Aloooha….kali ni aku ke Hawaii. Terletak
di kepulauan Pacific Ocean, Hawaii berada di garisan tropika, senang cakap
takde lah nak feeling empat musim. Mcm kat kt Malaysia je cuacanya.
Pokok kelapa ada dimana-mana dan menjadi sebahagian lanskap di Hawaii |
Hawaii adalah salah satu state di US dan hanya baru menyertai US pada tahun 1959. Hawaii adalah satu-satunya state di US yang terletak di Oceania dan diluar daripada Amerika Utara. Penduduk asal Hawaii secara fizikalnya tak banyak beza dengan kita orang Asia
atau mcm org Melayu sendiri.
Kadang2 tak rasa sgt pun macam kau pergi
ke US sebab muka mcm Pak Lang, abang long kawasan, Kak Limah bersepah2 esp yang
bekerja di kedai2 runcit/cafe kat sini..haha. Kadang2 nak je tegur tanya khabar
diorang dalam bahasa melayu.
Visa ke US
Seperti biasa rakyat Malaysia kena lah
apply Visa. Better korang apply sebulan awal atau lebih awal lagi dari tarikh
perjalanan. Apply secara online dan ada banyak soalan yang perlu korang jawab
antaranya latar belakang keluarga, tujuan lawatan, penginapan, contact person,
penglibatan kau dalam terrorisme dan aspionage, etc..mencabar dan penat jugak
nak siapkan.
Dah siap, nanti akan ada slip pengesahan
penghantaran permohonan secara online dan korang kena print salinan pengesahan untuk
dibawa ke US Embassy di Jalan Tun Razak.
Bayaran RM760 tak silap untuk permohonan
biasa. Aku dibawah kategori urusan rasmi makanya bayaran tersebut tidak
dikenakan. Normally satu minggu sahaja proses visa dan pada tarikh yang
ditetapkan kau kena dtg untuk collect..kalau takde clear..your visa will be
approved.
Penerbangan
Tiada penerbangan terus dari
Kuala Lumpur ke Honolulu (Hawaii). Option terbaik korang boleh book Airasia yang telah perkenalkan
route ke Honolulu dengan transit di Osaka.
Penerbangan aku ke Hawaii dengan United
Airlines/All Nippon Airways (ANA), code sharing KLIA-Narita-Honolulu. Pesawat akan transit terlebih dahulu di Narita International Airport.
Tempoh transit selama 4 jam di Narita bolehlah jamakkan solat zuhur dan asar. Ada prayer room disediakan berhampiran departure gate no 28.
Tak terlalu besar, tapi cukup untuk memuatkan 10 jemaah dalam satu-satu masa. Tempat ambil wuduk disediakan didalam.
Lepas tunaikan kewajipan, mula lah perut minta diisi. Halal food tak banyak pilihan, makanya aku order je fish and chips sahaja.
Tak terlalu besar, tapi cukup untuk memuatkan 10 jemaah dalam satu-satu masa. Tempat ambil wuduk disediakan didalam.
Lepas tunaikan kewajipan, mula lah perut minta diisi. Halal food tak banyak pilihan, makanya aku order je fish and chips sahaja.
Signboard menuju surau terletak berhadapan Gate 28 |
Pukul 6.55pm aku bertolak pulak ke
Honolulu dengan United Airline. The best part was aircraft yg aku naik ni ada
masalah entertainment system. Huhu..memang masak lah, camna nak mengharung tujuh
jam tanpa ada benda ni…sib baik aku naik kelas ekonomi, kena naik business
maunya mengamuk…
Untuk refreshment dalam flight takde masalah sebab organizer dah request halal food untuk kedua-dua penerbangan semasa tempahan ticket dibuat.
Where to stay?
Aku menginap di
apartment di Nahua St. Dari penginapan aku ke Waikiki Beach ni dalam 5
minit berjalan kaki. Waikiki adalah kawasan tumpuan pelancong di Hawaii selain
beberapa pantai lain.
Apartment aku di blok paling tinggi |
Waikiki beach |
Studio apartment aku lengkap
dengan ruang tamu, kemudahan untuk memasak, mesin basuh/pengering dan maid service. Satu
apartment utk aku sendirian.
Kemudahan di apartment |
View dari dapur apartment aku, sambil masak sambil tgk driving range, mainnya tak gheti.. |
Shopping in Hawaii
Aku jarang masukkan part ni dalam previous
visit aku, tapi kali ni aku masukkan sebab tak banyak maklumat tempat shopping
di Hawaii oleh Malaysian blogger. Mungkin Hawaii ni bukan syurga membeli belah
berbanding dengan state lain di US.
