Sunday, 21 August 2016

Broga

Dari dulu lagi aku plan untuk mendaki Bukit Broga di Semenyih. Plan aje lah, pegi tak juga. Sehingga satu hari aku terima pelawaan rakan baik untuk mendaki Bukit Broga pada 14 Ogos. Kebetulan pula aku takde plan untuk kemana-mana, aku on lah. Janji 4.30 pagi pada hari kejadian untuk kami mula bergerak ke Semenyih.

Tapi yang berlaku sebaliknya, tepat jam 4.30 pagi pada hari kejadian aku dah terpacak dirumah kawan aku dan terus buat panggilan suruh turun, sekali call tak berangkat..call sekali lagi, tak berangkat jugak..dah masuk 4 kali call tak berangkat, Malas lah aku nak tunggu kau. Hampa..hahaha. Dah alang-alang siap, takkan nak balik rumah pulak, aku teruskan juga ke Broga seorang diri.

Nekad, pi aje lah kan, bukannya daki Gunung Tahan, Bukit Broga je pun. Dengan bantuan waze akhirnya tiba juga di kaki Bukit Broga. Dah lah aku tak bawak torch light, dengan first time naik ke Broga, lantak lah. Setiba di ladang kelapa sawit, setiap kenderaan yang masuk dikehendaki bayar RM3 dan diberi panduan untuk lot parking. Masih lagi gelap gelita waktu tu, yelah baru jam 5.30 pagi, sib baik tak jumpa hantu…hahaha.

Mana nak start dulu pun tak tau, sebab keadaan masih lagi gelap. Hanya kelihatan beberapa kumpulan pengunjung yang baru tiba dan bersedia untuk memulakan pendakian. Aku sorang je, dalam gelap gulita tanpa torch light...hahaha..jgn ada yang ganggu aku sudah..

Aku nampak sekumpulan pendaki mula memulakan perjalanan naik, aku follow lah belakang diorang. Nasib baik bawak hphone, benda alah ni lah yang bantu sewaktu mendaki. W

alaupun dikhabarkan perjalanan ke puncak agak relax, tapi tidak sebenarnya. Sepanjang perjalanan naik aku terserempak dengan mereka yang terpaksa memberhentikan pendakian mereka atas faktor stamina. Kan aku dah cakap, nak buat aktiviti ni badan kena fit. 


Perjalanan sejauh 1.4 km sahaja. Ada satu peringkat, kita perlu mendaki dengan dengan menggunakan tali yang disediakan. Trek agak licin dan memang kena bergantung harap dengan tali sepenuhnya.Adakala terpaksa berhenti sebab menunggu giliran untuk meneruskan perjalanan. Jalan jemm katanya. Alhamdulillah, dalam tempoh masa 20 minit aku dah sampai ke puncak pertama. Relax sat sebelum bergerak ke puncak kedua. Sewaktu perjalanan naik, azan subuh sudah berkumandang.

Puncak pertama...waktu ni lebih kurang jam 7.00 pagi..sudah mula dipenuhi manusia

Oleh kerana takde sapa nak amik gambar aku..aku amik gambar orang lain..haha

..nice view indeed!
Pujia-pujian hanya pada Allah..

Solat subuh di puncak ke dua dan relax. Masih lama lagi nak tunggu sunrise ni…waktu ni pun dah penuh manusia kat atas Broga. Mana yang merokok, bertenet, yang bersembang, aku je sorang-sorang layan diri…huhu. 

Memang tak feeling langsung waktu tu, mana taknya bau asap rokok memenuhi ruang angkasa, belum lagi dengar perbualan diorang ni style menjerit-jerit. Ntah dari kampung mana diorang datang.

Lebih kurang 30 minit di atas puncak Broga, aku pun memulakan perjalanan turun. Kali ni baru nampak trek sebenar. Perjalanan agak sedikit sukar dan perlu berhati-hati supaya tidak tergelincir.

Perjalanan turun agak sesak dengan mereka yang baru tiba dan mereka yang mula turun

So tamatlah aktiviti panjat Broga kali ini. Walau bersendirian tapi tak terasa disebabkan ramai orang mendaki waktu awal pagi. Rasa bermotivasi juga bila tgk ramai yang tidak dapat teruskan perjalanan sebab badan tak berapa fit...hahaha

Satu pengalaman baru mendaki seorang diri cuma agak tercemar sikit dengan suasana di atas puncak tu, bau asap rokok, mulut longkang budak-budak yg baru nak up, masalahnya diorang ni rasakan puncak Bukit Broga tu mcm diorang yang punya..sigh. Nasihat aku pada mereka yang hendak mendaki Borga, make sure kalau dah lama tak buat outdoor activity ini, kena lah pi jogging dulu. 

Terima kasih kerana membaca.

Johor dan Pembangunan Masa Depan

Hari raya ke tiga tahun ni saya plan untuk ke JB. Plan asalnya just nak lepak2 dengan kawan, sementalahan saya pun jarang ke sana. Kebetulan pula  urusan di rumah orang tua diambil alih oleh adik beradik yang lain. Seawal pagi saya bertolak dari Batu Pahat ke Johor, setibanya disana kami breakfast di Restoran Syed Taman Perling, sambil bersembang, rakan saya mencadangkan why not isi masa lapang dengan lepak-lepak di Garden City dan Forest City. Kedua-dua lokasi ini adalah sebuah pembangunan baru yang melengkapkan lagi pembangunan holistic Iskandar.

