Tak kiralah apa aktiviti yang korang
lakukan, persediaan adalah penting untuk pastikan semuanya berjalan lancar. Apatah
lagi untuk pi travel, perlu buat persediaan yang secukupnya supaya perjalanan
kita nanti berjalan lancar dan dapat elakkan mood kita terjejas sekiranya ada
apa-apa yang berlaku. Ok, berikut adalah beberapa tips saya untuk travel :-
(1)
Planning
Kena lah ada plan nak pi mana kan? Dalam negara atau luar negara?..kalau
ikutkan banyak lagi tempat tak pergi dan kalau boleh nak pi semua. Relax
bro..plan elok-elok. Untuk permulaan, korang habiskan lah travel dalam negeri.
Kenapa? Ya lor, kalau tak korang yang pi, sapa lagi kan. Konsep hujan emas di
negara orang perlu dipertimbangkan..dekat aje. Langkawi, Penang, Kundasang,
Tioman, Perhentian, Redang, Mulu, Bario, Taman Negara Pahang..bla..bla..
Dah settle dalam negeri, boleh lah plan ke negara jiran tetangga.
Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei not bad apa. Bali, Phuket, Bangkok,
Jogjakarta, Krabi, Boracay, berpusu-pusu manusia dari serata dunia datang. Dah
settle baru lah pi negara-negara Asia yang lain, Europe, negara-negara
Skandanivia, US, Australia, Afrika…bla..bla..Tapi kalau duit tu
berkantung-kantung takpelah, boleh lah pi mana-mana yang dirancang.
Sekiranya ke negara yang mengalami empat musim, pastikan juga musim yang
bersesuaian untuk kesana. Ada sesetengah org suka travel waktu winter sebab
boleh main salji..ada yg suka summer atas alasan waktu siang yang panjang dan
boleh cover banyak tempat.
Terpulang ikut kemahuan anda. Cuma perlu diingatkan,
waktu summer adalah peak season terutamanya di Europe.
Memang ramai tourist/traveler waktu itu. Winter season memang tak ramai orang, waktu siangnya pendek walaupun
begitu kedinginan yang melampau buat korang tidak tertahan nanti.
Untuk trip ke
Europe, nowadays traveller mula melihat keunikan Eropah Timur (kebanyakan
negara bekas jajahan komunis) dan negara-negara Balkan seperti Bosnia, Croatia
berbanding ke London, Paris dan Amsterdam.
(2)
Pengangkutan
Mode of transport mengikut jarak
destinasi kita. Travel dalam negeri, aku biasanya akan gunakan kenderaan
sendiri untuk perjalanan menghala ke selatan, Pahang dan Perak sahaja. Untuk
selain kawasan tersebut aku prefer naik flight.
Sebabnya, perjalanan jarak
jauh akan menyebabkan kita banyak membuang masa dan tenaga dijalan raya sebelum tiba ke
destinasi yang dirancang, selain kos petrol dan tol yang agak tinggi. Campur
tolak kos flight (of course lah guna tambang murah) dengan penjimatan masa yg korang dapat adalah sangat berbaloi.
Diluar negara, cara paling mudah untuk bergerak adalah menggunakan
public transport. Pastikan korang buat sedikit research kemudahan public
transport yang ada. Selain bas, subway, teksi korang boleh juga mencuba tram yang
banyak terdapat di Eropah. Ada sesetengah negara seperti di UK/Singapura yang
menawarkan travel card kepada pelancong untuk menggunakan pengangkutan awam
secara percuma/atau kadar yang lebih murah untuk 3-4 hari.
Guna sebaik mungkin
kemudahan tersebut. Elakkan menggunakan teksi yang tidak bermeter supaya anda
tidak dikenakan kadar yang tinggi..tapi kalau guna meter pun diorang boleh
kelentong kita..apa susah guna jalan yang lebih jauh, padahal sebelah bangunan
aje pun destinasi kita!
Penggunaan tram pun jangan naik sesuka
hati tanpa beli tiket. Pengalaman semasa berada di Prague aku dingatkan supaya
membeli tiket di kiosk dan tiket tersebut discan dalam tram. Boleh je kalau naik
free gitu aje, tapi bila pemeriksaan dibuat memang kantoi lah bro. Kadar denda
yang agak tinggi sangat tidak berbaloi berbanding harga tiket
(3) Penginapan
Aku biasanya
akan survey di Agoda, Booking, Hotels dan Trivago. Selalu lah bukak website
diorang ni kerana kadang kala diorang ada offer yang rugi untuk dilepaskan!.
Nak jimat lagi, berbuat baik lah pada rakan-rakan korang yang berhampiran
destinasi perjalanan. Mana tau mereka offer tumpang bermalam kepada anda. Jimat
duit.
