Tuesday 6 June 2017

Perkara Menjengkelkan Penumpang AirAsia

Almost everyweek aku fly dengan Airasia. Khamis petang aku balik ke KL dan ahad paginya aku bergerak ke Alor Setar. Itulah mode pengangkutan paling murah, cepat dan efisien. Dengan tagline everyone can fly, memang semualah boleh terbang. 

Aku akui walaupun mcm2 kata nista dilemparkan kepada Airasia, tapi bagi aku pengangkutan udara ini sangat reliable. Bab lambat tu memang tak dapat dielakkan. Tapi bila pikir tentang kos yang rendah tu, maka terima lah sebarang kemungkinan yang berlaku.

Tapi bukan ini tujuan aku tulis, aku nak menyingkap sesetengah perangai buruk penumpang Airasia berdasarkan kepada pemerhatian aku setiap minggu. Perangai-perangai menjengkelkan penumpang Airasia boleh diketagorikan sebagai berikut :-

1. Beg ke cabin pesawat

Ye lah sapa yang tak suka Airasia dengan tambang murah, bahkan sekali sekala diberi tambang percuma (cuma bayar surcharge dan airport tax shj), tapi kos itu tidak termasuk bagasi sebagaimana penerbangan lain.

Semua tau, kalau kau nak sumbat beg2 besar gedabak tu dalam kargo akan melibatkan tambahan kos. Hasilnya, ada sesetengah penumpang Airasia cuba menjadi pengguna bijak dengan sedaya upaya untuk sumbatkan sebanyak mungkin muatan dalam hand luggage utk elakkan bayaran tambahan bagasi.

Fine, kalau kau boleh angkut beg kau tu semasa menggunakan tangga dan letakkannya di overhead compartment bersendirian..BERSENDIRIAN!. Tapi yang hanatnya, dah tau kau tu tak cukup kederat, tak usahlah bawak beg lebih muatan dalam cabin. Pastu sengih2 muka tak malu mintak orang lain tolong angkatkan beg kau…cilaka berat beg kau, kau nak balik Bangladesh kak erk! (isu ini telah diatasi apabila Airasia menguatkuasakan larangan membawa beg ke kabin berat melebihi 7kg)..fuhhh.

2.  Sila beratur.

Org Malaysia ni masih ramai lagi yg buta huruf agaknya. Dasar Airasia menghendaki kemasukan penumpang mengikut zon, iaitu Zon A bagi penumpang di hot seat no 1-5, 12 dan 14 (Pintu Kecemasan), manakala Zon C bagi seat no 21-30 dan yang lain2 no adalah dalam Zon B. Penetapan Zon adalah untuk melancarkan dan mempercepatkan urusan kemasukan penumpang dalam pesawat. Masalahnya, terdapat segelintir penumpang yg beratur main ikut suka hati dia. Belakang, kau tak dibenarkan masuk dan mulalah terhegeh2 nak masuk semula barisan dalam zon yang sepatutnya.

3.  Penggunaan telefon bimbit.

Ni lagi satu spesis yang hidup tak boleh berenggang dengan phone walau sesaat. Paling cilaka  bila dah masuk dalam aircraft, mulalah sibuk nak telefon bagai, nak bagitau "i dah masuk dalam aircraft lah jgn lupa tunggu i lah" dan nak selpie bagai. Aku takde problem, tapi yg problemnya, spesis ni lah yg selalu lupa nak off kan phone dan elok flight tgh take-off terdengar sayup-sayup deringan telepon dari sebelah kau. Kau ingat ni naik LRT ke makcik!

4.  Tanggalkan seatbelt ketika pesawat masih taxing (bergerak).

Korang notice tak, sebaik sahaja tayar pesawat touch down, tanpa disuruh-suruh penumpang Airasia elok je tanggalkan seat belt meskipun pesawat masih belum berhenti sepenuhnya. Kena pulak tetiba pesawat buat brake emergency, harap-harap mereka yang menanggalkan seat belt dengan rasa ghairah sila meninggal segera. Ntah lah apa yang nak dikejar sangat tu.


Aku amati perangai-perangai menjengkelkan ini hanya berlaku dikalangan penumpang Airasia. Penerbangan lain takde pulak situasinya camni. Kalau kaorang penah ada experience guna bas mini dulu2, dan ingin merasai seperti naik bas mini, silalah tempah tiket Airasia!

Apapun, aku respect ground staff Airasia yang komited, profesional dan penuh sabar melayan penumpang-penumpang yang mcm kurang sikit code and ethic bila naiki pesawat. Kalau aku lah jadik ground staff atau cabin crew Airasia, mau je aku kena buang keja sebab maki hamun orang…hahaha

Saturday 15 April 2017

Kota Kinabalu - Kundasang

Boleh bha kalau kau..

Family trip pertama untuk tahun ini. Perancangan ke Kota Kinabalu dibuat sejak September tahun lepas. Asalnya hendak ke Bandung, tapi disebabkan oleh masalah teknikal dan tawaran tiket murah dah terlepas. Sebagai ganti, Kota Kinabalu jadi pilihan. Destinasi yang tidak asing bagi aku dan pertama kali untuk anak-anak ke sini.

Kami bertolak dari KLIA dengan Malindo Air jam 2.25pm dan tiba di KK jam 5.20pm (tiket RM1,440 utk 2 dewasa+3 kanak2). Tiba di KKIA terus dapatkan kenderaan yang disewa. Booking kenderaan seminggu sebelum perjalanan. Alhamdulillah masih ada kosong lagi. Aku sewa Proton Saga FLX RM120/hari. Kereta dalam keadaan baik. Sapa-sapa nak sewa kereta semasa perjalanan di KK boleh hubungi no ni. 0198776667 (Ahmad). Sangat recommended dan senang berurusan. Bayar deposit RM50 utk secure booking, balancenya byr masa amik kereta.

Memandangkan hari hampir senja, aku terus menuju ke Pantai Tanjung Aru yang hanya 8 minit perjalanan sahaja dari Airport. Lokasi strategik untuk lihat sunset. Pantai Tanjung Aru bukan asing untuk dapatkan shoot sunset yang terbaik di KK.

TH Hotel (Jalan Sembulan Lama)

Selepas lepak2 tengok sunset, kitorang terus pi foodcourt Tanjung Aru. Selesai makan malam di sini, aku terus bergerak ke TH Hotel (hotel milik Tabung Haji) di Jalan Sembulan Lama. Tak jauh pun dari Tanjung Aru, +- dalam 8 minit. First time duduk sini. kemudahan yang disediakan not bad.

Walaupun bertaraf 3 bintang, interior dalaman mcm 4 bintang. Superior room 3 single bed - termasuk breakfast (3 pax) dengan rate RM220/night sangat berbaloi. Seronok anak2 aku melompat dari katil ke katil. Hotel ni recommended meskipun sedikit jauh dari bandar. Breakfast pun ok. Walau tak banyak pilihan, tapi bagi aku dah memadai. Pagi2, kau nak melantak tahap mana je pun. Lagi satu, hotel ini terletak di kampung sembulan. Sebuah perkampungan Melayu di tengah bandar...kira nak mkn senang jugak lah.

Kundasang, aku datang lagi!