Actually ada tempat yg agak heaven untuk
korang shop dengan kadar harga yg jauh lebih murah (even kalau kau dah convert
RM pun). Ni aku senaraikan tempat yang menarik untuk kau shopping.
Ross Less For Dress
Store Ross ni tak jauh dari apartmen aku,
lima minit jalan kaki dah sampai. Store ni jual barang-barang branded dengan
diskaun yang gila babi..konsep item off
season dijual di sini.
Kalau korang nak beli baju, kasut sukan,
kasut casual better cari kat sini (branded). Tapi kekurangannya, kau kena
lebih tabah utk cari baju/kasut yg sesuai, sebab dia jual tak ikut brand.. dia
susun ikut saiz tanpa mengikut brand.
Walaupun kau dah convert RM, ianya still
jauh lebih murah lagi. Yang bestnya dia bukak sampai pukul 1.00am. Walaupun off
season, tapi takde lah nampak tertinggal jauh sangat. Banyak gak item aku beli kat
Ross..memang puas hati.
Naval Exchange (NEX) dan Commassiory
NEX adalah pusat membeli belah khusus
kepada US Army dan anggota keluarga mereka sahaja, serta pelatih di kolej
tentera bawah US Govt.
Nak masuk kena tunjuk kad (Military Card)
untuk diverify. Takde kad kau sama sekali tak boleh masuk. Since aku ni layak
untuk masuk dan shop kat NEX, maka aku kerap ke sini.
NEX untuk store department. Pakaian,
kasut, barangan elektrik, keperluan dapur dan keperluan peribadi dijual disini.
NEX |
Manakala commassiory menjual grocery.
Harga kat sini juah lebih murah dari kat luar. Sebagai contoh, telur satu tray
dalam USD2.50 sahaja. Susu 2.5l dalam USD3.50..giler murah.
Seluar Dockers dalam USD30 sahaja. Levis
Jeans kau boleh dpt dlm USD32.00. Belum lagi kasut branded, baju t-shirt.
Memang rambang mata lah kalau kau kat sini. Yang paling best, setiap belian kau
tidak dikenakan cukai!.
Kau ghasa? |
Food Pantry
Ni port aku kalau last minute nak beli grocery. Mcm2 ada disini dari
sayur, buah-buahan, susu, juice, makanan ringan..etc.
Adakalanya diorang buat promosi juga, not bad. Yg penting kau
rajin survey harga dan tengok item mana yang ada promo.
Food Pantry |
Juice agak murah dengan isipadu 2.0l. Tapi harga bawang agak
melampau, ada ke diorang jual harga sebijik bawang besar USD3.29, bukan dijual
mengikut lbs. Takat nak beli barang satu dua tu, pegi je sini, tak payah nak
pegi Commissiory.
Waikele Premium Outlet
Agak jauh dari Waikiki, dlm 40-45 minit perjalanan dengan
public transport dari Waikiki. Amik bas E ke Ewa Beach dan bas akan berhenti
tak jauh dari Waikele Premium.
Seperti biasa, premium outlet jadi tumpuan untuk branded item
yg murah. Yang bestnya pada 8 Okt. 2018 adalah cuti umum sempena Columbus Day,
dan diorang top up lg discount 20% utk item tertentu daripada discount sediada
sebanyak 70%.
Aku sambar juga lah messenger bag Coach dengan harga USD88
berbanding harga asal USD375.
Nordstrom Rack
Port aku shop kat Waikiki. Branded item dengan harga discount
yang tak mengecewakan. Sebelah blok International Market shj. Nak cari long
sleeve shirt branded, seluar disini tempatnya. Worth it untuk berbelanja.
ABC Store
Berlambak-lambak ABC Store kat Hawaii ni. Convenient store mcm
7-E. Tapi aku nasihatkan better tak usah habiskan duit kat sini untuk beli
souviner. Harga agak tinggi dan tak berbaloi. Tapi kalau dah terdesak kau beli
ajelah.
Kadang2 diorng buat promosi dan agak berbaloi jugak kaorang
grab. Aku selalu gak singgah untuk beli muffin dan cut fruits.
