Friday 14 November 2014

Prague-Vienna 2011 - Part 5

Selepas hampir 2 jam bertolak dari Hlubako Castle, aku akhirnya tiba di bandar Vienna salah satu bandar di Austria yang terkenal kerana melahirkan ramai pemuzik yang tersohor di dunia. 

Bandar ini juga terkenal kerana menempatkan  Ibu pejabat United Nation bagi menangani isu-isu berkaitan  keselamatan dan pertahanan seperti pemerdagangan manusia, keselamatan sempadan.  Bahasa utama penduduk di sini adalah bahasa German. Walaubagaimanapun bahasa Inggeris digunakan secara meluas di kalangan penduduk tempatan. 

Salah satu muzium di Vienna 

Perjalanan ke Vienna bertujuan untuk melawat tempat menarik di sana yang menjadi tumpuan pelancong. Untuk mendapatkan makanan halal di sini sama juga seperti di Prague agak sukar dan aku tiada pilihan selain mendapatkan buah-buahan, vegetarian pizza ataupun fish fillet McDonalds. 


 Hundertwasser House 

Di sini, aku ditemani dengan pemandu pelancong yang sangat peramah dan suka berjenaka. Seronok dapat tour guide yang suka bergurau dan kadang-kadang agak menjengkelkan..hahaha. Lokasi pertama yang dibawa ialah Hundertwasse House Vienna. Ye, selain dari kaya dengan khazanah seni dan muzik, Vienna juga terkenal dengan rekaan architecture bangunan yang pelik dan keluar dari kebiasaan. Menurut tour guide , rekabentuk artistik bangunan ini pada peringkat awalnya adalah tidak disengajakan oleh perekanya iaitu Hudertwasser yang mana rekaannya mempunyai nilai artistik keranan ianya berbeza dari rekaan bangunan lain

Sekali tengok macam bangunan terbiar

Selepas itu, aku ke salah satu istana yang cukup terkenal di Vienna iaitu Schonbrunn Palace. Schonbrunn Palace merupakan istana musim panas bagi golongan bangsawan pada zaman pertengahan. Istana yang didirikan pada kurun ke-17 ini mendapat pengiktirafan sebagai kota warisan dunia dari UNESCO pada tahun 1996. 

Menariknya istana ini ialah rekabentuk lanskap yang menakjubkan sekaligus menjadi tumpuan pelancong di Vienna. Dari hadapan istana ini tidak mencerminkan tarikan pengunjung, pelancong perlu masuk dan berjalan ke ruang belakang bagi menimati keindahan seni landskap di sini. 




Landskap di Schonbrunn Palace
Seterusnya aku bergerak ke beberapa buah istana lain yang menempatkan muzium artifak zaman pertengahan di sini. Aku tidak memasuki muzium berkenaan memandangkan hari sudah lewat. Hanya sekadar berehat di perkarangan istana dan mengambil beberapa photoshoot

Secara keseluruhannya lawatan ke Vienna banyak mendedahkan kepada pengunjung akan aktiviti seni oleh masyarakat disini. Mereka rata-ratanya amat menggemari dan menghargai muzik, lanskap dan keindahan alam. Kehidupan di sini terasa lebih santai dan tenteram berbanding dengan bandar-bandar besar lain di Eropah. 

Sebelum aku kembali ke Malaysia, aku sempat mengunjung satu lokasi pelancongan yang juga termasuk dalam senarai must visit in Prague iaitu Karlvory VaryAku dimaklumkan bahawa lokasi ini menjadi tumpuan utama pelancong sekiranya berada di Prague. Aku juga diberitahu kemasyhuran lokasi ini juga menajdi pilihan pengusaha perfileman Bollywood memilih Karlvory Vary untuk salah satu anugerah industri tersebut. Nampak macam hebat kan?..hahaha..

Lokasi ini digambarkan sebagai sebuah tempat yang tenang terutamanya kepada golongan elit untuk merehatkan diri dengan menjalani rawatan spa. Karlvory Vary dianugerahkan dengan mineral semulajadi yang baik untuk rawatan keatas kulit. 

Setelah menghabiskan masa di Karlvory Vary, aku bergerak balik ke Hotel. Memandangkan hari ini adalah hari terakhir kami sebelum bergerak pulang keesokan paginya, saya hanya mengambil kesempatan masa yang ada berjalan di sekitar Kota Lama Prague. 

Kebetulan pada petang tersebut terdapat sebuah 'pasar malam' di tengah-tengah Kota Lama Prague, aku mengambil peluang untuk meninjau sekitar pasar malam. Kebanyakan makanan yang dijual di sini adalah berasaskan khinzir..hahah..bersepah-sepah khinzir panggang dan dimasak dengan pelbagai menu untuk menjadi pilihan pengunjung. 


Selamat tinggal Prague-Vienna!