Hari kedua, selepas sarapan, jam 10.30am kitorang bertolak ke Kundasang. Haha..tak jemu ke Kundasang. Dalam perjalanan, singgah sat rumah terbalik. Kalau aku sorang je memang tak singgah lah tempat ni. Sebab nak layan permintaan anak2.


Cuti sekolah, ramai lah manusia berkunjung ke rumah terbalik
Dari rumah terbalik, perjalanan diteruskan ke Kundasang. Trafik lancar dan kadangkala perlahan bila ekori belakang lori. Alhamdulillah jam 12.30 tengahari tiba di Pekan Nabalu. Berhenti sekejap untuk beli lunch pack. Sambil lepak kat restoran tunggu nasi goreng siap, boleh pulak anjing hitam lalu sebelah nak bermanja...haishhh...banyak pulak anjing kat sini kali ni.

Ayana Resort dan Desa Farm Kundasang.

Dari Nabalu terus ke Ayana Resort. Ni lah satu2nya resort yg ada kekosongan waktu cuti sekolah. Mcm J Residence juga, resort di lereng bukit dengan membelakangkan Gunung Kinabalu. Lagi satu nasihat aku, tak payah angkut beg besar ke bilik, sebabnya korang kena turun banyak anak tangga...penat tuh bila nak naik balik dengan beg besar utk check-out. Tapi kalau kau nak besarkan biceps apa salahnya.

Sepertimana resort/homestay lain di Kundasang, ceiling fan/air-cond takde ye. Anak2 bising, takut panas katanya. Aku senyum je..diorang tak tau lagi penangan cuaca waktu mlm dan pagi harinya...haha. Aku dah standby baju sejuk utk diorang..

Yang tak bestnya kat resort ni adalah anjing rajin berkeliaran..aduss..anjing lagi. Ada satu masa elok aje kau baring kat balkoni bilik aku ye..Ada masa terserempak kat tangga…haisshhh. Rasa tak selesa untuk aku sefamily bila tengok anjing dok berkeliaran keliling resort…kalau korang pencinta haiwan mungkin hotel ni sesuai untuk korang!

Sorry Ayana resort, aku tak datang lagi ke sini!

We all happy papa!
Lepas relax2 kat hotel, jam 2.30pm gerak ke Desa Farm. Waktu kemuncak lawatan waktu ini sebab jam 3.00pm aktiviti perah susu bermula. Mcm biasa, bila tiba sini snap2 gambar, manja2 dengan anak lembu ngan kambing.


Apa style anak2 aku..ada je jari kat kepala diorang
Ingatkan nak beli aiskrim kat sini, belakang.. manusia beratur panjang. Aku tak kisah beratur panjang, tapi kalau sorang customer je beli berbelas2 eskrem, bilanya turn aku nak tiba. Last2 beli susu ngan yogurt. Bagi aku susu kat sini yang terbaik pernah aku rasa. Anak2 aku enjoy lah kat sini..aku pun enjoy jugak lah..haha.


Susu untuk adik kesayangan katanya..
Masjid Kundasang yang mendamaikan.

Dari Desa Farm, kitorang singgah Masjid Kundasang untuk solat. Aku suka masjid ni, simple dan terletak atas bukit. Eh ramai lah pulak orang time2 ni. Kebanyakkannya dari semenanjung berhenti solat yg kebetulan bercuti ke Sabah. Nak amik wuduk kat masjid ni tak tahan, airnya sejuk amat. Tak dapat bayangkan kalau ambik wuduk utk solat subuh…hahaha.

Masa banyak lagi, so kami teruskan ke Kinabalu Pines Resort..huhu..plan nak stay sini awalnya, tapi tak dapat sebab fully book (waktu nak book resort dari bulan Sept 2016). Memang recommended resort ni, bersih dan pemandangan menghadap Gunung Kinabalu. Takpe, satu hari nanti aku cuba dapatkan bilik kat sini.

Otw balik ke resort, aku sempat singgah beli sayap ayam di gerai Bob kat Pekan Kundasang, eh..not bad lah bro kau punyak sayap ayam grill ni..terasa beb. Aku promo sket kedai ni, lokasinya selepas roundabout kedua dari arah Ranau, gerai Bob disebelah kiri.

Kinabalu Park

Hari ketiga, selepas check-out, aku ke Kinabalu Park. Sayang, hari ini cuaca berkabus, puncak kinabalu tak berapa nak jelas. Kadang kala je nampak. Aku notice kali ni tak ramai pendaki yang ada untuk naik, ke aku yang terlewat. Lepak2 kejap sambil hayati keindahan alam di sini.

Kundasang Memorial War

Satu lagi lokasi tumpuan di Kundasang. Lokasi sebenar, kat belakang public toilet pekan Kundasang. Jam 8.30am bukak, tapi kitorang jam 8.20am dah masuk. Semangat!. Kiranya tempat ni utk abadikan perjuangan tentera British dan New Zealand semasa Perang Dunia Ke-2 kot. Apa yg ada kat sini?..English Garden, Australia Garden, dan satu lagi taman apa ntah namanya. Pecinta sejarah, wajib masukkan tempat ini salah satu agenda korang.

Lokan Bakar @Tuaran

Dari Kundasang Memorial War, kami terus bergerak balik ke KK. Berhenti di Tuaran, lokasi wajib ialah gerai Lokan bakar dan kelapa bakar.  Anak-anak first time rasa lokan bakar, not bad katanya. Makanlah kau nak..jgn perut meragam sudah.

Dari Tuaran bergerak ke Kota Kinabalu, sebelum tiba Likas, kenderaan mula bergerak perlahan, adusss…jemm..dekat sejam setengah kitorang sangkut disebabkan projek pelebaran jalan. Akhirnya jam 1.30pm kami tiba di Ming Garden Residence untuk check-in..rehat kejap..penat.

Seafood di Dataran Todak (Todak Waterfront)

Jam 6.30 petang keluar untuk dinner di Todak Waterfront. Waktu ni pelanggan masih tak ramai lagi. Oh ye..Todak Waterfront ni sangat popular bagi anda yang nak nikmati seafood dengan harga yang berpatutan (murah lah). Ikan siakap/jenahak/bawal/kerapu RM3.00/100gm (siap masak)..kat KL maunya RM4.00-6.00 per100gm. 

Pastu aku notice style masakan diorag ni ada pengaruh chinese style..memang layan lah ngan tekak aku. Untuk hari pertama, menu sotong goreng tepung (sekilo beb aku amik), ikan siakap (stim lemon style), scallop (masak cili), termasuk rumpai dan air dalam RM114 sahaja. Kat KL maunya RM160-170.

Dah kenyang kan..terus balik hotel. Lepak-lepak tak buat apa sebab nak kumpul tenaga kononnya sebab esok nak pi Pulau Sapi.


Pulau Sapi

Hari keempat kitorang ke Pulau Sapi. Ambik pakej 1 pulau sahaja. Malas nak ambik pakej 2-3 pulau, bagi aku sama aje pulau-pulau tu. Dari buang masa turun naik bot berpindah randah ke pulau-pulau lain, better lah lepak lama sket kat satu pulau.

Kenapa Pulau Sapi?..ntahlah, katanya kat sini banyak ikan..boleh lah anak-anak aku main ngan ikan. Bot bergerak jam 8.35am dan tiba lebih kurang jam 9.00am. agen kata balik paling awal jam 12.00 tengahari…hurmm..lama lagi nak tunggu kul 12.00 tengahari.