Aloha Stadium Swap Meet and Marketplace
Nk beli souvenir murah2 kaorang boleh datang sini. Konsep macam
pasar karat, pasar tani Shah Alam dan hanya dibuka pada hari Rabu, Sabtu dan
Ahad sahaja dari jam 7.00am hingga 3.00pm.
Kat sini boleh dapat fridge magnet, keychain dalam USD1.00
setiap satu. Kalau kat area Waikiki USD10.00 baru dapat 4. T-Shirt yg ada print
Hawaii pulak kau boleh dapat USD20.00 7 helai.
Selain tu, pasar ni juga tumpuan untuk cari barang-barang antic
dan rare dengan harga yg murah. Bukan itu aje, kalau kau nak cari serai, cili
padi, buah sukun, sayur-sayur asia boleh jugak beli kat sini.
Dan kau selalu kena update maklumat pasar ni, jika ada game di
Stadium pada hari berkenaan, pasar tidak akan beroperasi.
Things to do..
Weekdays, aku busy dengan urusan kerja, makanya
waktu petang adalah free and easy. Since location apartment aku berhampiran
dengan Waikiki beach, takkan lah aku nak mereput kat bilik ye tak.
Setiap petang aku jog kat Ala Wai Canal
atau sekitar Waikiki Beach. Penah tengok kan drama Hawaii Five-0..acah2 mat
salleh muscular yg jog tepi pantai tu, salah sorang tu aku lah…hahaha.
Penuh dengan manusia |
Senja di Waikiki |
Lagi gambar Waikiki beach..huhu |
Kalau tak jogging, aku habiskan masa swimming kat Waikiki Beach. Selain mandi manda, sini juga adalah lokasi surfing terbaik memandangkan keadaan ombak yang kuat dan agak tinggi. Aku tak amik package surfing, i'm not good in body balancing..penat turun naik surfboard je nanti.
Banyak operator surfing di Waikiki Beach tawarkan sewaan surfboard pelbagai saiz. |
Kat sini sempatlah aku sunbathing cam mat salleh yang selalu buat tu..huhu..tak sampai 5 minit aku bangun..panas beb...hahaha. Ada masa aku lepak kat Starbucks atau
mana-mana café sambil-sambil tengok orang lalu lalang. Hawaii ni tak pernah tak
ramai orang esp hujung minggu.
Sightseeing
Tak banyak info aku dapat dari google
pengalaman rakyat Malaysia ke Hawaii. Mungkin sebab kos yg agak tinggi dan
faktor perbezaan masa yg agak jauh. Aku notice Hawaii pun bukan destinasi utama
traveller dari Malaysia. Tapi aku sempat visit tempat-tempat berikut untuk panduan
korang.
Pearl Harbour dan Arizona USS
Ramai tahu kisah pengeboman Pearl Harbour
oleh tentera Jepun pada 7 Disember 1947? Kalau tak tau cepat2 google. Serangan tentera
Jepun keatas US di Pearl Harbour menjadi sebab berlakunya World War 11.
Mendung setibanya di Pearl Harbour |
Memang ramai tourist datang kesini. Ada dua blok muzium untuk kau kunjung dan wajib tonton tayangan dokumentari Pearl Harbour untuk lebih mudah kau paham kronologi peristiwa.
Tak tau motif bergambar depan model roket |
Habis tayangan video, kau akan dibawa dengan bot untuk meninjau lokasi sebenar Arizona USS tenggalam bersama mangsa yang terperangkap dalam kapal.
Monumen ini didirikan betul-betul di atas Kapal Arizona yang tenggelam dan mayat US Army bersemadi didalam kapal tersebut. |
Ada sebuah platform didirikan diatas
Arizona USS bagi membolehkan pengunjung meninjau dengan lebih dekat keadaan
Arizona USS. Untuk makluman, mayat anggota tentera US yang terkorban dalam peristiwa ini tidak dibawa keluar dari kapal dan masih kekal berada di bawah.
Hiking di Diamond Head State Monument
Lokasi wajib kalau kau nak tengok
keseluruhan Waikiki. Kalau kau lepas hiking kat Bukit Broga makanya
inshaAllah kau lepas lah hiking Diamond Head ni.
Puncak Diamond Head |
Nampak mcm mudah sebab diorang dah sediakan track, normally amik masa 30 minit untuk sampai ke puncak. Aku dapat buat 20 minit. Ada juga yang tak sampai ke puncak. Penat beb..mengah. Tapi bila dah sampai atas memang puas hati lah. Korang akan dapat menikmati pemandangan pantai Waikiki dan sekitarnya.
