar kalau kau google. Aku pun tak nak promo lebih-lebih  The Kabin ni, bukan dapat apapun. Cuma aku doakan semoga owner The Kabin kekalkan prestasi yang sediada dan aku notice pekerja disini dikalangan anak-anak muda Kuala Selangor. Good job bro!