Bagi aku Pulau Sapi ni lebih kurang je mcm Pulau Payar kat Langkawi tu..ruang untuk kao nak snorkel tak banyak sangat. Lepas sket dari boundry beach guard dah tiup wisel suh patah balik..tak challenging langsung. Keadaan agak sesak esp mereka2 dari PRC..memang perangai diorang ni ..kecoh tak tentu hala...cakap main jerit2 je..huh

Balik ke Jesselton Point lewat 30 minit dari yang sepatutnya. Sedikit kelam kabut. Sebab bot2 yang ada perlu bagi keutamaan untuk bawa pengunjung ke pulau-pulau lain terlebih dahulu. Abih yang aku ni nak balik camna, panasss..korang yang lambat aku jadik mangsa. Dah lah tu, bot yg kitorang naik kena hantar org dulu ke Pulau Manukan. Takpelah sekejap je pun.

Yang bestnya masa bot otw balik, elok je guruh berdentum..aiyooo... Dari kejauhan dah nampak langit mula gelap..ah sudah..lepas ke bot comel ni nak harungi ombak..ada family aku pulak tu. Kalau aku sorang je masih boleh relax. Lagi 5 minit nak tiba jeti, hujan mencurah2 turun, sib baik tak basah kuyup. Alhamdulillah, akhirnya tiba di jeti dengan disambut hujan rahmat. Legaa.

Lunch sat kat Jesselton Point sementara menunggu huja reda. Dalam hujan lebat tu, aku perhati beberapa bot tiba..fuhh..tak dpt bayangkan perasaan diorang dalam bot tu..aku tengok laut bergelora waktu hujan lebat..

Seafood lagi.

Makan malam di Todak Waterfront lagi..rasa mcm tak puas mkn seafood semalam. Pegi lagi awal dari semalam, sambil2 beli apa yang patut kat Pasar Philipine dan pasar ikan masin. Dari pasar Philipine kitorang jalan kaki ke Todak Waterfront. Takde lah jauh mana, ketiak pun tak sempat nak basah.

Pi mkn lagi kat kedai semalam, ingat nak try kedai lain..ntahlah..mungkin rezeki kedai semalam kot. kali ni order kerapu bakar sambal (1kg), ikan masak steam limau dan kangkong belacan. Nikmatnya..mmg kena tul ngan selera kitorang. Kos semua RM74.00.

Habis makan2, terus balik hotel. Malas nak singgah mana-mana. Ingatkan nak pi Suria atau Imago ke..Balik hotel aku keluar pi singgah self service laundry kat Plaza Wawasan. Trip kali ni memang tak bawak banyak baju. Sekarang senang nak basuh baju, sejak ada dobi camni.

Oh ye, lupa nak review Ming Garden Residence. Not bad, recommended, fasiliti ok, breakfast okey, banyak pilihan makanan. Dekat ngan Imago Mall, tapi nak pi kena drive juga. Otherwise kau melintas lah jalan utama tu. Aku mcm tak sanggup je. Nak duduk lagi ke?..hurmm..tak kot..aku rasa dengan rate yg agak tinggi, better duk kat TH Hotel.

Pasar Basah KK

Hari terakhir, pagi2 aku bangun ke pasar basah. Jam 4.30am dah terpacak. Ingatkan nak sambar la sikit seafood bawak balik. Belakang.. kedai yang bungkus guna kotak tak bukak lagi. Kecewa. Aku pulak takde prepare kotak yang sesuai. So, balik dengan tangan kosong aje lah. Rugi kalau tak singgah pasar basah di sini. Harga seafood sgt2 berbaloi dengan kualiti ikan yg sgt2 fresh.

Jam 8.00am aku check-out dan bergerak ke airport. Return kereta kat situ. Diorang dah siap tunggu. Settle kereta, terus check in. Bestnya Malindo Air ni bagasi 10 kg percuma. Tak yah kau nak bayar tambahan. Lepak2 kejap kat sambil tunggu flight dan balik.

Penutup

Bagi aku KK ni lokasi yang tak pernah menjemukan. Dah berpuluh kali ke sini dan masih ada lagi rasa teruja. Semuanya ada, tanah tinggi, pulau, seafood, historical building & site, shopping (ni paling last aku letak) kira lengkaplah perjalanan korang kat sini.

Dua tahun tak singgah ke KK banyak perubahan berlaku. Banyak hotel2 baru wujud, shopping complex, infrastruktur makin baik. Kebersihan pun ada improvement. Aku notice masa berjalan kat area pasar besar KK, cleaner sentiasa ada untuk sapu sampah. Caya lah PBT sini. Cengginilah..baru orang suka datang. Bab2 sikap pengotor rakyat Malaysia ni mmg tak boleh nak ubah. Bukan org kita je..org2 dari PRC tu pun sama pengotor..mentaliti kelas ketiga masih lagi dipegang kukuh oleh mereka ni..ntah lah bila nak berubah…bla..bla..bla..(bebel).

Selain itu, dah tiba masanya pihak berkuasa perbanyakkan lagi kehadiran polis pelancong kat sini. Bukan apa, KK perlu merubah wajah sebagai kawasan pelancongan utama antarabangsa di Malaysia timur. Kemudian, kalau ada satu water theme park ke mcm menarik jugak, at least ada lah pilihan untuk bawa anak2 berjalan.

Okeylah, aku dah penat ni..nak datang lagi tak? Opkos lah mau..

Catatan :

Parking kenderaan.

Parking di sekitar waterfront di KK ini agak mencabar. Sebagai ibu negeri yg pesat membangun, parking untuk kenderaan awam adalah sangat2 terhad. Namun bagitu ada je ruang untuk parking. Ada rezki, kao boleh dapat parking betul2 tepi jalan di Pasar Philipine atau Todak Waterfront. Utk nak ke pulau-pulau marin, korang boleh park kereta di parking berbayar sebelah Jesselton Point, RM1/hour.

Kebiasaannya, kalau aku tak jumpa/dapat lot parking tepi jalan atau sewaktu dengannya, aku park kat Hotel Le Merdien. Hotel ini betul2 depan Pasar Philipine. Sejam RM10/=. Ok lah kan dari kau parking jauh2 tapi tak berapa nak selamat.

Atau kalau korang malas nak sewa kenderaan, book je hotel kat Le Meridien, Hyatt Regency, hotel2 disekitar Warisan Square, Gaya Hotel, Grandis Hotel. Senang nak berjalan dan cari makan. Tapi aku tak berapa gemar sebab crowded.

Thursday 5 January 2017

Umrah ku

Alhamdulillah, selesai tanggungjawab aku sebagai hambaNya menunaikan salah satu ibadah wajib (sekali seumur hidup) iaitu menunaikan ibadah umrah pada 11-21 Disember 2016 yang lalu. Satu pengalaman baru yang cukup berbeza dengan perjalanan sebelum ini.  
Perjalanan ke Tanah Haram diuruskan oleh Mumtaz Travel yang berpejabat di Johor Bahru. Aku berseorangan kali ini tanpa keluarga. Mujur ada teman sekolah  pergi bersama yang sebenarnya adalah mutawwif kepada group aku. Aku akui perjalanan kali ini terasa sedikit kelam kabut berikutan aku baru sahaja berpindah tempat kerja ke Alor Setar seminggu sebelum menunaikan umrah. 