View dari puncak Diamond Head |
Trek disediakan untuk sampai ke puncak |
Diamond Head ni dulu adalah bekas gunung
berapi (meletus ribuan tahun dahulu) dan pembentukan kawah gunung berapi
seolah-olah sebuah mutiara. Diamond Head ni mendapat nama apabila ada seorang
pelaut inggeris yang menyangka terdapat mutiara dibawah kawah gunung
berapi ini.
Bukti aku dah sampai Diamond Head |
Aloha Festival Weeks
Kebetulan pada 22 dan 29 September, ada
pesta Aloha diadakan di Waikiki. Aku sempat join pada 22 Sept. Ada local
performance lagu-lagu traditional Hawaii dan local dance (hula dance), jualan gerai
cenderamata, makanan dan pakaian. Agak menarik dan layan jugak lah esp local
perfomance.
salah satu gerai menjual cenderamata |
Polynesian Cultural Village
Lokasi wajib pergi kalau ke Hawaii. Konsep mcm Mini Malaysia atau Kg Budaya Sarawak. Tapi yg ni
lagi bagus berkali ganda dari yg ada di Malaysia.
Patutlah lama tak nampak Abg Daud kt kampung, rupanya dok ngajar ngukur kelapa kat Hawaii.haha |
Traditional dance dari Tahiti pavillion |
Aku sempat singgah di pavillion Samoa, Tahiti, Hawaii, Tonga, Fiji dan New Zealand. Semasa di pavillion Samoa,kitorang diberi penerangan cara hidup mereka yg tak jauh beza dari budaya kita orang Melayu.
Aktiviti mengopek dan mengukur kelapa, memerah santan untuk masakan, membuat penyapu lidi, sebijik mcm kt kampung2 kita sini. Serius, feeling mcm kat kampong masa aku kecik!
Permulaan kepada penghijrahan penduduk Ocean Pacific |
Jam kul 2.30pm ada pula Canoe Show, memang best gila betul performance diorang, extravaganza! Menceritakan bagaimana permulaan budaya masyarakat di Oceania dan hubungan antara satu etnik kepada etnik lain melui perkahwinan dan hubungan antara kerajaan.
Canoe show setiap 2.30 pm.. |
Tiket untuk masuk USD85 tidak termasuk
pengangkutan.
Hanauma Bay
Port snorkeling utama di Hawaii. Dulunya Hanauma
Bay ini hanya untuk golongan bangsawan dan raja diorang. Lebih kurang 20 minit
perjalanan dengan kenderaan dari Waikiki ke Hanauma Bay.
Hanauma Bay dari atas bukit |
Untuk masuk, bayaran USD7.50 dikenakan.
Konsep snorkeling tepi pantai mcm di Taman Tunku Abd Rahman di Kota Kinabalu
dan Pulau Payar Langkawi.
Personally bagi aku takde lah menarik
sangat snorkelling disini. Sebab aku ada experience lagi best snorkelling di
Krabi dan Pulau Perhentian. Tapi kena datang juga sebab kat dah sampai
Hawaii..tu aje.
Bishop Muzium
Untuk pecinta sejarah, disinilah tempatnya
untuk korang mengetahui secara lebih mendalam sejarah peradaban dan budaya masyarakat asli di
Hawaii.
Banyak aku belajar dari lawatan ke Muzium
ni. Untuk makluman korang, Hawaii ni dulu adalah sebuah negeri Monarki yang
diperintah oleh institusi DiRaja. Walaupun begitu, institusi Raja Hawaii dimansuhkan
berikutan penyertaan Hawaii sebagai salah satu state di US.
Aku juga dimaklumkan bahawa keturunan keluarga
monarki Hawaii masih lagi wujud sehingga. Mereka dimaklumkan menetap di Florida dan hidup sebagai rakyat
biasa. Sekali-sekala mereka turun ke Hawaii untuk melawat tinggalan nenek
moyang mereka.
Bangunan utama muzium |
Orang Hawaii pada permulaan tamadun
merupakan pelaut/nelayan yang hebat. Punca rezeki mereka pada aktiviti
perikanan. Selain itu, keberanian mereka meredah lautan terbuka dengan
berpandukan bintang dan arus air juga menjadi kebanggaan orang Hawaii.
Model kapal nelayan di kepulauan ocean satu ketika dahulu |
Populasi Hawaii mengalami penurunan yang
drastic sekitar tahun 1890 berikutan penularan wabak penyakit dan mencatatkan
bilangan kematian yang tinggi.
