Wednesday, 10 February 2016

Korea 2007

Semasa membelek album lama, kepingan gambar lama semasa ke Korea sekitar tahun 2007 menggamit memori. Tujuan  ke Korea sebenarnya bukanlah untuk meneroka tempat-tepat menarik di sana, tetapi lebih menemani makcik aku untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya yang sudah tamat belajar di Seoul University. 

 Menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines, aku dpt tiket free dengan penebusan mata ganjaran Enrich Card. Ketika itu aku adalah pemegang Enrich Gold. Dengan jumlah mata yang ada melayakkan aku mendapat tiket percuma ke Korea dan layak pula untuk memasuki Golden Lounge di KLIA dan Inchoen Airport meskipun menaiki kelas Ekonomi.

Perjalanan waktu itu di bulan Febuari dan berada di pertengahan musim sejuk. Selamba aje aku pakai t-shirt biasa semasa tiba di Airport dan ditegur oleh salah seorang penumpang warganegara Korea yang mengingatkan aku suhu di Seoul sudah mencapai -5`Cel...haha. Terus aku cari jaket!. Tiba di Incheon Airport kira-kira jam 8.30 pagi, dengan kabus tebal dan suhu -5 memang malas nak keluar dari airport. 

Perjalanan memakan masa hampir sejam dan apabila tiba di salah satu destinasi yang aku pun  tidak ingat tempatnya kami bertukar kepada teksi pula. Part menaiki teksi ini sangat challenging, kami terpaksa menaiki dua teksi berasingan dan sepupu aku sebaik mungkin memberi arahan sejelasnya kepada pemandu teksi yang aku naiki manakala beliau menaiki teksi bersama makcik aku. Masalah bahasa memang ketara di Korea kerana tidak ramai dikalangan mereka boleh berbahasa Inggeris.


Kawasan kampus Korea University


Untuk hari pertama aku hanya berehat sahaja dan menghabiskan bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia. Musim-musim sejuk gini dapat makan dapat makan nasi panas dengan sambal ikan bilis memang padu!.Tak cukup dengan itu, aku rendam maggi sebagai menandakan akua telah selamat tiba ke negara orang. Memang itulah habit aku bila ke luar negara. 


Walaupun macam setinggan, tapi kawasan perumahan diorang bersih dan teratur.


Pada waktu petangnya aku dibawa ke kampus dimana beliau belajar yang hanya terletak bersebelahan di rumah sewaannya. Aku hanya berjalan disekitar kampus dan sepupu aku menunjukkan  blok akademik di mana beliau menuntut ilmu. Sebagaimana kampus di negara lain, kampus di sini bersifat terbuka. Tiada pondok pengawal yang akan memeriksa kenderaan keluar masuk. Kampus universiti diihat sebagai sebahagian daripada komuniti di sana.



Waktu pagi di Itaewon dengan suhu mencecah -15'C

Hari kedua aku dimaklumkan salji akan turun pada hari ini. Aduss, bertambah sejuklah nanti. Dijangkakan suhu lebih sejuk pada hari semalam dan akan mencecah -15 ke -20 darjah celcius. Hurmm, takpe lah, yang penting pagi ni aku nak mandi dulu sebelum keluar merayau. Elok aje aku buka paip, cepat-cepat saya menutupnya. Haha...tak mandi pagi arini..sekian terima kasih.

Meskipun mereka bukan beragama Islam, kebersihan gerai makanan di sana dan cara penyediaan yang bersih dari sebarang penggunaan bahan yang meragukan tidak menyekat selera kami untuk menikmati hidangan tempatan. Oh ye, menu di Korea lebih kurang sahaja dengan menu kita disini. Contohnya ikan dimasak asam pedas tetapi menggunakan kaedah rebusan. Selain itu, restoran yang menjual makanan halal mudah didapati di sekitar Itaewon. Di sini terletaknya Seoul Mosque satu-satu masjid yang menjadi tumpuan masyarakat Islam untuk menunaikan ibadah.

Dua hari sebelum majlis Konvokesyen, kami dipelawa untuk menghadiri jamuan makan tengahari anjuran Korea University khusus untuk pelajar dan keluarga dari Malaysia. Perghh..baiknya pengurusan universiti diaorang. Jamuan diadakan di salah satu restoran makanan arab. Jamuan makan tengahari berjalan secara ringkas dengan pengisian ucapan wakil pelajar Malaysia dan ucapan balas oleh Dekan. Semua ucapan dalam bahasa Korea. Selamba aje budak-budak Melayu kat sini cakap bahasa Korea macam air. 


Lunch student Malaysia dan family dengan pengurusan Universiti.



Konvokesyen diorang just lepak-lepak kat luar ngan family dan teman sekuliah

Tamat sahaja jamuan makan tengahari, aku dan beberapa keluarga pelajar yang lai merancang untuk menghabiskan masa membeli belah. Baru meriah pi ramai-ramai ye tak. Biasalah bila travel dengan makcik-makcik ni kejanya nak shopping, terimalah hakikat ini dengan hati terbuka.

Bagi memenuhi impian mereka dan makcik-makcik dari Malaysia, makanya destinasi pertama pada hari ini ialah ke Namdaemun. Destinasi membeli belah yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia katanya. Aduss..layan aje lah. Memang betul lah, di gerai yang menjual brooch, hanya orang Malaysia aje yang memenuhi kedai-kedai di sini. 

Selain aktiviti membeli belah, aku juga  berjalan di sekitar bandar Seoul. Antara lokasi penting yang mesti dilawati oleh setiap pengunjung luar adalah ke Cheonggyecheon. Sebatang sungai yang suatu ketika dahulu tercemar teruk. Walau bagaimanapun, sungai tersebut telah melalui proses pemulihan dan hari ini sungai tersebut telah pulih sepenuhnya dan menjadi tumpuan masyarakat tempatan berekreasi pada masa lapang.





Setakat ini itu sahaja catatan ringkas perjalanan saya ke Korea sekitar februari 2007. Takde nya nak ke Nami Islands atau Jeju Islands yang menjadi destinasi wajib rakyat Malaysia ke Korea. Pada waktu itu, Korea bukanlah destinasi popular rakyat Malaysia ke sana. 

Memang tak masuk dalam wish list lah. Kpop pun belum lagi waktu itu. Apapun Korea sebuah negara yang menarik untuk dilawati dan menarik banyak pengunjung dari luar terutamanya Malaysia. Jika anda bertuah, anda dapat tiket murah yang ditawarkan Airasia ke Seoul.