Termenung sat..dok pikiaq perjalanan yang bakal dilalui nanti...
Penerbangan ke Jeddah dengan Emirates Airways. Bertolak jam 11.00am dan perjalanan memakan masa selama 7 jam sebelum transit di Dubai selama lebih kurang 2 jam. Di Dubai Airport semua jemaah lelaki menukar pakaian biasa kepada kain ihram di memandangkan niat di miqat akan dibaca semasa dalam pesawat (iaitu kira-kira 30 minit sebelum pesawat mendarat di Jeddah).  


Di Dubai Airport, nasib baik surau terletak tak jauh dari Departure Gate..senang nak tukar pakaian biasa kepada kain ihram.

Sebahagian jemaah yang sertai trip ini

Terus terang cakap, ni lah first time aku mengenakan kain ihram. Memang tak sempat praktis sebelum ni. Agak risau juga salah pakai atau ikatan kain tak betul. Mana tak risau, kat dalam tu tak pakai apa, maunya terlepas kain tu tak ke haru. Tapi alhamdulillah semuanya selamat tanpa insiden tidak diingini sehingga umrah ketiga selesai.

Dari Dubai, kami meneruskan perjalanan ke Airport Jeddah dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. 30 minit sebelum ketibaan, pilot mengumumkan bahawa lagi lima minit lagi pesawat akan melintasi Qarnul Manazil dan jemaah diingatkan supaya berniat umrah di miqat. Saat niat umrah dilafazkan di Miqat, maka jemaah perlu meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ihram. Entahlah, bila dah berniat umrah dengan berpakaian ihram, tetiba perasaan sayu, sebak mula menguasai diri. Susah nak digambarkan perasaannya waktu itu untuk orang yang pertama kali macam aku.  Aduss….


Ruang ketibaan King Abdul Aziz Airport Jeddah



Deretan bas di Jeddah sedia untuk membawa jemaah ke Mekah atau Madinah
Alhamdulillah, perjalanan ke Jeddah berjalan lancar. Lebih kurang jam 6.30pm waktu Jeddah kami mendarat. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan Maha Mendengar doa hambaNya. Sebelum perjalanan, aku sentiasa berdoa semoga urusan perjalanan umrah dipermudahkan. Ye lah, rata-rata yang pernah ke sini mengatakan proses untuk melepasi pemeriksaan imigresen sahaja paling sekejap pun ambil masa 2 jam. Paling lama pernah mencecah 7 jam…lama tuh. Allahuakbar,  setiba sahaja di Jeddah tak sampai 5 minit aku menunggu untuk lepasi proses imigresen.  Lepasi sahaja pemeriksaan imigresen beg telah tersedia. Nikmat apa lagi yang hendak aku dustakan ya Allah.

Briefing by Ustaz Zin Akmal (tengah) ex-roommate masa sekolah...proud of you
Selesai semua urusan (termasuk solat jamak maghrib dan isya` di airport) kami meneruskan perjalanan ke Tanah Haram, waktu ini semua jemaah dah kepenatan dan ada yang tertidur dalam bas. Setiba di sempadan Tanah Haram mutawwif mengejutkan kami bagi membacakan doa memasuki Tanah Haram dan meneruskan bacaan talbiah. Ya Allah, sekali lagi hati ini bergetar ketika bas mula menghampiri kawasan Masjidil Haram. Melihat menara jam dari jauh sahaja dah buat aku sebak. Akhirnya kami tiba di hotel penginapan kira-kira jam 11.00 malam. Setelah urusan pendaftaran masuk selesai dan berehat sebentar di bilik penginapan, kami kemudiannya dibawa ke Masjidil Haram. Jarak dari hotel ke Masjidil Haram kira-kira 600 meter.


Menara jam diapit oleh hotel mewah..dari 5km dah nampak 

Dataran tawaf sentiasa sesak terutamanya selepas solat fardhu

Qiblat umat Islam dalam mengerjakan solat
Saat berjalan kaki dari hotel ke Masjidil Haram sekali lagi perasaan ini dijentik rasa syukur tak terhingga. Tak sangka kaki aku sudah berada di Tanah Haram. Sekali lagi, tatkala melangkah masuk ke Masjidil Haram..hati ini tak usah lah nak cakap, syukur dan macam-macam lah. Waktu tu kaabah tidak lagi kelihatan..dalam hati dah berdebar. Kami meneruskan perjalanan dan setiba di hadapan tangga, tersergam baitullah dihadapan ku. Allahu…terpaku seketika… air mata ku tak dapat ditahan..syukur sangat-sangat Ya Allah atas jemputan ini, selama ini aku hanya mampu melihat rumahMu ini dikaca TV sahaja.


Pintu King Abd Aziz..salah satu pintu masuk utama selain berpuluh-puluh pintu yang ada di Masjidil Haram.

Setelah diberi penerangan oleh mutawwif berkenaan ibadah umrah, kami dibawa turun ke dataran tawaf dan melakukan tawaf umrah wajib sebanyak 7 pusingan dengan yakin. Alhamdulillah urusan tawaf berjalan lancar walaupun pertama kali melakukannya dan sedikit terkejar-kejar sebab takut tertinggal. Selesai tawaf kami dibawa ke Mas’aa untuk ibadah saie antara Bukit Safa dan Marwah. Habis sahaja saie (7 kali berulang alik) kami bertahalul dengan menggunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Dengan bertahalul, maka bebaslah kami dari segala larangan semasa dalam ihram. Kesemua urusan tawaf dan saie berakhir lebih kurang jam 2.30 pagi.


Masjidil Haram tidak pernah sunyi dari dikunjungi umat Islam dari serata dunia
Selesai melakukan umrah, kami balik ke hotel untuk rehat sebentar dan menukar kain ihram kepada pakaian biasa sebelum kembali semula ke Masjidil Haram untuk solat subuh. Meskipun azan subuh lagi dua jam berkumandang, ruang solat sudah mula diisi dengan tetamu Allah. Mereka mengambil kesempatan datang lebih awal untuk qiyam dengan melaksanakan solat-solat sunat, berzikir dan tadarus al-quran. Suatu suasana tenang yang sukar digambarkan, apabila manusia berlumba-lumba untuk mendekatkan diri kepada Pencipta.


King Abd Aziz Road...berjalan terus untuk ke dataran masjidil haram
Usai selesai solat subuh, aku terus balik ke hotel untuk sarapan. Dah kenyang, masuk je bilik terus tertidur. Ngantuk, semalaman tak tidur setelah lalui perjalanan yang panjang dari Kuala Lumpur ke Tanah Haram. Begitulah rutin ku setiap hari pada hari-hari berikutnya, selepas subuh aku iktikaf sebentar sebelum balik ke hotel, breakfast, rehat dan kira-kira jam 10.30 bergerak ke Masjidil Haram untuk bersedia solat zuhur. Lepas zuhur balik ke hotel untuk lunch dan kira-kira jam 2.30 pm gerak semula ke Masjidil Haram untuk asar, maghrib dan langsung ke isya’. Begitu kuat tarikannya di Masjidil Haram yang sayang untuk dilepaskan begitu sahaja. Terasa seperti ada satu kekuatan, ketenangan untuk terus berada di sini bagi mendekatkan diri kepadaNya. Bagi aku lah..orang lain pun aku rasa camtu jugak..