Sehubungan dengan itu, immigrant Jepun
yang mula datang pada tahun 1890, imigran China dan Amerika Selatan yg datang
sekitar 1930 sedikit sebanyak mengubah jumlah populasi penduduk. Diikuti
imigran dari Filipina sekitar tahun 1960 dan beberapa imigran dari
Negara-negara Asia Tenggara.
Dewan pameran utama Bishop Musuem |
Untuk makluman, populasi Hawaii hampir
separuh daripadanya adalah berketurunan Asia. Awal kehadiran mereka adalah
untuk membantu perkembangan aktiviti pertanian dan perniagaan. Dan keturunan
mereka ini telah menjadi sebahagian daripada warganegara US.
LGBT Parade
Haha..mcm haree. Aku sempat melihat perarakan LGBT di Hawaii. Bukanlah asing bagi
Negara-negara barat perarakan seperti ini diadakan setiap tahun.
Bukanlah bermaksud aku menyokong perjuangan
mereka ni. As usual, perarakan penuh warna warni dengan berlatarbelakangkan
warna pelangi (warna rasmi LGBT).
Entah apa yang diperjuangkan |
Sepanjang perarakan diadakan, boleh aku
simpulkan bahawa hampir 70% peserta yang sertai perarakan ini adalah golongan
normal, tetapi kehadiran mereka lebih sebagai menyatakan sokongan kepada
perjuangan yang dipromosi oleh LGBT.
Bagi aku, keterbukaan masyarakat dan
penerimaan terhadap golongan ini bukanlah perkara baru. Apapun aku harap
perarakan seperti ini tak akan berlaku di Negara kita.
What to eat?
Makanan halal sangat sukar nak dapatkan di sini. Memandangkan komuniti muslim pun tak
ramai, serta tidak kelihatan pelancong dari Middle East, maka mmg tak
banyak pilihan langsung.
Setiap pagi aku masak untuk lunch pack ke college. College aku takde cafe/kantin. Masak yang simple2 je, mcm nasi goreng, oglio olio, fried noodle, salmon grilled, chicken grilled, itupun member aku dari negara lain dah kagum sgt2 kat aku..haha. Sebahagian bahan2 dah siap2 bawak dari Malaysia..cuma satu je tertinggal, paste tomyam.
Setiap pagi aku masak untuk lunch pack ke college. College aku takde cafe/kantin. Masak yang simple2 je, mcm nasi goreng, oglio olio, fried noodle, salmon grilled, chicken grilled, itupun member aku dari negara lain dah kagum sgt2 kat aku..haha. Sebahagian bahan2 dah siap2 bawak dari Malaysia..cuma satu je tertinggal, paste tomyam.
Islamic Centre Hawaii, lokasi untuk menunaikan solat fardhu dan solat jumaat. |
Tapi ada beberapa restoran/café disini
yang menjual makanan halal yg sempat aku cuba, antaranya :-
Amina Pizzeria
1694, Kalakaua Ave., Honolulu
Aku dah try kedai ni, kecik aje kedainya dan dapat recommendation
yg agak tinggi dari Tripadvisor untuk kategori Pizza. Aku order all meat Pizza
personal size dengan harga USD10.45. Gila kenyang aku makan sorang pizza ni.
Not bad dan penuh dengan topping.
Meat pizza |
Bombay Palace
1778, Ala Moana Blvd, Honolulu.
Aku sempat pergi Bombay Palace ni. Tak jauh dari tempat aku
kerja.10 minit berjalan kaki aje. Pakistan/Indian cuisine disediakan mcm nasi
biryani, roti nan..etc.
Aku order briyani lamb sahaja. Portion takdelah banyak sangat,
tapi cukup untuk aku seorang dan mengenyangkan. Since aku minta more spicy, mmg
terasa lah dia punya rempah. Harga USA19.48 (termasuk tax).
Lamb beriani..not bad |
Sedikit tips, kalau korang malas nak pergi sendiri ke resto/café diatas,
korang boleh order secara online dengan download apps Food Dash. As usual ada
extra charges untuk penghantaran terus ke bilik korang.
Japanese Food
Selain tu, kalau kau jenis yg suka gile
makanan Jepun, Hawaii menawarkan pelbagai pilihan. Aku selalu beli sushi, set
bento, takoyaki di Mitsuwa yang terletak di aras 1, International Market Place.