Since saya pun tak pernah tahu menahu pasal kedua-dua lokasi ini dan memandangkan banyak lagi gerai makan tidak dibuka, saya setuju. Lokasi pertama adalah ke Garden City. Terletak di Danga Bay (dahulunya Pantai Lido), Garden City merupakan kawasan mix development yang menempatkan residence, pejabat, shopping complex dan kemudahan rekreasi lain bertaraf antarabangsa. Nampak macam biasa je kan, tapi bila meninjau master plan diorang ni, terus rasa kagum. Mana taknya, pembangunan Garden City menempatkan kondominium setinggi 72 tingkat dan dikatakan kondominium tertinggi di Malaysia. Sementara projek dalam pembinaan, potential buyer boleh lah meninjau bakal kemudahan yang disediakan di sales gallery. Boleh lah pasang angan-angan hidup dalam dunia masa depan. Disediakan juga pantai buatan menghadap Singapura sebagai tarikan utama kepada penduduk bandar metropolis yang berstatus antarabangsa.

Dari Garden City, saya ke Forest City. Terletak di Tanjung Kupang Gelang patah atau kira-kira 30 minit perjalanan dari Garden City. Setiba disana takde lah menarik sangat pun, tapi bila mula melangkah keluar dari bangunan sales gallery, mata terpukau dengan kemudahan rekreasi yang bakal disediakan nanti. Pantai buatan yang dilengkapi dengan lanskap yang menarik serta berlakarbelakangkan Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, korang akan merasakan seperti berada di Dubai. Berdasarkan kepada master plan yang dirancang, tidak banyak jauh bezanya dengan Garden City di Dangan Bay, yang bezanya Forest City terletak dilokasi yang dahulunya adalah kawasan penempatan dan lading kelapa sawit di Gelang Patah. Kawasan pokok bakau disekitar Gelang Patah akan terus dipelihara untuk memastikan ekosistem di sini dalam keadaan baik.

Selain itu, Forest City juga akan menjadi pintu masuk utama baru dari Singapura ke Malaysia. Berdasarkan pelan pambangunan, sebuah ICQ akan dibina terus ke laluan utama Forest City bagi memudahkan pergerakan masuk dari Singapura. Kemudahan rail juga bakal disediakan dari Singapura ke sini. Nak cakap banyak pun tak guna, kalau ada duit boleh lah korang ambik satu unit kondo.

Nampak memang gah kan, bangga tu tak usah cakaplah, negeri kelahiran sendiri. Tapi kebanggan itu sedikit terusik apabila kebanyakan sales person dan staff yang bekerja adalah orang luar dari Tanah Besar China. Bukan orang tempatan. Masalah komunikasi sangat ketara dimana keupayaan bahasa inggeris diorang ni sangat terhad. Tertanya juga dalam hati, diorang ni nak jual property ni kat sapa sebenarnya?..ye ini zon antarabangsa, tapi takkan English pun kau susah nak susun ayat..hahaha. Oh ye, saya notice hampir kebanyakan papan tanda di Garden City/Future City dalam tulisan mandarin. Rasa mcm kat Beijing pulak.

Ok lah, dah namanya pembangunan, tak boleh nak ditolak-tolak. Tapi bagi saya perlu ada keseimbangan antara keperluan pembangunan dan kepentingan masyarakat setempat.


Cow..

Friday, 17 June 2016

Travel Tips

Tak kiralah apa aktiviti yang korang lakukan, persediaan adalah penting untuk pastikan semuanya berjalan lancar. Apatah lagi untuk pi travel, perlu buat persediaan yang secukupnya supaya perjalanan kita nanti berjalan lancar dan dapat elakkan mood kita terjejas sekiranya ada apa-apa yang berlaku. Ok, berikut adalah beberapa tips saya untuk travel :-

(1)         Planning

Kena lah ada plan nak pi mana kan? Dalam negara atau luar negara?..kalau ikutkan banyak lagi tempat tak pergi dan kalau boleh nak pi semua. Relax bro..plan elok-elok. Untuk permulaan, korang habiskan lah travel dalam negeri. Kenapa? Ya lor, kalau tak korang yang pi, sapa lagi kan. Konsep hujan emas di negara orang perlu dipertimbangkan..dekat aje. Langkawi, Penang, Kundasang, Tioman, Perhentian, Redang, Mulu, Bario, Taman Negara Pahang..bla..bla..

Dah settle dalam negeri, boleh lah plan ke negara jiran tetangga. Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei not bad apa. Bali, Phuket, Bangkok, Jogjakarta, Krabi, Boracay, berpusu-pusu manusia dari serata dunia datang. Dah settle baru lah pi negara-negara Asia yang lain, Europe, negara-negara Skandanivia, US, Australia, Afrika…bla..bla..Tapi kalau duit tu berkantung-kantung takpelah, boleh lah pi mana-mana yang dirancang.