Persiapan Sebelum Umrah

Ingatlah, perjalanan ke umrah bukannya perjalanan biasa mcm korang pi melancong kat negara orang lain. Bagi aku perjalanan di sini lebih kepada spiritual journey. Persediaan bukan setakat dari segi fizikal semata-mata, tetapi lebih kepada persediaan spiritual. Kawan aku nasihatkan, sebelum berangkat ke Tanah Haram, rajin-rajinkan lah diri ke surau/masjid untuk solat fardhu berjemaah. Paksalah diri tu pada peringkat awal, alhamdulillah nanti tidak menjadi janggal bila di Tanah Suci. Semasa kursus umrah, kami diingatkan supaya perbanyakkan bertaubat, beristighfar dan doa semoga perjalanan ibadah kita dipermudahkan dan diterima segala amal ibadat.

Berlatih lah jadi orang sabar dan terus istiqamah dengan kesabaran itu. Di sini keadaannya agak mencabar dengan sikap manusia dari pelbagai negara. Lagi satu, tanamkan dalam hati kita, untuk serahkan diri kita dan segala-galanya kepada Allah. Berdoalah selalu supaya kita menjadi tetamuNya yang  mendapat rahmat, keampunan dan keredhaanNya. Hilangkanlah perasaan sombong, riak dan takbur di sana. Kau tinggalkan lah segala pangkat, darjat, kedudukan dan kemuliaan duniawai kau kat KLIA. Pergilah dengan rasa rendah diri,ikhlas dan berniat semata-mata untuk Allah. Jgn niat nak shopping je bro..bukannya selalu kita dapat jemputan ke sana.

Rajin-rajin lah baca buku, blog yang berkaitan dengan perjalanan umrah. Mudah-mudahan ianya menjadi motivasi korang nanti. Kursus umrah wajib pergi untuk mendalamkan lagi pengetahuan. Nak pergi melakukan umrah perlu ada ilmu, tak cukup sekadar membaca sahaja. Bertanyalah dengan mereka yang terlebih dahulu mendapat jemputan di sana. Mana yang baik dijadikan pengajaran, yang tidak dijadikan sempadan.

Ibadah di Masjidil Haram

Masjidil Haram tidak pernah sunyi daripada kehadiran hamba-hambaNya yang sentiasa mengharapkan rahmah, keampunan dan keredhaanNya. Antara waktu solat adalah lebih baik sekiranya kita memperbanyakkan bacaan al-quran, berzikir mahupun solat sunat. Kelebihan Masjidil Haram tiada had masa untuk seseorang melakukan solat-solat sunat hatta setelah selesai solat subuh. Begitu juga mereka yang bersolat di sini lebih utama 100,000 kali berbanding solat ditempat lain. 


Ruang solat aras 1 Masjidil Haram. Nampak siling yang tak berapa nak siap untuk kerja-kerja naik taraf .
Selain solat-solat sunat, ambil kesempatan untuk tadarus al-Quran, bacalah sebanyak-banyak yang mungkin, rebutlah peluang ini untuk dekatkan diri kepada Allah. Penat tadarus al-quran, berehat sebentar sambil memandang kaabah juga peroleh pahala dan ketenangan. Bukan kah tujuan kita ke sini untuk mendapat keampunan dan keredhaanNya?


Manusia dan Majidil Haram

Meskipun begitu, suasana berbeza diwaktu siang atau semasa menghampiri waktu solat fardhu. Mengawal keluar masuk jemaah yang datang berbondong-bondong silih berganti bukan tugas yang mudah untuk pasukan keselamatan di sini. Terdapat jemaah yang solat sunat di tempat-tempat laluan utama jemaah yang sedang tawaf  sangat mengganggu kelancaran pergerakan. Pasukan keselamatan terpaksa mengambil tindakan yang agak sedikit agresif menghalau jemaah yang tidak mengikut peraturan. Kau bayangkan, ada je jemaah dari negara mana ntah solat betul-betul belakang maqam Nabi Ibrahim. Kau tau tak, tempat tu laluan sesak yang penuh manusia untuk tawaf…aduss.


Pemandangan biasa selepas solat fardhu..Begini punya ramai jemaah berpusu-pusu keluar dari Masjidil Haram, tetiba aku disapa rakan sekolah yg dah lama tak jumpa..Allah Maha Berkuasa
Belum lagi yang jenis main langkah je kepala kau masa kau tengah sujud..memang betul lah diaorang. Ada lagi satu jenis, waktu jemaah sedang bersedia untuk berdiri membuat saf, dah sempit dah pun waktu tu, boleh kau datang menyelit lagi..aduss..(moga Allah mengampuni mereka ini).


Selain melaksanakan ibadat wajib dan sunat..selfie jadik  aktiviti utama sebahagian jemaah di sini yang kadang-kadang dilihat agak mengganggu apabila menghalang laluan jemaah untuk tawaf..
Begitulah keadaannya, suasana di Masjidil Haram sebenarnya agak kelam kabut dengan manusia berkejar-kejaran untuk melakukan tawaf tawaf, mencium hajarul aswad, solat sunat di hijr Ismail, berdoa di multazam dan solat berhampiran Makam Ibrahim. Kelam kabut satu hal, manusia yang ikut kepala dia sendiri tanpa pedulikan orang lain pun satu hal jugak. Memang jem jugak lah kadang-dengan diorang ni..hahaha. 


Iktikaf di Masjidil Haram

Tapi benda ni aku telah diingatkan semasa hadiri kursus, kena banyakkan bersabar dan sentiasa serahkan diri kepada Allah. Anggaplah ini semua ujian untuk menguji tahap kesabaran hambaNya. Saat diorang main kasar dengan aku, aku buat 
reverse pscyhology. Alhamdulillah semua dimudahkan. Begitulah, kalau kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan kita. Aku selalu juga bagi laluan kepada jemaah yang hendak keluar dari dataran tawaf, caranya aku berhenti seketika dan tarik tangan (kalau jemaah lelaki) untuk mudahkan diorang keluar. Sekali orang belakang main langgar da…hahaha…sabar, sabar..


Menghampiri dataran Masjidil Haram

Begitulah juga golongan yang suka ambil kesempatan terhadap orang lain. Aku pernah didekati oleh seorang lelaki, duduk sebelah aku sambil ajak sembang dengan bertanya khabar. Aku pun layan lah..pastu dia puji2 lah orang Malaysia ni bagus..bila tiba part ni aku dah rasa lain macam…sah..minta sedekah. Citt..alo brader..aku tengok kau muda lagi..kalau dah tua, lemah..boleh jugak aku hulur sikit.


Penjaga Dua Masjid Suci

Selain gelagat manusia yang di Masjidil Haram, kumpulan pekerja pembersihan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sangat menarik perhatian. Komitmen dan ketekunan mereka membersihkan segenap ruang di kedua-dua masjid suci ini sangat mengagumkan. Tanpa mengenal erti penat, mereka bersungguh-sungguh laksanakan tugas pembersihan, menyusun mashaf al-Quran, menukar tong air zam-zam dan menyapu sampah. Bertuahnya mereka ini kerana dipilih dari jutaan umat manusia di dunia untuk menjaga masjid suci ini. Saat azan berkumandang, mereka serta merta memberhentikan tugasan sebentar untuk sama-sama solat berjemaah. Atas kesungguhan dan ketekunan mereka, aku dapati ramai jemaah yang menghulurkan sedekah kepada mereka. 