Mitsuwa Market kat aras satu..kat situ banyak Japanese food..heaven. |
Aku yang bukan big fan Japanese food pun boleh layan benda ni.. |
Ada juga satu restoran udon noodle yg
sangat famous di Waikiki iaitu Marikume Udon. Aku tak sempat nak makan kat
situ.
Oh ye, penggunaan pork sangat meluas
disini. Even kalau kau beli bento set mackerel pun, sebelahnya ada pork bento
set. Kalau kau jenis sensitip dengan pork, sampai tak boleh nak nampak secara
fizikal, better kau masak sendiri je.
Lagi satu, dah alang2 tiba Hawaii, boleh
lah cuba Poke. Poke ni macam sashimi. Cuma yang bezanya ikan tuna mentah
diperap dengan sesame oil dan beberapa rempah ratus lain. Insha Allah halal.
Penggunaan minuman beralkohol sangat
meluas. Even kau perlu sediakan minuman kau sendiri kalau terima pelawaan
party. Aku pernah attend satu party dan tak sangka diorang serve beer dan
liquor semata-mata untuk drink. Terpaksa lah aku keluar sat cari soda..takkan
aku nak minum kot beer tu walaupun kandungan alcohol 5% sahaja.
Kesimpulan
Personally, bagi aku Hawaii ni bukanlah
satu tempat yg buatkan aku kagum sgt2 mcm aku visit London dan Republic Czech satu ketika dulu. Tarikan utama
Hawaii ini ialah beach, termasuk aktiviti air mcm snorkeling, diving, surfing, fishing selain
hiking.
Kalau kau jenis adventurous, Hawaii adalah
pilihan yang tepat. Tapi kalau kau ada kekangan bajet, makanya kau terpaksa
cari alternative lain.
Honestly, semua benda tu kau boleh buat/dapat
di Bali,Langkawi, Boracay, Phuket atau Krabi dengan kos yang sangat jauh lebih
murah. Ditambah pulak Hawaii ini mengalami iklim tropika, memang kau tak rasa
sangat duk kt US. Sejibik mcm kat Malaysia.
Cuma satu yang istimewanya disini kau
boleh enjoy dengar Hawaiian music yang bagi aku not bad. Seakan-akan genre
Jazz, kebanyakan Hawaiian muzik menggunakan gitar ataupun ukulele. Tak lupa
juga Hula Dance diorang yang sangat terkenal dan menjadi indentiti Hawaii.
Setiap malam ada show Hula Dance di International Market Place bermula jam
6.30pm.
Setiap hari jam 7.30 pm ada peformance Hawaiian Dance di International Market Place. |
Salah satu traditional dance di Polynesian Cultural Village |
Shopping memang heaven.
Walaupun kos sara hidup di sini agak tinggi, tapi ada port yg kau shopping buat kau
terhoyong hayang. Thanks to Naval Exchange (NEX), Waikele Premium Outlet, Ross,
Nordstrom Rack..kaorang memang best.
Apapun, Hawaii ni sangat popular
dikalangan pelancong Jepun, Korea selain dari US sendiri. Kdg2 kau rasa macam
kau pergi Jepun. Sana sini orang Jepun. Sejarah penempatan warga Jepun di
Hawaii pada awal 1900 sebagai pekerja ladang tebu juga menjadi sebab kenapa
ramai pelancong dari Negara matahari terbit selain dari China, Korea dan
Philipine.
Oh ye, public transport sangat awesome. Walaupun takde subway/MRT, cuma bergantung sepenuhnya kepada bas awam, teksi atau uber, tapi sangat memudahkan. Jika nak naik bas, aku hanya perlu bukak google maps, taip kemana destination, akan terpapar bus stop terdekat yg perlu kita tunggu dan bus nombor berapa perlu naik. Kat google maps tu siap update berapa minit bas akan tiba di bus stop yang kita tunggu.
Oh ye, public transport sangat awesome. Walaupun takde subway/MRT, cuma bergantung sepenuhnya kepada bas awam, teksi atau uber, tapi sangat memudahkan. Jika nak naik bas, aku hanya perlu bukak google maps, taip kemana destination, akan terpapar bus stop terdekat yg perlu kita tunggu dan bus nombor berapa perlu naik. Kat google maps tu siap update berapa minit bas akan tiba di bus stop yang kita tunggu.
Apapun aku enjoy juga lah dengan aktiviti
yang ada, dan paling best dapat teman baru dari macam2 negara.