Sekiranya ke negara yang mengalami empat musim, pastikan juga musim yang bersesuaian untuk kesana. Ada sesetengah org suka travel waktu winter sebab boleh main salji..ada yg suka summer atas alasan waktu siang yang panjang dan boleh cover banyak tempat. 

Terpulang ikut kemahuan anda. Cuma perlu diingatkan, waktu summer adalah peak season terutamanya di Europe. Memang ramai tourist/traveler  waktu itu. Winter season memang tak ramai orang, waktu siangnya pendek walaupun begitu kedinginan yang melampau buat korang tidak tertahan nanti. 

Untuk trip ke Europe, nowadays traveller mula melihat keunikan Eropah Timur (kebanyakan negara bekas jajahan komunis) dan negara-negara Balkan seperti Bosnia, Croatia berbanding ke London, Paris dan Amsterdam.


(2)      Pengangkutan


Mode of transport mengikut jarak destinasi kita. Travel dalam negeri, aku biasanya akan gunakan kenderaan sendiri untuk perjalanan menghala ke selatan, Pahang dan Perak sahaja. Untuk selain kawasan tersebut aku prefer naik flight. 

Sebabnya, perjalanan jarak jauh akan menyebabkan kita banyak membuang masa dan tenaga dijalan raya sebelum tiba ke destinasi yang dirancang, selain kos petrol dan tol yang agak tinggi. Campur tolak kos flight (of course lah guna tambang murah) dengan penjimatan masa yg korang dapat adalah sangat berbaloi.

Diluar negara, cara paling mudah untuk bergerak adalah menggunakan public transport. Pastikan korang buat sedikit research kemudahan public transport yang ada. Selain bas, subway, teksi korang boleh juga mencuba tram yang banyak terdapat di Eropah. Ada sesetengah negara seperti di UK/Singapura yang menawarkan travel card kepada pelancong untuk menggunakan pengangkutan awam secara percuma/atau kadar yang lebih murah untuk 3-4 hari. 

Guna sebaik mungkin kemudahan tersebut. Elakkan menggunakan teksi yang tidak bermeter supaya anda tidak dikenakan kadar yang tinggi..tapi kalau guna meter pun diorang boleh kelentong kita..apa susah guna jalan yang lebih jauh, padahal sebelah bangunan aje pun destinasi kita!

Penggunaan tram pun jangan naik sesuka hati tanpa beli tiket. Pengalaman semasa berada di Prague aku dingatkan supaya membeli tiket di kiosk dan tiket tersebut discan dalam tram. Boleh je kalau naik free gitu aje, tapi bila pemeriksaan dibuat memang kantoi lah bro. Kadar denda yang agak tinggi sangat tidak berbaloi berbanding harga tiket

(3) Penginapan

Aku biasanya akan survey di Agoda, Booking, Hotels dan Trivago. Selalu lah bukak website diorang ni kerana kadang kala diorang ada offer yang rugi untuk dilepaskan!. Nak jimat lagi, berbuat baik lah pada rakan-rakan korang yang berhampiran destinasi perjalanan. Mana tau mereka offer tumpang bermalam kepada anda. Jimat duit.

Lokasi hotel juga memainkan peranan penting, berhati-hati dengan rate hotel yang murah, tapi lokasinya jauh diceruk rantau dan jauh dari sebarang kemudahan, sangat tidak berbaloi sebenarnya. Tapi sekali sekala apa salahnya reward diri kita dengan penginapan selesa/mewah. Dah penat bekerja dan tibalah masanya untuk kira merehatkan diri ye tak. Sekiranya dengan family, hotel yang friendly kepada kanak-kanak menjadi keutamaan. Paling penting ada swimming pool. Selesai masalah.

Ada beberapa buah hotel di Malaysia menjadi kegemaran aku, antaranya Resort World, Langkawi, Mulu Marriott, Miri, Everly Hotel, Miri, Hilton Kuching, Holiday Inn Kuching, Riverside Hotel, Kuching, Promenade Hotel, Kota Kinabalu, LeMeridien Kota Kinabalu, Shangri La Kota Kinabalu, J Residence, Kundasang, Hotel Perdana, Kota Bharu, Puteri Pacific Kuala Lumpur, Holiday Inn Penang, Equatorial dan The Eastin di Penang dan beberapa lagi yang tak sempat nak disebut.

Kalau ditanya antara hotel-hotel diatas mana yang paling best?..Mulu Marriott! Pergilah..mmg recommended

(4) Dokumen perjalanan.

Nampak macam remeh, tapi kalau korang tak arrange elok-elok segala dokumen yang berkaitan boleh buat patah leher jadiknya if anything happen semasa travel especially ke luar negara. Tiket, passport/ic, voucher hotel, insurance cover perlu dibuat salinan dan emelkan kepada diri sendiri. Jgn lupa alamat dan no phone embaasy Malaysia di negara kita lawati. Lagi satu map, atau catatan yang korang buat setelah research dalam google maps. Korang juga boleh research alamat dan no telefon balai polis, hospital berhampiran.

Semua ini memudahkan anda untuk mengambil tindakan sekiranya kecelakaan berlaku semasa travel. Aku biasanya menyediakan sebuah buku log untuk catatan penting seperti check list, waktu solat, lokasi retoran halal, alamat hotel, no telefon penting. Salinan dokumen penting yang saya sebut tadi, saya tampal sahaja kat buku ni. 