Dataran tawaf dari sudut berbeza.



Ziarah Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Ja’ranah

Hari ketiga, sebagaimana dirancang, terdapat hari yang diisi dengan aktiviti ziarah ke tempat-tempat penting dalam sejarah Islam. Ziarah pertama  ke Jabal Tsur. Jabal Tsur adalah lokasi dimana Rasulullah bersendirian bersama Abu Bakar as-Siddiq untuk mengelak dari dikejar oleh kaum kafir Quraisy Mekah ketika hijrah ke Madinah.


Lawatan di Jabal Tsur
Dari Jabal Tsur, kami dibawa ke Jabal Rahmah. Aku tak panjat pun Jabal Rahmah ni. Ntahlah, macam tiada kekuatan nak buatnya. Dari Jabal Rahmah, kami dibawa melihat lokasi Padang Arafah dimana disinilah kemuncak segala amalan semasa melaksanakan ibadah haji. Seseorang tidak akan sah ibadah hajinya sekiranya tidak dapat berhenti di Arafah antara Zohor sehingga terbenam matahari pada 9 Zulhijjah setiap tahun.

Perjalanan diteruskan ke Muzdalidah dan seterusnya ke Mina tempat dimana jemaah haji melakukan ibadah melontar. Dari sini perjalanan diteruskan ke Masjid Jakronah untuk miqat umrah. Ini adalah umrah ke dua dilakukan. Setiba di Jakronah, ruang parkir telah pun sedia dipenuhi dengan bas-bas yang membawa jemaah lain untuk tujuan sama. 

Ziarah Muzium Harmain dan Masjid Hudaibiyah


Ziarah hari berikutnya adalah ke Muzium Harmain. Pengunjung dapat meneroka lebih jauh sejarah masjidil haram dan binaan-binaan yang terdapat disekitarnya seperti platform khutbah, kelabu kaabah, menara kubah dan pelbagai lagi. Banyak bahan lama dipamerkan disini dan kesemua barangan ini dijaga dengan baik. Masuk adalah percuma dan korang boleh ambik gambar sesuka hati korang nak.
Facade Muzium Harmain
Bersungguh-sungguh Zin Akmal menerangkan berkenaan sejarah pintu kaabah


Replika cadangan pembesaran ruang di Masjidil Haram, katanya selesai pembesaran Masjidil Haran, tiada lagi had dikenakan kepada negara untuk menghantar jemaah menunaikan haji dan umrah.
Dari Muzium Harmain, kami bergerak di Masjid Hudaibiyah. Sebelum tiba bas berhenti sebentar di ladang penternakan unta yang tidak jauh dari Masjid ini. Ternakan unta di padang pasir tandus membuatkan kita terfikir betapa hebatnya kejadian unta ini sehingga boleh bertahan dalam keadaan kering kontang tanpa air dan satu-satunya haiwan yang punyai daya tahan tinggi terhadap persekitaran kering dan berdebu. Maha Suci Allah yang berkuasa terhadap sesuatu. Apapun aku tak berminat nak mendekati haiwan ini berikutan amaran oleh Kerajaan akan penyebaran virus yang belum pulih sepenuhnya.


Aktiviti penternakan unta. Korang boleh beli susu unta yang diperah segar di sini. 

Setiba di Masjid Hudaibiyah, kami menukar pakaian kepada kain ihram dan niat umrah. Di belakang masjid ini terdapat satu kawasan bertembok dimana Perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah SAW dan kaum musyrikin Mekah dibuat. Yang menariknya, takde usaha Kerajaan Saudi untuk naik taraf tembok ini sebagai suatu tempat bersejarah seperti mana Malaysia. Bagi pemerintah di sini, bekas tapak bersejarah ini tidak memberi makna besar terhadap sejarah Islam. Cukuplah sekadar mengingati bahawa Perjanjian Hudaibiyah sebagai satu permulaan kepada bentuk perhubungan bertulis yang akhirnya membawa kemenangan kepada kaum Muslimin.


TAwaf Wida' 


Genap seminggu di Makkah al-Mukarramah, tiba masanya untuk rombongan meninggalkan kota suci ini. Allahu...beratnya hati ini untuk meninggalkan Tanah Haram. Sebelum meninggalkan kota Mekah, setiap jemaah perlu melakukan Tawaf Wida' sebanyak 7 pusingan sebagai ucapan selamat tinggal. Selepas melakukan Tawaf Wida', jemaah perlu bersegera meninggalkan kota mekah. Tidak lagi boleh membeli belah (kecuali untuk membeli barang keperluan dalam perjalanan) mahupun bersedekah. Sebelum Tawaf Wida' selesaikan urusan yang sepatutnya supaya tidak melanggar syarat ini.  Serious berat kaki aku sebenarnya nak meninggalkan kota suci ini..barulah aku tahu perasaannya bila nak meninggalkan kota suci yang penuh dengan rahmat dan ketenangan..Allahuakbar.

Masjid Nabawi (Madinah al-Munawwarah)

Pada 19 Dec 2016, selepas melakukan Tawaf Wida', kami bergerak lebih kurang jam 12.30 tengahari menuju Madinah. Perjalanan mengambil masa 5-6 jam melalui padang pasir yang tandus dan gersang.  Tak dapat bayangkan detik penghijrahan Nabi Muhammad SAW bersama rombongan baginda semasa peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah dengan menggunakan unta tanpa sebarang kemudahan seperti hari ini. Hanya iman dan taqwa menjadi kekuatan kepada rombongan tersebut untuk mencari peluang menegakkan syiar Islam di tanah arab. Kami tiba di Kota Madinah menghampiri jam 6.00 petang dan terus ke hotel penginapan untuk daftar masuk, makan malam dan solat maghrib. Jarak penginapan ke Masjid Nabawi lebih kurang 200 meter. 


Sudut Masjid Nabawi diwaktu senja

Iktikaf bagi hamba-hambaNya yang mencari keredhaanMu

Keadaan di Masjid Nabawi lebih tenang berbanding dengan Masjidil Haram. Tiada lagi manusia yang berkejar-kejar untuk melaksanakan ibadah tawaf, saie, berebut-rebut untuk mencium hajarul aswad dan berdoa di Multazam serta melakukan solat sunat di Hijr Ismail. Suasana di Masjid Nabawi seperti di masjid-masjid lain juga. Yang membezakan Masjid Nabawi dengan Masjid-masjid yang lain ialah di sini terletaknya makam junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta Raudhah (ruang antara rumah Nabi dan mimbar Masjid) iaitu salah satu ruang yang mustajab untuk berdoa terletak di Masjid ini. 



Kota Madinah lebih aman..tiada kesesakan..cuaca sejuk..sistem perbandaran lebih teratur dan bersih

Babus Salam - Entrance untuk  jemaah lelaki ke Raudhah dan seterusnya ke Makam Rasulullah SAW
Untuk jemaah lelaki, tiada had waktu untuk mereka beribadah di Raudhah dan menziarahi makam Rasulullah SAW berbanding jemaah wanita yang terhad hanya selepas waktu solat subuh, zohor dan isya' sahaja. Untuk mendapatkan tempat/saf di Raudhah, jemaah perlu bersabar menunggu giliran dan adakalanya berlaku juga aksi rebut-merebut dan tolak-menolak bagi mendapatkan tempat berhampiran dengan mimbar di Raudhah. Alhamdulillah aku berkesempatan untuk solat sunat di Raudhah sebanyak dua kali. Masa yang diperuntukkan di Raudhah agak terhad bagi memberi peluang kepada jemaah lain untuk mendapat peluang beribadah di sini. Kebiasaannya selepas solat di Raudhah jemaah akan bergerak ke makam Rasulullah dan memberi ucapan salam kepada baginda. 


