Saturday, 30 August 2014

Penang 2014

Cititel Hotel Penang


Penang..destinasi kali ini. Saya tidak merancang awal untuk ke Penang sebenarnya, tetapi memandangkan tawaran tiket yang agak menarik oleh AirAsia iaitu RM144 untuk return ticket, saya tanpa berfikir panjang terus menempah tiket tersebut. Tiket ditempah 2 minggu sebelum perjalanan. Perjalanan kali ini hanya untuk satu malam sahaja (28-29 Ogos 2014) dan saya tidak merancang untuk menjelajah banyak tempat kecuali untuk berehat dan makan. Ye..Penang salah sebuah negeri yang menawarkan kepelbagaian makanan antaranya nasi kandar, laksa, pasembor, cendol dan pelbagai lagi menggamit kedatangan pelancong tempatan ke Penang!.

Ruang lobi hotel yang luas dan ringkas


Saya mengambil penerbangan pagi dan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 9.30am dan terus mengambil teksi ke Cititel Hotel yang terletak di Penang Road. Kedudukan hotel ini sangat strategik kerana ianya berhampiran dengan gerai makan yang popular, tempat-tempat menarik seperti muzium dan kemudahan pengangkutan awam juga mudah didapati. Ketibaan saya di Cititel agak awal iaitu jam 10.00am, saya hanya meletakkan luggage sahaja di hotel memandangkan bilik yang ditempah belum tersedia lagi. 


Entrance Bukit Bendera

Tanpa membuang masa saya terus mengambil teksi untuk ke Bukit Bendera. Jarak perjalanan dari hotel ke Bukit Bendera memakan masa lebih kurang 30 minit. Setiba di sana saya membeli tiket dengan menggunakan kad pelajar universiti dan mendapat harga tiket RM4.00 sahaja dengan tertulis "Children Ticket"..hahaha. Memandangkan hari tersebut bukanlah cuti hujung minggu atau cuti umum, tidak ramai pelancong yang melawat Bukit Bendera ketika itu, tempoh menunggu train juga tidak lama dan keadaan tidaklah terlalu sesak sebagaimana yang sering saya digambarkan sebelum ini. Pertama kali naik, tidaklah terasa excited sangat, sebab sama je macam LRT di Kuala Lumpur, cuma yang membezakannya adalah perjalanan pendakian bukit yang agak tinggi dan curam. 




Laluan pejalan kaki di puncak Bukit Bendera

Tiba di puncak Bukit Bendera, saya teruja dengan keindahan pemandangan disana. Udara yang menyegarkan dan pemandangan yang cukup menarik menjadi santapan para pelancong. Memang bestlah Bukit Bendera ni sebenarnya. Kemudahan awam yang disediakan juga selesa, bersih dan terpelihara.



Kemudahan gerai makanan dan souvenier


Padlock bukan untuk dijual..huhu






Saya menghabiskan kira-kira satu jam diatas puncak Bukit Bendera dengan mengambil beberapa photoshoot untuk koleksi persendirian. Untuk balik ke Georgetown, saya mengambil bas Rapid Penang No. 204 di Bukit Bendera dengan tambang RM2.00. Bas ini akan berhenti di Komtar dan penulis perlu berjalan kaki  ke Penang Road dengan mengambil masa hanya kira-kira 10 minit sahaja. Sebelum tiba di Hotel, saya singgah di kedai Nasi Kandar Line Clear untuk makan tengahari. Saya tidak perlu lah nak memperkenalkan kedai ini kerana nasi kandarnya cukup terkenal di kalangan masyarakat tempatan mahupun pelancong dari luar. Kedudukan restoran ini  sangat berhampiran dengan Cititel Hotel iaitu kira-kira 5 minit berjalan kaki sahaja.


Oh ye..saya dapati bandar Georgetown agak bersih berbanding lawatan penulis sebelum ini. Pujian harus diberikan kepada Local Authority di sini kerana berjaya menjaga persekitaran bandar ini dari sampah sarap yang boleh mencacatkan pemandangan. Perkara ini diakui oleh penduduk tempatan yang menyatakan bahawa Local Authority sangat bersungguh-sungguh memastikan kebersihan di bandar terpelihara dengan menambah kekerapan kerja-kerja pembersihan sebanyak 3 kali sehari. 

Saya diberitahu bahawa seorang tukang sapu di Georgetown boleh memperolehi pendapatan RM2,00-2,500 sebulan termasuk kerja lebih masa. Tindakan Local Authority ini selari dengan pengumuman Georgetown sebagai salah satu bandar warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 2012. Tahniah untuk Local Authority di Georgetown atas inisiatif ini dan penulis percaya ianya akan dapat menarik lebih ramai lagi pelancong tempatan dan asing untuk melawat Penang pada masa akan datang.



No comments:

Post a Comment