Untuk melakukan aktiviti outdoor di luar negara, tak perlu lah bawak passport ke hulu ke hilir. Memanglah tujuan untuk keselamatan, tapi kalau terhilang tak ke naya. Untuk keselamatan dokumen, letaklah dalam begpack dan digantung dihadapan, atau beg pouch yang diikat kemas.

(5) Pengurusan risiko

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Sediakan payung sebelum hujan..bla-bla-bla. So, amik travel insurance untuk perjalanan terutamanya ke luar negara. Lebih senang kalau syarikat insurans tersebut mempunyai cawangan di negara yang korang lawati. Pastikan anda membaca insurance cover untuk ketahui dokumen yang perlu disediakan sekiranya berlaku kecelakaan. Nak senang, korang siap-siap isi borang tuntutan (kalau rajin lah…huhu). Lagi satu kalau boleh ambil full coverage untuk flight delay/cancel, kemalangan dijalanraya atau semasa lakukan aktiviti luar dan kos-kos yang berkaitan sekiranya berlaku kematian...huhu.

(6) Toiletries

Excited macamana pun nak travel jgn lupa benda ni. Karang tak gosok gigi pulak. Untuk frequent traveller mmg diorang siap benda-benda ni dalam satu beg kecil. Selain keperluan asas, jgn lupa untuk masukkan sunblock, mosquito repellent, Dettol, wet tissue..dll. Untuk negara yang mengalami empat musim, cuaca disana agak kering. Oleh itu langkah membawa moisturiser/lotion cream adalah sangat digalakkan.

(7) Halal Food di luar negara

Hanya terpakai kepada muslim. For non muslim anda tidak hadapi kesukaran. Di kota-kota besar seperti London atau Amsterdam tidak sukar untuk mendapatkan halal food, migran yang berasal dari negara timur tengah yang memang memudahkan kita mendapatkan makanan halal. Tetapi tidak di negara-negara seperti Rep. Czech dan Austria. Jalan selamat beli sahaja buah-buahan atau fish fillet burger di McD..huhu

Apapun, persediaan makanan segera seperti maggi, Brahims wajib ada untuk waktu-waktu tidak terduga. Kalau rajin, dapatkan traveller cooker untuk masak.

Okeylah, ini adalah sebahagian daripada tips perjalanan secara general yang boleh aku kongsikan. Actually banyak lagi tips yang boleh korang dapatkan. Tips perjalanan berbeza dari satu negara ke negara lain berikutan berbeza budaya, agama dan bahasa.


Thursday, 9 June 2016

Bali 2016

Day 1

Trip ini adalah trip ke dua aku ke Bali. Kenapa pergi lagi? Sebab utama adalah harga tiket lebih murah berbanding ke Boracay pada tarikh perjalanan yang sama..haha. Sebenarnya terdapat banyak lagi lokasi yang belum aku jejaki sejak pertama kali ke sini pada penghujung tahun 2014. 

Dengan tambang pergi balik termasuk cukai dan segala caj semuanya berjumlah RM281.00. Ruang tempat duduk yang lebih luas dan selesa, makanan dan bagasi percuma, skrin video, apalagi yang diperlukan untuk perjalanan selama tiga jam..no hidden cost macam sedara kita lagi sorang tu.. (Aku dah promo baik punya kat Malindo Air takkan takde free seat untuk aku…haha)



Ngurah Rai Bandara, Denpasar.

Tiba Lapangan Terbang Ngurah Rai Denpasar tepat jam 9.15 malam. Lapangan Terbang Ngurah Rai seperti biasa sentiasa sibuk dengan penerbangan keluar masuk dari serata dunia. Nak buat camna, dunia luar lebih kenali Bali, Bangkok dan Singapore untuk travel di negara-negara Asia Tenggara.

Penginapan kali ini adalah di Angel Hotel yang terletak di Jalan Pantai Kuta. Dengan rate RM136.00 per night, kemudahan yang disediakan cukup memuaskan. Yang penting wifi free dan laju serta tilam yang selesa. 

Perjalanan kali ini lebih relax, aku tak book  mana-mana tour untuk sebarang pakej. Light and easy saja. Pada tahun 2014 dulu agak rushing sebab nak cover banyak tempat. Cuma kali ini aku book tour ke Green School yang terletak di Abiansemal. 

Day 2

Green School terletak di Abiansemal, mengambil masa kira-kira satu jam setengah perjalanan ke sana. Green School merupakan sekolah antarabangsa yang mengadaptasi sistem pendidikan yang berteraskan kepada kecintaan terhadap alam sekitar. Sekolah ini terletak diperkampungan tradisional Bali (tak tradisional mana sangat pun, macam kampung aku juga) dikelilingi dengan rimbunan buluh yang meredupkan suasana disini. Sesi lawatan bermula sekitar jam 9.00 pagi. 

Diasaskan oleh pasangan dari Sweden yang telah menetap hampir 30 tahun di Bali, Green School telah berjaya menarik perhatian ramai tentang konsep pembangunan dan pembelajaran yang holistic tanpa mencemarkan alam sekitar.