Dibawah kubah Hijau itulah letaknya Makam Rasulullah, Abu Bakar as-Siddiq  dan Omar al-Khattab

Perkarangan Masjid Nabawi waktu syuruk..



Selain itu, keutamaan solat di sini adalah 1,000 kali berbanding dengan masjid-masjid lain kecuali Masjidil Haram. Internal layout dalam Masjid Nabawi tidak terlalu complicated dan kebarangkalian untuk sesat atau tidak jumpa pintu keluar adalah kecil. Meskipun saiznya tidak sebesar Masjidil Haram, hiasan dalaman Masjid Nabawi agak menarik perhatian.


Mencari redha Allah..

Ziarah Masjid Quba', Ladang Tamar, Bukit Uhud 

Ziarah pertama kami di Madinah adalah ke Masjid Quba'. Masjid ini adalah masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah setibanya baginda di Madinah. Ketika itu Rasulullah hanya menggunakan pelepah dan daun tamar sebagai rangka dan bumbung masjid ini. Walau bagaimanapun, fizikal Masjid Quba' pada hari sudah berubah sama sekali. Kelebihan Masjid Quba' ini ialah apabila seseorang muslim mengambil wudu` dari rumah dan ke Masjid Quba' untuk bersolat, seolah-olah baginya adalah pahala orang yang membuat umrah.. Subhanallah

Keadaan memang sesak dengan kehadiran jemaah yang mengambil peluang untuk bersolat sunat di Masjid ini sambil menghayati sirah perjuangan Rasulullah. Rekabentuk masjid Quba' pada hari ini bagi aku sangat menarik. Dengan tona warna putih yang melatari ruang luar dan dalaman, mewujudkan rasa tenang dan khusyuk kepada jemaah untuk beribadah di sini.

Ruang solat terbuka di Masjid Quba'


Menara di Masjid Quba'
Dari Masjid Quba', kami bergerak ke pasar kurma yang terletak disalah satu ladang kurma. Biasalah bila dah dikomersilkan untuk tujuan pelancongan, tempat ini tak ubah mcm tempat persinggahan bas-bas pelancongan. Terdapat banyak pilihan kurma untuk dipilih dengan harga yang agak berpatutan juga. Tapi aku x beli pun. Oh ye, kebanyakan penjual di sini asalnya di Indonesia, sekali lagi memudahkan proses jual beli korang. Manusia memang ramai dan excited nak beli kurma di sini, padahal kurma yang dijual datang dari tempat ladang-ladang lain pelbagai negara. Yang best nya korang boleh rasa kesemua tamar disini percuma. Dari satu gerai ke gerai lain aku cuba...blurpp..kenyang..haha.


Pasar kurma di Madinah. Kau pilih je nak jenis apa..semua ada. Kat sini harga tetap, tiada proses tawar menawar..alasannya kau dah rasa for free sebelum decide nak beli...



Ambil kesempatan untuk mendaki Jabal Uhud..lokasi bersejarah dalam perkembangan tamadun Islam


Ruang peniaga di Jabal Uhud..mungkinkah ada antara peniaga disini waris syuhada` yang terkorban semasa perang Uhud..Allah Lebih Mengetahui..
Penginapan : Hotel Deafa Al- Rashideen (Mekah) dan Hotel az-Zahra al-Khair (Madinah)

Inilah penginapan ku sepanjang 7 hari di Mekah. Terletak di King Abdul Aziz Road, berhadapan dengan Ad-difa` Madani (civil defence) atau kira-kira 600 meter ke dataran Masjidil Haram. Nak bergerak ke Masjidil Haram memang best lah, sebab laluan menurun kau bolehlah speeding, tapi bila kau nak menapak balik ke hotel, baru kau tau sejauh mana fitness kau..jalan sedikit mendaki beb..memang terasa kepenatannya. Kalau tak larat boleh aje amik teksi dari Masjidil Haram. Biasanya diorang charge 7-10 Riyal. 


Entrance Hotel..kecik je hotelnya..kemudahan not bad...kau pun nak tidur je pun kat hotel..bukan nak bersenang lenang


Penginapan aku memuatkan lima jemaah bagi satu bilik. Alhamdulillah roommate semuanya sporting dan sangat-sangat membantu. Kemudahan asas bilik semua ada. Wifi not bad, itupun kat lobi. Overall aku puas hati lah dengan hotel ini. Mudah-mudahan ada rezeki lebih aku nak try menginap kat Safwah Hotel, Hilton, Dar Al-Tawhid dan Dar al-ieman. Hotel-hotel ini terletak betul2 berhadapan dengan Masjidil Haram dan sangat-sangat memudahkan pergerakan.
Bawah hotel adalah gerai kurma, kedai runcit dan restoran fast food..kira kalau lapar boleh je cari makanan kat bawah...yg penting mee segera pun ada jual..ngeh2..

Penginapan di Kota Madinah

Perkarangan Masjid Nabawi dikelilingi hotel pelbagai bintang

Hotel di Madinah terletak tidak jauh dari Masjid Nabawi iaitu kira-kira 200 meter jaraknya ke gate 15. Perjalanan pergi dan balik agak selesa berikutan keadaan muka bumi yang mendatar. Masjid Nabawi dikelilingi hotel penginapan dari pelbagai bintang. Cabarannya sepanjang laluan ke Masjid Nabawi mahupun Masjidil Haram kau akan lalui pelbagai jenis kedai yang jurujualnya tidak jemu memujuk kau beli barang diorang.


Makan di Tanah Haram

Makan minum termasuk dalam pakej dah. Korang jangan risau. Tiga empat hari boleh lah kau layan makanan yang disediakan, masuk hari kelima tekak kau dah mula meronta-ronta carik makanan kat luar. Bukan tidak bersyukur, dan kaorang tak boleh lah expect semua makanan ikut selera mcm kat Malaysia. Bab makanan Arab ni pun satu hal juga, sejak banyak restoran arab tumbuh bagai cendawan kat Malaysia, rasa macam dah biasa sangat makanan arab ni..haishhh..last-lastnya makan kebab aje lah. Ayam goreng kat Broast Chicken bawah hotel pun not bad. Kadang-kadang lepak kat Starbuck di Safwa Tower, feeling2 urban dalam cahaya keimanan.

Hari ke 5, mutawwif mengajak kami untuk menjamu selera dengan nasi unta atau dalam bahasa arabnya al-hasyi. Daging unta yang digunakan adalah daging anak unta. Kalau unta dewasa dipanggil al-jamal. Makanan dihidangkan atas talam dan dibekalkan dengan plastik makanan. Disediakan juga bersama nasi unta adalah samosa...perghhh..memang 5 star lah samosa ni..masih panas2 dengan kulit yang rangup dan isi yang sangat enak...ampunn sedap. Lokasi kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan bas dari masjidil Haram dan aku pun tak tau kat mana sebenarnya restoran ini.


