Tuesday 1 July 2014

Tanah Serendah Sekebun Bunga!

Ye..Tanah Serendah Sekebun Bunga..alhamdulillah akhirnya dengan takluk Kudrat dan IradatNya sampailah saya menjejaki negeri yang juga terkenal dengan gelaran negeri Cik Siti Wan Kembang..apapun, saya lebih menggemari gelaran Tanah Serendah Sekebun Bunga yang melambangkan akan keindahan dan keharmonian negeri Kelantan.

Saya mengambil penerbangan awal Airasia ke Kota Bharu yang bertolak dari KLIA2 pada jam 6.35 pagi. Alhamdulillah, departure gate kali ini berhampiran dengan surau dan memudahkan penumpang menunaikan solat subuh dalam keadaan tenang sebelum penerbangan.

Perjalanan saya ke Kelantan kali ini bertujuan untuk menziarahi kenalan di negeri tersebut selain menikmati keenakan masakan asli kelantan. Sebelum ini semasa dalam perkhidmatan, saya tidak punyai kesempatan untuk melakukan perkara ini disebabkan kesuntukan masa dan aktiviti telah diatur oleh urusetia. So..kali ini dengan sewaan kereta selama sehari setengah, akan ku jelajahi negeri ini untuk menghayati kehidupan masyarakat di negeri ini.

Memandangan hari masih pagi lagi saya mencari lokasi untuk bersarapan pagi di sekitar bandar Kota Bharu..hurmm.bila melintasi kawasan Pasar Besar Siti Khadijah saya terbayang akan kenangan saya semasa menuntut ilmu di sini. Kebiasaannya saya akan menunaikan solat subuh di surau sekitar pasar ini setelah tiba dari Johor yang mengambil masa 10 jam perjalanan untuk tiba...hurmm..(sentimental sket kali ini)..sebelum mengambil bas ke kampus. Tidak banyak berbeza kawasan ini, kecuali padang bas (dulunya kawasan meletak kereta pada wakta siang dan tapak peniaga jualan makanan pada waktu malam) telah didirikan sebuah pusat membeli belah.


Dahulunya tempat ini adalah kawasan parking kereta pada waktu pagi hingga tengahari 

Untuk pagi hari pertama, tidak banyak aktiviti yang dilakukan. Selepas bersarapan nasi dagang, saya terus menuju ke Pasar Siti Khadijah untuk berjumpa Kak Ana salah seorang peniaga pakaian di Pasar Siti Khadijah. Saya telah lama mengenali dengan Kak Ana, semenjak belajar di sini. Hari pertama saya tidak membeli apa-apa dengan beliau, hanya bertanya khabar dan bersembang. Beliau selalu update saya akan perkhabaran rakan-rakan yang juga  selalu mengunjungi beliau di Pasar ini.

Hampir tengahari, saya bergerak ke Pusat Kraftangan yang terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu. Di situ terdapat kedai-kedai yang menjual hasil kraftangan tempatan dan yang paling istimewa sekali adalah Restoran Nasi Ulam Cikgu. Dah namanya nasi ulam, maka banyaklah ulam-ulaman tempatan yang segar dijual direstoran ini, selain ayam goreng kampung, keli gorang tepung dan beberapa lauk lain. 


Pusat Kraftangan yang menempatkan Restoran Ulam Cikgu dibawahnya. 
Apa yang menariknya direstoran ini ialah pilihan ulam yang pelbagai dan lauk-pauknya yang sedap. Saya mengambil beberapa jenis ulam untuk dimakan  bersama tempoyak, budu dan cili api. Bila dah makan budu barulah saya dapat bercakap menggunakan loghat Kelantan dengan baik..hahah! Selain itu saya juga mengambil ikan keli goreng yang masih panas sebagai pelengkap hidangan makan tengahari hari tersebut...mabeles !..mmg syurga makanan restoran ni. Harga yang perlu dibayar untuk nasi, lauk pauk dan segelas air sirap adalah RM5...hahaha...murah kan..alhamdulillah.

Ok lah, untuk episod kedua saya akan bersambung dalam entry yang akan datang. Saya tidak banyak shopping, sebab beg yang dibawa tidak mencukupi untuk menampung tambahan barangan lain..so..kita relax je kat Klate deh ..