Laluan utama tour ke Green School

Tour ke Green School hanya boleh accommodate 30 pelawat sahaja dalam satu-satu masa. Kami dibekalkan dengan headphone yang diselaraskan dengan pegawai yang mengiringi kami sepanjang tour. Memandangkan sesi akademik masih berlangsung, kami diingatkan supaya tidak mengambil gambar pelajar disini bagi tujuan privacy.

Salah satu projek tanaman sayur student di sini. 


Kaedah siraman tanaman menggunakan air sungai berhampiran


Kolam peliharaan ikan. Diorang gunakan air projek tanaman sayur di atas sebagai sumber utama air ke kolam ternakan ni. Water recycle!

Antara tapak projek pertanian dengan menggunakan jerami  menutupi batas bagi menyuburkan tanah dan dapat menyerap air dengan baik

Semua yang join lawatan ni foreigner. Diorang memang berminat dengan hal- hal sebegini berbanding dengan kita. Menariknya Green School ini selain aktiviti yang berteraskan kepada pemeliharaan alam sekitar, adalah bangunan sekolah yang dibuat sepenuhnya menggunakan buluh. 

Bukan setakat sekolah, jambatan yang terdapat disini juga dibuat menggunakan buluh. Buluh yang digunakan adalah buluh yang berkualiti tinggi dan diperolehi sebahagian material tersebut dari Bali dan provinsi lain di Indonesia seperti Jawa.

Khemah ini digunakan untuk aktiviti luar...banyak nyamuk kat sini!


Salah satu bangunan kelas. Material menggunakan buluh dan rotan sepenuhnya. Jerami digunakan sebagai atap dan perlu ditukar setiap tiga tahun.



Rekabentuk bumbung yang menggunakan sepenuhnya material seperti buluh dan rotan

Selain itu, rekabentuk sekolah ini direka dengan konsep terbuka. Dalam hal ini, takde lah nak pasang pendingin udara. Keadaan sekeliling yang redup memberi keselesaan di sini. Buat masa ini terdapat 360 pelajar dari serata dunia mengikuti pengajian disini. Mostly adalah dari Europe dan 46 orang tenaga akademik dari pelbagai negara berkhidmat di sini.

Pengajian menggunakan sepenuhnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia wajib dipelajari. Untuk sertai tour di Green School setiap pelawat dikehendaki membayar IDR190,000 atau bersamaan lebih kurang RM62.00 sahaja. 

Day 3

Hari ketiga aku ke Ubud. Apa yang menariknya pekan Ubud ni?, di sinilah terletaknya Art Market yang menjadi tumpuan pelancong untuk mendapatkan sovenier dan barangan seni penduduk tempatan. Selain itu, layout pekan Ubud yang menggabungkan seni bina kota lama dan bangunan baru menarik pecinta senibina untuk berada di Ubud.


Sebahagian Art Market Ubud


Ubud Town ni bukan lah besar mana, biasanya tourist akan berkeliaran sekitar Jalan Raya Ubud dan Jalan Moneky Forest





Lepak-lepak sambil minum air kelapa berlatarbelakangkan paddy terrace..layan je

Kedudukan Ubud yang di kelilingi hutan, sawah padi, kebun kelapa menjadikan Ubud destinasi utama bagi foreigner. Penulis novel terkenal Eat, Pray dan Love iaitu Elizabeth Gilbert mendapat ilham semasa beliau bermusafir di Ubud. Selain persekitaran yang tenang dan mendamaikan, 

Ubud juga terkenal sebagai pusat seni di provinsi Bali dimana ramai pemahat batu dan pengukir kayu berasal dari Ubud. Berdasarkan perbualan aku dengan penduduk tempatan, kemahiran ukiran diperturunkan dari satu generasi ke generasi. 

Aku kasi promo Spa Maya Ubud...sapa ada duit boleh lah pi sini! (ihsan Google)


Salah satu resort yang ada di Ubud..pun sapa ada duit berkantung-kantung boleh pi sini jugak (ihsan Google)

Ubud juga terkenal dengan tempat yang menyediakan kepelbagaian makanan samada antarabangsa dan tempatan. Korang berbual lah dengan mat-mat Salleh yang menetap di Ubud, mereka akan memuji keenakan makanan di sini. Malangnya semua yang enak-enak itu adalah tidak halal. 

Di Ubud terdapat puluhan penginapan berbentuk resort dan villa yang menarik untuk didiami. Kebanyakan resort dan villa ini terletak dipinggir hutan mahupun di tepi sawah padi. Kebanyakan resort dan villa di sini diusahakan dan dimiliki oleh orang asing. 

Day 4 & 5

Hari ini aku relax sahaja. Morning walk di sekitar Pantai Kuta sebelum breakfast. Waktu tengahari aku ke Discovery Shopping Complex yang terletak berhadapan dengan Pantai Kuta. Sekitar 10 minit berjalan kaki dari penginapan. 

Tak banyak perkara yang boleh dibuat disini selain window shopping dan lepak-lepak di Starbuck Café. Takde apa yang menariknya Discovery Shopping Complex ni, lebih kurang sama aje dengan mall di Kuala Lumpur tu. Lastnya aku lepak je kat Starbuck yang menghadap Jalan Kartika Sari yang sentiasa sibuk tu. Sambil minum Java Chip Frap dan cheese carrot cake..layan la jugak. 