Lokasi hotel juga memainkan peranan
penting, berhati-hati dengan rate hotel yang murah, tapi lokasinya jauh diceruk
rantau dan jauh dari sebarang kemudahan, sangat tidak berbaloi sebenarnya. Tapi
sekali sekala apa salahnya reward diri kita dengan penginapan selesa/mewah. Dah
penat bekerja dan tibalah masanya untuk kira merehatkan diri ye tak. Sekiranya
dengan family, hotel yang friendly kepada kanak-kanak menjadi keutamaan. Paling
penting ada swimming pool. Selesai masalah.
Ada beberapa buah hotel di Malaysia
menjadi kegemaran aku, antaranya Resort World, Langkawi, Mulu Marriott, Miri,
Everly Hotel, Miri, Hilton Kuching, Holiday Inn Kuching, Riverside Hotel,
Kuching, Promenade Hotel, Kota Kinabalu, LeMeridien Kota Kinabalu, Shangri La
Kota Kinabalu, J Residence, Kundasang, Hotel Perdana, Kota Bharu, Puteri
Pacific Kuala Lumpur, Holiday Inn Penang, Equatorial dan The Eastin di Penang
dan beberapa lagi yang tak sempat nak disebut.
Kalau ditanya antara hotel-hotel diatas
mana yang paling best?..Mulu Marriott! Pergilah..mmg recommended
(4) Dokumen
perjalanan.
Nampak macam remeh, tapi kalau korang
tak arrange elok-elok segala dokumen yang berkaitan boleh buat patah leher
jadiknya if anything happen semasa travel especially ke luar negara. Tiket,
passport/ic, voucher hotel, insurance cover perlu dibuat salinan dan emelkan
kepada diri sendiri. Jgn lupa alamat dan no phone embaasy Malaysia di negara
kita lawati. Lagi satu map, atau catatan yang korang buat setelah research
dalam google maps. Korang juga boleh research alamat dan no telefon balai
polis, hospital berhampiran.
Semua ini
memudahkan anda untuk mengambil tindakan sekiranya kecelakaan berlaku semasa
travel. Aku biasanya menyediakan sebuah buku log untuk catatan penting seperti
check list, waktu solat, lokasi retoran halal, alamat hotel, no telefon
penting. Salinan dokumen penting yang saya sebut tadi, saya tampal sahaja kat
buku ni.
Untuk melakukan aktiviti outdoor di luar negara, tak perlu lah bawak
passport ke hulu ke hilir. Memanglah tujuan untuk keselamatan, tapi kalau
terhilang tak ke naya. Untuk keselamatan dokumen, letaklah dalam begpack dan
digantung dihadapan, atau beg pouch yang diikat kemas.
(5) Pengurusan
risiko
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Sediakan payung sebelum
hujan..bla-bla-bla. So, amik travel insurance untuk perjalanan terutamanya ke
luar negara. Lebih senang kalau syarikat insurans tersebut mempunyai cawangan
di negara yang korang lawati. Pastikan anda membaca insurance cover untuk
ketahui dokumen yang perlu disediakan sekiranya berlaku kecelakaan. Nak senang,
korang siap-siap isi borang tuntutan (kalau rajin lah…huhu). Lagi satu kalau
boleh ambil full coverage untuk flight delay/cancel, kemalangan dijalanraya
atau semasa lakukan aktiviti luar dan kos-kos yang berkaitan sekiranya berlaku
kematian...huhu.
(6) Toiletries
Excited macamana pun nak travel jgn
lupa benda ni. Karang tak gosok gigi pulak. Untuk frequent traveller mmg diorang
siap benda-benda ni dalam satu beg kecil. Selain keperluan asas, jgn lupa untuk
masukkan sunblock, mosquito repellent, Dettol, wet tissue..dll. Untuk negara
yang mengalami empat musim, cuaca disana agak kering. Oleh itu langkah membawa
moisturiser/lotion cream adalah sangat digalakkan.
(7) Halal
Food di luar negara
Hanya terpakai kepada muslim. For non
muslim anda tidak hadapi kesukaran. Di kota-kota besar seperti London atau
Amsterdam tidak sukar untuk mendapatkan halal food, migran yang berasal dari negara
timur tengah yang memang memudahkan kita mendapatkan makanan halal. Tetapi
tidak di negara-negara seperti Rep. Czech dan Austria. Jalan selamat beli
sahaja buah-buahan atau fish fillet burger di McD..huhu
Apapun, persediaan makanan segera
seperti maggi, Brahims wajib ada untuk waktu-waktu tidak terduga. Kalau rajin,
dapatkan traveller cooker untuk masak.
Okeylah, ini adalah sebahagian daripada
tips perjalanan secara general yang boleh aku kongsikan. Actually banyak lagi
tips yang boleh korang dapatkan. Tips perjalanan berbeza dari satu negara ke
negara lain berikutan berbeza budaya, agama dan bahasa.