Sunday 22 June 2014

Cuti Semester telah bermula..ayuh rancang perjalananmu

Alhamdulillah final exam untuk semester 2 telah berakhir pada 19 Jun yang lepas. Ini bermakna cuti semester telah pun bermula sehingga pertengahan bulan September....pertama kali bakal menjalanai ibadah puasa tanpa perlu masuk ke office dan berebut-rebut untuk balik selepas waktu pejabat. Bersyukur sangat diberi kesempatan olehNya untuk menjalani ibadah puasa dengan tenang tidak sebagaimana tahun-tahun sebelum ini.

Untuk itu, saya hanya punyai kelapangan masa selama seminggu sahaja sebelum kehadiran bulan penuh barakah bulan ramadhan almubarak pada penghujung bulan Jun. Untuk tempoh masa yang singkat ini, saya merancang untuk melancong seorang diri ke Kelantan. Sesuai dengan kehadiran bulan ramadhan perjalanan saya kali ini hanya untuk menziarah beberapa orang kenalan dan rakan lama di sana inshaAllah. Untuk makluman, bandar Kota Bharu dan sekitarnya bukan sesuatu yang asing buat saya kerana pernah bermastautin di sana untuk tempoh selama 2 tahun bagi kursus matrikulasi disalah sebuah cawangan IPTA di Kota Bharu.