Discovery Shopping Mall


Lepak di Starbuck Beachwalk Mall


Cinema XXI Beachwalk Mall. Layan lah apa yang ada


Waktu petang aku ke Beachwalk Mall, berhadapan Pantai Kuta juga. Di sini terdapat satu-satunya Cineplex di Bali iaitu Cinema XX1 ni, so dua hari aku lepak sini. Apa yang bestnya Cinema XXI adalah seleksi makanan yang boleh kita beli. Tak mcm kat Malaysia, lagi2 pop corn, nugget, karipap. Kat sini korang boleh order sandwich, burger, spaghetti, french fries yang panas, desert. 

Lepas habis movie aku lepak di Coffe Bean di Beachwalk yang menghadap Pantai Kuta. Tak tau kan nak buat apa, just tengok orang lalu lalang dan yang penting wifi laju di sini.

Catatan penting terhadap Bali.

Bali Architecture

Salah satu perkara yang belum aku highlight disini adalah berkaitan dengan architecture Bali. Kalau korang minat kepada interior design dan architecture, Bali Architecture adalah suatu perkara yang perlu diberi perhatian. Konsep rekabentuk bangunan di Bali menggabungkan elemen air dan udara selain unsur tradisional Bali yang menggunakan material yang berasaskan bahan semula jadi seperti kayu, buluh dan rotan. 

Selain itu, rekabentuk bangunan juga diadaptasi daripada konsep hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam sekitar.

Kalau korang menginap di Villa, anda akan lebih memahami konsep rekabantuk Bali berbanding anda menginap di resort mahupun hotel. Kebanyakan villa dibina dengan konsep terbuka. Dalam hal ini, sistem pengudaraan adalah penting dalam konsep Bali.  

Rekabentuk bumbung dibuat secara meninggi dengan penggunaan material seperti buluh dan rotan menjadi bahan utama. Sistem pengudaraan yang baik dan rekabentuk bumbung yang tinggi ini menghasilkan ventilation yang baik untuk sesebuah bangunan.

Fungsi ruang juga memainkan peranan penting dalam rekabentuk Bali. Fungsi Ruang dibahagikan kepada penggunaan tertentu seperti fungsi kemanusiaan (ruang tamu, bilik tidur, dapur), fungsi alam sekitar (kebanyakan villa di Bali menyediakan halaman untuk tujuan ini) serta hubungan spiritual. Kesemua ruang ini saling berinteraksi secara harmoni untuk mewujudkan keselesaan kepada penghuni.


Contoh floor plan Modern Bali Home Design. Kebanyakan rumah moden menggunakan konsep terbuka bagi mendapatkan sistem pengudaraan yang baik. (Sumber : Google) 


Antara perkara yang menarik perhatian juga adalah konsep guardian wall. Kalau dilihat kepada rumah Bali, kebiasannya akan dikelilingi tembok batu. Tujuannya adalah untuk mewujudkan suasana privacy kepada penghuni pada masa yang sama menurut kepercayaan mereka guardian wall ini juga boleh menghalang semangat jahat daripada memasuki rumah. 

Secara keseluruhannya konsep bali dalam rekabentuk bangunan menghasilkan ruang privacy yang sangat selesa dengan sistem pengudaraan semula jadi yang baik dan kerhamonian antara ruang. Konsep ini membawa nama Bali terkenal ke seluruh dunia.

Sunday, 3 April 2016

Cyberview Lodge & Spa Resort Cyberjaya

Ini percutian paling malas dan paling dekat....sebabnya mungkin dah terlalu kerap travel ke destinasi yang terletak di luar Lembah Klang, saya melihat perlunya saya bertukar angin ke destinasi  yang tidak jauh dari rumah. Makanya, setelah digoogle lokasi hotel di sekitar Lembah Klang, Cyberview Lodge dan Spa Resort Cyberjaya berjaya menambat hati saya untuk menghabiskan masa hujung minggu pada 26-27 Mac yang lepas ...kui2. Punyalah jauh  resort ni dari rumah saya..hanya 10 minit  memandu (4.5 km). 

Katanya Cyberview Lodge ini menjadi tumpuan warga kota untuk menghabiskan masa hujung minggu berikutan lokasi yang tidak jauh dari Kuala Lumpur. Selain itu, suasana disini juga agak berbeza dengan mana-mana hotel/resort yang terdapat di Lembah Klang di mana kawasan hotel ini dikelilingi dengan pokok kelapa sawit yang menyerlahkan identiti hotel ini seolah-olah tersembunyi dari hiruk pikuk kota. Tidak cukup dengan itu, ianya terletak di bandar utama multimedia super corridor yang menempatkan pejabat-pejabat MNC ICT menambahkan lagi gah resort ini. Suatu ketika dahulu, resort ini menjadi lokasi penting bagi penganjuran persidangan APEC yang dihadiri oleh ketua-ketua Negara dari ASEAN dan negara kuasa besar yang lain.