Ni lah restorannya dimana aku menikmati nasi unta.


Nasi Kabsah Unta dan samosa panas-panas yang owesome..serious sedap samosa tu..daging unta pun not bad..kena ngan selera aku

Restoran melayu..carik jugak ke?..kalau teringin sangat boleh pi kat foodcourt di Safwah Tower aras 4. Ada gerai D’Saji Catering milik FELDA. Pekerjanya ramai bangla..haha. Ramai orang beb..aku tak mkn situ pun. Rasa macam tak menggiurkan makanannya. 

Di Madinah suasananya lebih kurang sama. Pilihan makanan arab seperti di Mekah selain fast food sediada. Kalau nak ubah selera boleh pergi ke Restoran Indonesia. Kat sini bolehlah korang layan nasi campur, bakso, soto. Harga biasalah sedikit mahal. Di Madinah lebih banyak makan kat luar, sebab tekak ni dah tak boleh nak masuk sangat dengan makanan yang disediakan. Biasanya aku beli shwarma atau sandwish. Nasi arab mcm berat sangat sebab portion kat sana agak banyak.

Nasihat aku, walaupun makanan tak jadik masalah besar di sana, tapi untuk bangkitkan selera yang dah suam-suam kuku, bawaklah maggi barang sebungkus dua. Memang layan…haha.  Oh yea, kat sini kaorang akan berselera dan kuat makan, puncanya sebab banyak tenaga diperlukan untuk bergerak di sini dan buatkan kita cepat lapar selain cuaca sejuk yang sudah bermula musimnya.

Komunikasi

Bab ini langsung takde problem. Kau pegi lah mana-mana kedai kat Mekah dan Madinah, korang tak cakap melayu pun diorang akan cakap melayu kat korang…hebat tak. Malaysia boleh katanya..hahahaha..aku cakap English kau jawab Melayu, aku cakap Arab kau jawab Melayu…aku cakap Melayu korang pun begitu …best diorang ni..tapi bila kao tanya lebih2 memang peninglah diorang nak jawab..


Kenangan terindah


Banyak yang indah-indah di sini. Selain berpeluang beribadah di bumi penuh barakah ini, paling tidak disangka, dengan izin-Nya di sini aku berpeluang menemui beberapa  rakan sekolah menengah dan universiti yang dah puluh tahun tak jumpa. Kau bayangkan, kat Malaysia tak kesempatan bersua muka, tetiba boleh plan ngeteh kat sini. Penah satu ketika, aku terperangkap dengan kesesakan jemaah dari Afrika yang ingin pulang ke kediaman masing-masing, tetiba terasa nama dipanggil oleh seseorang. Allahuakbar, rakan sekolah menegur aku rupanya.

Sayunya hati bila diberi peluang dapat bersua muka esp di Tanah Suci pulak tu..hari berikutnya pula berpeluang lepak di foodcourt Safwah Tower dengan rakan Universiti. Semua ni tak dirancang. Tapi begitulah Allah menunjukkan kasih sayang kepada hambaNya…nikmat apa lagi yang hendak aku dustakan.


Menara Jam Masjidil Haram.


Kawan sekolah aku..dah 24 tahun tak jumpa baq hang, lepak2 ngopi kat Starbuck Cafe Safwah Tower...sekali dia cakap Arab ngan cashier..terdiam aku..haha
Begitu juga di Masjid Nabawi, sedang berjalan menuju ke Babus Salam, tetiba terserempak dengan rakan yang pernah bertugas di Kajang satu ketika dahulu dan boss saya di Putrajaya. Lama jugak tak jumpa mereka. Begitulah indahnya pertemuan yang tidak dirancang, lain perasaannya bila kita jumpa kenalan lama di sini.

Begitu juga saat meninggalkan bumi Madinah Al-Munawwarah. Betapa sayunya hati ini bila meninggalkan Masjid Nabawi, kota suci yang turut menempatkan jasad Rasulullah, para Sahabat, tabii'in, tabi' tabiin dan para mujahidin. Begitu dekat hati ini dengan perjuangan baginda dan para sahabat menegakkan agama Allah yang suci ini. 


Prince Mohammad bin Abdulaziz Airport (Madinah) sepi di awal pagi.

Penerbangan balik dengan Airbus 380 Emirates Airlines

Perjalanan ini sangat-sangat memberi kesan kepada aku. Betapa besar rahmat dan nikmat yang Allah kurniakan kepada hambaNya meskipun hambaNya itu  kadang kala lalai dari mengingatiNya. Ramai rakanku menyangka aku dah berulang kali ke sini. 

Hakikatnya inilah umrah ku yang pertama. Apapun, syukur perjalanan ini dimudahkan dari awal hingga saat berangkat pulang. Tapi itulah, saat aku merasai nikmatMu, saat aku diberi kesempatan untuk meneroka jalan yang lebih baik, Kau jentik hati ini ya Allah untuk menerima jemputanMu.


Ya Allah, sesungguhnya sebahagian hati ini tertinggal di sini. Sampaikan lah hajat ku dan isteriku untuk kembali ke sini untuk menunaikan haji dan umrah pula..amiinn.

Satu sahaja doa aku, moga ditetapkan iman, dipermudahkan perjalanan hidup, ditunjukkan jalan yang di redhai dan mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak. Untuk isteri dan anak-anak begitu juga, sentiasa diberi kelapangan, kesihatan, rezeki yang murah dan ditetapkan iman mereka hingga akhir hayat. Cabaran paling besar apabila balik ialah sejauh mana kita nak kekalkan momentum yang ada semasa di Tanah Suci. Apapun bagi aku, jgn putus asa untuk berdoa dan terus berdoa semoga kita semua mendapat perlindungan daripada Yang Maha Esa.

Sekali lagi, syukur ya Allah atas nikmat ini..Kau sampaikanlah hajat ku dan isteri ku untuk sampai ke Tanah Haram bagi melaksanakan ibadah haji dan umrah pula. Sesungguhnya sebahagian hati ini ya Allah telah tertinggal di sana…Kau perkenanlah doa hambaMu ini.

Penghargaan

Jarang aku buat penghargaan kat entry. Tapi kali ni aku perlu masukkan. Khusus untuk sahabatku Zin Akmal, terima kasih tidak terhingga atas tunjuk ajar, nasihat dan galakkan sepanjang penjalanan ku. Terima  kasih atas kekuatan yang diberikan. Aku tak mampu nak balas segala kebaikan yang diberikan, cukuplah aku berdoa semoga perkara baik yang kau lakukan sepanjang perjalanan ini menjadi timbangan berat amal baik di akhirat kelak.

Begitu juga kepada Mumtaz Travel atas layanan baik mereka terhadap jemaah yang menyertai rombongan kali ini. Alhamdulillah semua berjalan lancar dengan sikap profesional mereka. Nak tolong promote travel agent ni kat korang, boleh lah jadikan Mumtaz Travel sebagai salah satu company yang perlu dipertimbang untuk perjalanan korang ke Tanah Suci. Boleh hubungi alamat dan phone dibawah ini.

MUMTAZ TRAVEL SDN. BHD
No 20-01,Jalan Kolam Air 1,

Nong Chik Heights,
80100 Johor Bahru,Johor Darul Takzim.
Tel : 07-2072717    Fax : 07-2072718