Saya check-in lebih kurang jam 3.00 pm, proses untuk check ini mengambil masa yang agak lama. Saya akui perkara ini bersetuju dengan beberapa komen blogger lain berkenaan proses daftar masuk di sini. Seorang guest mengambil masa lebih kurang10 minit untuk diselesaikan proses check-in, meskipun ketika itu terdapat 3 orang receptionist menguruskan pendaftaran masuk. Kadar harga bilik berjumlah RM260.00 termasuk breakfast. Ok lah ratenya untuk hujung minggu. Untuk buffet breakfast di disediakan di Verandah Cafe yang terletak berhadapan dengan kolam renang. 

Selepas daftar masuk dan berehat sebentar di bilik, tanpa buang masa kami bersiap-siap ke kolam renang. Terdapat 3 peringkat kolam renang, kolam paling atas sekali sesuai untuk anak-anak dibawah umur 5 tahun. Peringkat kedua untuk orang dewasa dan kanak-kanak 7 tahun ke atas dan paling bawah sekali sesuai untuk kanak-kanak 5 tahun keatas. Kesemua kolam renang agak luas dan tidak perlu berebut-rebut dengan pengunjung yang lain. Bab kolam renang ni saya bagi 5 star kepada Cyberview Lodge kerana memenuhi keperluan semua peringkat umur. Selain itu, kolam renang di sini tidak mengenakan syarat pakaian renang yang ketat kepada pengunjung. So, ikut gaya masing-masing nak pakai apa pun semasa swimming.

Memandangkan tujuan ke sini pun hanya untuk bersantai-santai dihujung minggu semata-mata, maka masa terisi hanya di resort. Bilik yang disediakan sangat memuaskan. Setiap bilik dilengkapi dengan bath tub. Foto bagi keadaan bilik boleh di google dalam blogger yang pernah bermalam di sini. Bagi mereka yang pertama kali ke Cyberjaya, saya sarankan ambil sedikit masa untuk mengunjungi tempat-tempat menarik di sini seperti Taman Tasik Cyber, Masjid Raja Haji Fi-Sabilillah (masjid pertama di Malaysia yang dianugerahi dengan Platinum - Green Building Index), membeli belah di D'Pulze atau ke Alamanda Putrajaya.

Cyberjaya juga boleh dianggap syurga makanan. Anda boleh ke  Shaftbury Square untuk menikmati Chinese Cuisine seperti di Salam Noodle, atau makanan Thai di Aroi Thai. Nak mengopi anda boleh ke Starbuck atau O'Briens Sandwich CafeSelain cafe antarabangsa, anda juga boleh nikmati hidangan tempatan seperti di Restoran Nasi Kak Wok, Kedai Makang Nasi Dagang, Mat Ayam Kampung, Puffy Buffy Cafe, Restoran Padi selain nasi ayam penyet di food court terminal bas Cyberjaya. Di Cyberjaya juga terletaknya beberapa restoran yang cukup terkenal seperti restoran Saba' (bersebelahan di D'Pulze yang menyediakan arab cuisine), Homist Chinese Muslim Restaurant di D'Pulze dan beberapa restoran antarabangsa. Cyberjaya saya anggap sebuah perbandaran baru antarabangsa yang sedang membangun. Selain itu, di sini terletaknya syarikat IT gergasi antarabangsa dan pakar IT dari pelbagai negara bekerja di sini.


Setakat ini sahaja catatan saya. Cyberview Lodge sangat recommended bagi anda yang ingin melarikan diri sebentar dari suasana kota tanpa perlu berjalan jauh. So, kita layan gambar yang sempat saya snap di Cyberview Lodge and Spa Resort, Cyberjaya.


Swimming pool untuk kanak-kanak bawah 5 tahun

See..macam kat tengah hutan.. pool untuk orang dewasa
Italian Restaurant..tak makan pun kat restoran ni

Bilik penginapan...disini anda boleh park kenderaan di hadapan bilik.
Blok yang menempatkan lobi utama resort

Lagi ..di sekitar resort..

Verandah Cafe berhadapan dengan pool..saya bagi 4.5 bintang untuk hidangan breakfast


 




Wednesday, 10 February 2016

Korea 2007

Semasa membelek album lama, kepingan gambar lama semasa ke Korea sekitar tahun 2007 menggamit memori. Tujuan  ke Korea sebenarnya bukanlah untuk meneroka tempat-tepat menarik di sana, tetapi lebih menemani makcik aku untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya yang sudah tamat belajar di Seoul University. 

 Menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines, aku dpt tiket free dengan penebusan mata ganjaran Enrich Card. Ketika itu aku adalah pemegang Enrich Gold. Dengan jumlah mata yang ada melayakkan aku mendapat tiket percuma ke Korea dan layak pula untuk memasuki Golden Lounge di KLIA dan Inchoen Airport meskipun menaiki kelas Ekonomi.

Perjalanan waktu itu di bulan Febuari dan berada di pertengahan musim sejuk. Selamba aje aku pakai t-shirt biasa semasa tiba di Airport dan ditegur oleh salah seorang penumpang warganegara Korea yang mengingatkan aku suhu di Seoul sudah mencapai -5`Cel...haha. Terus aku cari jaket!. Tiba di Incheon Airport kira-kira jam 8.30 pagi, dengan kabus tebal dan suhu -5 memang malas nak keluar dari airport. 

Perjalanan memakan masa hampir sejam dan apabila tiba di salah satu destinasi yang aku pun  tidak ingat tempatnya kami bertukar kepada teksi pula. Part menaiki teksi ini sangat challenging, kami terpaksa menaiki dua teksi berasingan dan sepupu aku sebaik mungkin memberi arahan sejelasnya kepada pemandu teksi yang aku naiki manakala beliau menaiki teksi bersama makcik aku. Masalah bahasa memang ketara di Korea kerana tidak ramai dikalangan mereka boleh berbahasa Inggeris.


Kawasan kampus Korea University


Untuk hari pertama aku hanya berehat sahaja dan menghabiskan bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia. Musim-musim sejuk gini dapat makan dapat makan nasi panas dengan sambal ikan bilis memang padu!.Tak cukup dengan itu, aku rendam maggi sebagai menandakan akua telah selamat tiba ke negara orang. Memang itulah habit aku bila ke luar negara. 


Walaupun macam setinggan, tapi kawasan perumahan diorang bersih dan teratur.


Pada waktu petangnya aku dibawa ke kampus dimana beliau belajar yang hanya terletak bersebelahan di rumah sewaannya. Aku hanya berjalan disekitar kampus dan sepupu aku menunjukkan  blok akademik di mana beliau menuntut ilmu. Sebagaimana kampus di negara lain, kampus di sini bersifat terbuka. Tiada pondok pengawal yang akan memeriksa kenderaan keluar masuk. Kampus universiti diihat sebagai sebahagian daripada komuniti di sana.



Waktu pagi di Itaewon dengan suhu mencecah -15'C

Hari kedua aku dimaklumkan salji akan turun pada hari ini. Aduss, bertambah sejuklah nanti. Dijangkakan suhu lebih sejuk pada hari semalam dan akan mencecah -15 ke -20 darjah celcius. Hurmm, takpe lah, yang penting pagi ni aku nak mandi dulu sebelum keluar merayau. Elok aje aku buka paip, cepat-cepat saya menutupnya. Haha...tak mandi pagi arini..sekian terima kasih.

Meskipun mereka bukan beragama Islam, kebersihan gerai makanan di sana dan cara penyediaan yang bersih dari sebarang penggunaan bahan yang meragukan tidak menyekat selera kami untuk menikmati hidangan tempatan. Oh ye, menu di Korea lebih kurang sahaja dengan menu kita disini. Contohnya ikan dimasak asam pedas tetapi menggunakan kaedah rebusan. Selain itu, restoran yang menjual makanan halal mudah didapati di sekitar Itaewon. Di sini terletaknya Seoul Mosque satu-satu masjid yang menjadi tumpuan masyarakat Islam untuk menunaikan ibadah.

Dua hari sebelum majlis Konvokesyen, kami dipelawa untuk menghadiri jamuan makan tengahari anjuran Korea University khusus untuk pelajar dan keluarga dari Malaysia. Perghh..baiknya pengurusan universiti diaorang. Jamuan diadakan di salah satu restoran makanan arab. Jamuan makan tengahari berjalan secara ringkas dengan pengisian ucapan wakil pelajar Malaysia dan ucapan balas oleh Dekan. Semua ucapan dalam bahasa Korea. Selamba aje budak-budak Melayu kat sini cakap bahasa Korea macam air. 


Lunch student Malaysia dan family dengan pengurusan Universiti.



Konvokesyen diorang just lepak-lepak kat luar ngan family dan teman sekuliah

Tamat sahaja jamuan makan tengahari, aku dan beberapa keluarga pelajar yang lai merancang untuk menghabiskan masa membeli belah. Baru meriah pi ramai-ramai ye tak. Biasalah bila travel dengan makcik-makcik ni kejanya nak shopping, terimalah hakikat ini dengan hati terbuka.

Bagi memenuhi impian mereka dan makcik-makcik dari Malaysia, makanya destinasi pertama pada hari ini ialah ke Namdaemun. Destinasi membeli belah yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia katanya. Aduss..layan aje lah. Memang betul lah, di gerai yang menjual brooch, hanya orang Malaysia aje yang memenuhi kedai-kedai di sini. 

Selain aktiviti membeli belah, aku juga  berjalan di sekitar bandar Seoul. Antara lokasi penting yang mesti dilawati oleh setiap pengunjung luar adalah ke Cheonggyecheon. Sebatang sungai yang suatu ketika dahulu tercemar teruk. Walau bagaimanapun, sungai tersebut telah melalui proses pemulihan dan hari ini sungai tersebut telah pulih sepenuhnya dan menjadi tumpuan masyarakat tempatan berekreasi pada masa lapang.





Setakat ini itu sahaja catatan ringkas perjalanan saya ke Korea sekitar februari 2007. Takde nya nak ke Nami Islands atau Jeju Islands yang menjadi destinasi wajib rakyat Malaysia ke Korea. Pada waktu itu, Korea bukanlah destinasi popular rakyat Malaysia ke sana. 

Memang tak masuk dalam wish list lah. Kpop pun belum lagi waktu itu. Apapun Korea sebuah negara yang menarik untuk dilawati dan menarik banyak pengunjung dari luar terutamanya Malaysia. Jika anda bertuah, anda dapat tiket murah yang ditawarkan Airasia ke Seoul.